Tuesday, August 9, 2011

Kisah 1 Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Juga Salam Ramadhan untuk semua yang sedang menjalani ibadah puasa. Moga kita sama2 mendapat keberkatan di dalam bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

InsyaAllah...hari ini adalah hari ke sembilan kita berpuasa (ehemmm...ehemmm...!). Ni baru nak tayang menu2 juadah berbuka hari pertama lepas. Sebenarnya tak ada yang istimewa pun. Biasa2 jer...

Pagi2 awal Ramadhan ari tu, saya dab hubby mengambil kesempatan hubby tak bekerja untuk memusing2 di sekitar bandar JB. Hanya kami berdua aje. Destinasi pertama ialah ke City Plaza, Jalan Tebrau. Apa lagi kalau tak berjumpa dengan Cik Siti Bank tu. Lepas tu nak ke Plaza Angsana. Keluar aje dari City Plaza, hubby dah tersilap ambil lorong. Alahai...terpaksalah berpusing2 kat kawasan situ sehinggalah jumpa semula Jalan Tebrau. Inilah akibatnya kalau jarang sekali menjejakkan kaki ke JB. Selalu tu tau jalan pergi dan balik ke City Plaza tu jer... Alhamdulillah, sampai jugak ke Plaza Angsana. 

Tempat pertama yang dituju ialah Foto Berlian. Isshhh...bukannya nak tangkap gambar berlian tapi nak tangkap aksesori yang boleh buat foto kita jadi macam berlian (???). Kami adalah pelanggan pertama mereka. Hmmm.... Tujuan utama nak cari macro lense. Kalau dulu masa guna kamera digital Canon tu, boleh zoom dekat2...bila guna Nikon yang baru tu, tak leh nak macro lak. Lense yang ori tu tak ada fungsi makro. So, tangkap satu macro + wide lense sekali dengan filternya. Lepas tu hubby tengok2 lense yang boleh zoom jauh. Yang ori tu cuma 18~55mm jer. So hubby tengok lense 70~300mm. Try dan test guna. Memang clear jer objek yang nuuuunnn jauh di sana. Isshhh...tergoda la pulak. Akhirnya tangkap jugak sebiji lense lagi.

Lepas tu staff tu tunjukkan battery grip pulak. Dia siap tunjukkan cara2 nak pasang pada kamera. Oooo...cam gitu rupanya nak pasang battery grip tu! Kalau nak buat video, elok jugak ada battery grip tu. Tidaklah kehabisan bateri semasa tengah buat rakaman...kan? TAPI...perlukah??? TIDAK....! Buat masa sekarang ni battery grip tidak diperlukan. Tapi hubby tangkap bateri sebiji... Kira punya kira, mintak diskaun 30%. Alhamdulillah...dapat. Kami balik dengan hati yang riang!!!! Tak sabar2 nak try test gadjet baru tu...

Dalam perjalanan nak balik tu, kami singgah di Hospital Sultanah Aminah (HSA)...menziarah rakan sekerja yang terlantar di wad jantung. Ari tu dah masuk ke Hospital Penawar (HP) selama 6 hari. Beliau kena buat operation tapi kos di HP mencecah ke RM50K. So, beliau rujuk ke HSI dan HSI pulak rujuk ke HSA. Masa kami melawat tu, beliau berada di Wad CRW (wad ICU untuk pesakit jantung). Keadaannya memang amat lemah. Hari tersebut beliau dibenarkan balik. Next appoinment adalah dalam bulan Oktober nanti. Masa tu baru tahu bila boleh buat pembedahan. Jadi dalam jangkamasa tersebut, beliau tidak boleh bekerja. Kerja yang ringan2 pun rasanya amat payah untuk beliau. Ya Allah...KAU berikanlah kekuatan kepadanya untuk menempuh segala dugaanMU!



 Sampai je di rumah, ada satu parcel untuk saya. Besar! Saiz kotak kek 12"....tapi ringan. Bila tengok jer siapa pengirimnya, tau dah apa isinya. Hehehe...tersenyum lebar teman! Petang ni bolehlah berbuka dengan PUTU PERAK ni...angan2lah! Tapi sayang...juadah tu tak boleh dimakan sebab dah rosak. Bukan sebab ianya dah pecah2 cam gamabr kat atas tu tapi sebab dah ada bau yang kurang menyenangkan. Inti kelapanya dah berbau. So...dapat snap gambar ajelah!!! Kalau ada rezeki, balik Perak nanti kena singgah di Hentian Ulu Bernam Arah Selatan untuk dapatkan PUTU PERAK ni... Anyaway, terima kasih untuk Zie (tokeh Putu Perak ni) yang sudi juga mengirimkan putu ni kepada saya.

Dah putu tak boleh makan, akhirnya buat je Cucur Udang sempoi. Sayur2 lain tak ada, yang ada cuma taugeh jer. So, campur taugeh jer la...ngan udang!


3 comments:

Cendana Kasih said...

Salam Ita...bestnyer putu perak..tp kenapa cepat basi yer intinya? hari tu kawan saya poskan dari Kuala Kangsar, 2 hari jer dh sampai dan putunya masih elok dan sedap.. tp dia sejukkan dulu putu tu, kemudian baru masukkan dalam kotak dan pos..

Anawahid said...

oooo... dh ada toys baru ye kak ita.. tahniah!... hehehe... selamat menembak... :)

alahai, siannya akak, basi pulak putu perak tu... huhu... x pe kak... jln perak singgah je beli lg... hikhikhik

Azita Zain said...

Cendana :
Waalaikumussalam...sepatutnya putu tu sampai on the next day lepas diposkan tapi akak terima 3 hari selepas tu...tu yang ada masalah tu. yang akak terima tu putu fresh, yg belum dikukus lagi.

Ana :
Hehehe...dah lama ngidam, baru je dapat masa birthday bulan june ari tu...skrg ni tgh nak melengkapkan eksesorinya...

putu perak tu mmg sedap...balik nti mesti singgah beli..