Thursday, September 4, 2008

Cuti Merdeka dan Sambut Ramadhan...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-51 untuk seluruh rakyat Malaysia!!!

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik kampung di Chemor, Perak. Kebetulan hari Sabtu tu (30/08/2008), hubby tak kerja, jadi ada le cuti 4 hari, Sabtu sampai Selasa. So, Jumaat malam tu jugak kami balik kampung. Bertolak jam 9:30 malam, singgah rehat jap kat R&R Ayer Keroh dalam lebih kurang jam 12 tengah malam, then singgah tukar driver kat R&R Dengkil dan teruskan perjalanan sampai kampung. Kami tiba jam 4:30 pagi. Tol dari Skudai ke Ipoh RM70.40. Mak oiiii!

Emak memang tak diberitahu yang kami nak balik. So, dekat2 nak sampai rumah, baru call emak suruh bukakkan pintu. Terkejut emak tengok kami balik. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba2 muncul kat depan pintu. Alhamdulillah....sempat juga lagi jumpa emak. Sayang emak!!!

Hari Sabtu tu, tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Cuma lepak2 kat rumah, lepaskan rindu kat emak. Then jalan2 ke rumah abang dan adik2 kat area situ jugak.

Dan ini adalah menu makan tengahari kami hari tu...

Gulai lemak putih labu, ikan goreng, nasi putih, terubuk bakar, air asam (utk cicah ikan bakar), air kelapa muda dan rendang ayam.

Pada sebelah malamnya, adik jemput ke rumah dia. Ada makan2 sate sikit katanya. Dia jemput adik-beradik je. Saja nak memeriahkan malam kemerdekaan.



Sebenarnya malam tu ada aktiviti menyambut kemerdekaan diadakan di padang bola kat kampung tu. Ada beberapa acara diadakan seperti persembahan pancaragam, teka kacang dan pertunjukan bunga api. Meriah jugak sambutannya... Tapi kami tak pergi pun sebab penat belum hilang, semua tidur awal.

No comments: