Wednesday, July 6, 2011

Asparagus



Asparagus...! Dah selalu sangat dengar nama sayur ni di merata2 tempat. Di telivisyen, di internet, di majalah2 dan di media2 cetak dan elektronik yang lain. Tapi baru ini kali pertama saya memasak asparagus. Sebelum ni pernah makan tapi di restoran. Masak sendiri belum pernah lagi. Hari tu masa pergi ke Maslee, saya ternampak asparagus ni yang dah diikat secekak2. Harganya tidaklah mahal sangat. Saya pun ambil seikat. Lepas tu beli udang sikit. Buat kawan dengan asparagus tu nanti.

Ini cerita dua minggu lepas. Bukan cerita hari ini, bukan juga cerita semalam dan bukan juga cerita esok. Cerita dua minggu lepas...! Teringin makan asparagus punya pasallah ni. Tengahari tu saya masak asparagus ni. Makan dengan nasi putih. Lauknya pulak ialah Ikan Kayu Manis (ni cerita lain kali ya...).


Memang sedap asparagus ni. Celur kejap dengan air panas. Sedap dimakan rangup2. Kalau terlebih celur, jadi tak rangup. Bila rangup tu, krup krap masa mengunyah. Masaknya pun simple jer. Sekadar tumis bawang putih cincang, tambah sos tiram dan air. Nakkan kuahnya pekat sikit, tambah tepung jagung + air. Kacau2...dah siap!


5 comments:

HaSue said...

Kat sini x jumpa asparagus..tp kat miri nun kdg2 ada kdg2 xde..
nampak sdp laa asparagus akak tuu..

KuNanGKuNanG said...

suka asparagus ni..:)

nuwairani ismail said...

assalam kak ita...suke sgt asparagus... sayur rangup, pastu manis2 je rasanya...

Azita Zain said...

HaSue :
Sebelum ni akak selalu gak jumpa asparagus ni tapi hati belum terbuka untuk membeli & mencuba memasaknya... Memang sedap la asparagus ni...

KunangKunang :
Yummy...!

Nuwairani :
Waalaikumssalam...akak pun dah jatuh cinta ngan asparagus ni! crunchy...yummy...!

lina said...

mmg sedap asparagus ni tambah ada udang...emmm double sedapnya