Wednesday, February 9, 2011

Mencuba Apam Beras




Alhamdulillah...menjadi jugak Apam Beras ni. Petang semalam saya mencuba untuk membuat Apam Beras ni. Kebetulan ada baki nasi hari sebelumnya. Saya pun mencuba resepi daripada AmFlora.

Semasa membancuh bancuhan apam ni, saya rasa macam was2 jer sebab adunannya nampak macam kental jer. Issshhh...salah resepi ke aku ni? Persoalan di hati sendiri... Akhirnya tawakkal aje. Setelah 2 jam berlalu, saya pun mula untuk mengukus. Mula2 saya kaup 3 senduk kecil ke dalam bekas kecil yang lain dan saya campurkan dengan warna merah jambu. Dapatlah dalam 6 biji acuan lompang yang besar tu. Seterusnya saya buat cara yang sama tapi menggunakan warna2 yang berlainan - hijau, purple dan kuning telur. Alhamdulillah...ngam2 dapat 24 biji untuk kukusan yang pertama dengan 4 warna yang berbeza.

Saya hidangkan masa makan malam. MAKAN MALAM????? Ya...makan malam! Jangan terkejut pulak sebab masa saya mula mengukus tu dah jam 6:30 petang. Jadi, jadi juadah hidangan malam le...bukan untuk minum petang....! Tapi bukan bermakna saya hidangkan Apam Beras ni sahaja untuk makan malam. Ada juga nasi dan tomyam ringkas. Di samping itu, ada juga Agar Karamel versi kaler pink...mcam kat bawah ni....!


Ada stok serbuk agar2 kaler merah jambu...gunakan aje untuk habiskan stok!!!


2 comments:

Neyna Naya said...

Cantik nampak apam ni kak, nak sebijik boleh tak?

Unknown said...

assalam ita, apam ni memang sedap..lembut dan gebus gitu mkn pun tak jemu....tgk karamel pun sedap gak tu..terliur dibuatnya:)