Hmmm...dah lama tak menulis. Sibuk sikit sekarang ni. Sibuk dengan persiapan Syawal yang bakal menjelma minggu depan. Tak lama lagi....hari ni dah hari Jumaat. Hari Rabu , Insyaallah, Syawal akan menjelma.
Tahun ni baju raya tak jahit sendiri. Kenapa yek???? Sekarang ni, kalau ada masa, saya buat biskut raya sikit. Adalah dua tiga macam yang dah siap. Dua tiga tu pun semua kuih dulu-dulu, resepi emak. Kalau dulu, siap import dari kampung kuih2 tu. Sekarang ni dah "pandai" buat sendiri semenjak menjadi suri rumah sepenuh masa ni.
Kuih2 moden tu ada la jugak sikit. Permintaan anak2. Kali ini turn raya kat kampung hubby. Tiap tahun kami raya ikut turn, so tak ada le nak gaduh2 pasal nak beraya kat mana tiap kali tiba raya. Best kan???
Suasana raya kat kampung hubby dengan kat kampung saya kat Perak nun, jauh berbeza. Masa first time beraya kat kampung hubby dulu, kekok rasanya. Mana tidaknya, pada pagi Syawal tu, keadaan rumah senyap sunyi je. Tak ada pun orang datang beraya. Budak2 lagi le...satu batang hidung pun tak nampak. Even cucu2 orang kat depan rumah pun tak datang!!! Tapi jangan salah faham ya!
Bebudak kat kampung hubby tu, bukannya jenis pergi beraya bersama kawan2. Tapi mereka beraya bersama keluarga. Patut le tak nampak sorang pun budak2 datang beraya pagi2 tu...
Nak cerita sikit perbezaan beraya kat kampung hubby dengan kat kampung sendiri. Saya cerita pasal kampung hubby dulu....
Sehari sebelum hari raya, abah akan rebus ketupat daun kelapa. Emak dan adik2 ipar lelaki (sebab adik-beradik hubby semuanya lelaki - 7 orang), akan memasak lauk2, kuah lontong dan kuah kacang. Kalau masa tu saya dah balik ke sana, then instead of adik2 ipar, sayalah yang memasak dengan emak mertua.... Bila semuanya dah siap dimasak, emak akan sediakan beberapa set mangkuk tingkat. Tujuannya ialah untuk diisi apa yang telah dimasak tadi dan akan dihantar kepada adik-beradik emak dan abah, anak2 abah yang lain dan jugak jiran yang dekat2 situ. This practise is called "ngunjung". Maknanya, mereka saling bertukar-tukar juadah. So, at the end, ada berbagai2 jenis masakan yang berbeza kat atas meja makan tu. Hmmm... unik, kan?? Kat tempat lain masih adakah tradisi macam ini? Kat kampung saya pun dah ada lagi tradisi sebegini.
Then bila pagi Syawal, kami sama2 bersarapan sebelum bersembahyang raya kat masjid berdekatan. Habis sembahyang raya, duduk je kat rumah. Masa ni, kalau baju raya tak abis jahit ataupun almond london belum salut cokelat lagi, sempat le nak buat semua tu. Sebabnya??? Sebabnya, selepas Zohor baru kami akan pergi berkunjung ke rumah2 saudara-mara, adik-beradik dan jiran tetangga...
Selepas sembahyang Zohor, barulah kami adik-beradik bersama anak masing2, akan berkumpul kat rumah abah. Masa inilah kami bersalam-salam dan bermaaf-maafan. Inipun ikut turutan tau!! Mula2 Pak Long ngan Mak Long salam dengan mak dan abah, then Pak Ngah dan Mak Ngah, then Pak Udan ngan Mak Uda, then Pak Teh ngan Mak Teh, then Pak Andak, Pak Tam dan Pak Su. Lepas tu barulah cucu2 ambik giliran pulak..... Masa bersalaman tu pun, bukan sebarangan. Macam orang berbisik...bercakap dekat dengan telinga emak dan abah. Mintak ampun dan maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran kata dan perbuatan, halalkan makan dan minum, selamat hari raya maaf zahir dan batin... Gitulah lebih kurang!!! Lepas tu kami akan bergambar beramai2....sebagai kenangan!!!
Ini keluarga hubby - amak, abah dan 7 orang hero!
Ini menantu2nya.... Sorry, gambar 2004, masa tu saya tengat sarat anak ke-4!
Ini pulak emak, abah, anak2, menantu2 dan cucu2nya!!
Lepas ni barulah kami bertolak untuk berkunjung ke rumah adaik-beradik abah dan emak (ini pun ikut turutan jugak, yang sulung didahulukan), then ke rumah adik-beradik yang berhampiran dan jugak rumah jiran yang berdekatan. Biasanya dalam pukul 5:30 petang, semua dah settle. Lepas ni barulah kami menunggu kunjungan pulak..... Aduh!!! Penatnya berjalan satu petang!!
Tapi berbaloi sebab dapat jumpa semua emak2 dan bapa2 saudara, sepupu2, jiran-tetangga dan ramai lagi yang sebelum ini tidak dan kurang dikenali.
Kat kampung saya pulak...kat Chemor, Perak....
Lain kali la ya! Nak memasak untuk berbuka la...
No comments:
Post a Comment