Monday, March 15, 2010

Awan Dan Mentari









Subhanallah...!!! Begitu kreatifnya Allah dalam mencipta segala benda. Saya suka mendongak ke langit melihatkan corak2 awan yang terbentuk. Tambah2 kalau ada sinaran mentari disebaliknya. Memang amat menakjubkan.

Dalam perjalan untuk menjemput Ayong dari sekolah tadi, saya cuma berbekalkan telefon bimbit aje - Nokia N82. Tidaklah secanggih mana pun telefon bimbitku itu. Tapi melihatkan corak2 awan yang terbentu, teruja sangat saya untuk merakamkannya. Saya pun berhentilah di bahu2 jalan untuk merakamkannya.

Adik : Kenapa emak nak belok ke kiri? Mana ada jalan?

Mak : Mak nak tangkap gambar awan la...

Adik kata belok ke kiri sebab saya bagi lampu isyarat untuk ke kiri...
Semasa berhenti di depan sekolah pun, saya rakamkan beberapa pemandangan lagi. Dan dalam perjalan balik, saya juga memberhentikan kereta di bahu jalan.

Ayong : Kenapa emak berhenti?

Belumpun sempat saya membuka mulut untuk menjawab,

Adik : Emak nak tangkap gambar awan....!!!

Isshhh...tak boleh simpan rahsia la Adik ni...!

Mee Segera



Adui...kenapa tiba2 saja teringin nak makan mee segera ni! Nasib baik ada stok, kalau tak mesti berkejar ke kedai juga ni. Saya kalau makan mee segera, saya tidak gunakan langsung ataupun gunakan sedikit sahaja perencahnya. Dan saya suka letak sayur banyak2...sedap! Kali ini saya campurkan dengan beberapa jenis frozen foods - mushroom sausage, fish cake, chicken ball dan sotong ball. Telur mesti ada. Sayurnya ialah taugeh dan sawi. Mula2 saya masakkan bahan2 sayur dahulu dan masukkan ke dalam mangkuk. Lepas tu barulah saya didihkan air untuk mencelur mee segera tu. Masa ni saya masukkan perencah mee tu sedikit. Biar ada rasa2 perencah sikit. Dah lembut, saya toskan sambil dijirus dengan air paip bertapis sambil lalu. Kemudian barulah saya masukkan ke dalam mangkuk berisi sayur2 tadi.


Ini versi yang dah siap digaulkan mee dan sayur2 dan sedia untuk dimakan. Jom menjamu selera!!!!

 

Friday, March 12, 2010

Agar-Agar Santan



Agar-agar Santan ini saya buat semalam. Hajat dihati nak dibawa ke majlis yassin di rumah jiran tapi disebabkan saya masak agar2 ini agak lewat, tiba masanya nak ke majlis tu agar2 ni masih tidak berapa kera. Jadinya saya tukarkan kepada Kek Cokelat Lembab Kukus. Agar2 ini kami makan kat rumah aje sebagai pencuci mulut.



Saya "berhutang" dengan AmFlora resepi agar2 ini. Tapi saya buat agar2 ni tanpa menggunakan sukatan yang tepat. Saya main agak2 aje. Tapi kalau nakkan resepinya, silalah rujuk ke sini...

Rozelle Smoothie



Sesiapa yang tak kenal buah rozel tu, inilah buahnya! Saya terserempak dengan buah ni masa saya ke pasar malam hari Rabu lepas. RM4 sekilogram tapi saya beli sikit aje. Adalah dalam 20 biji. 20 biji tu sikit ker? Nampak aje rozel tu, kepala terus terfikir nak buat smoothie. Mesti sedap!


Inilah hasilnya!!! Rozelle Smoothie!!! Memang sedap rasanya. Penyediannya sama seperti smothies yang lepas2. Cuma buahnya sahaja yang berbeza. Bila buahnya berbeza, namanya pun berbelah juga mengikut buah yang digunakan.


Yang ini saya punya..!


Yang ini pulak hubby punya...!


Buah rozel yang segar tu Abang Yang bawak ke sekolah. Nak tunjuk kepada kawan2 katanya. Mereka selalu dengar nama buah rozel tu tapi mungkin ada yang tidak pernah melihat rupa bentuk buat tersebut. Smoothie tu pun dia bawak juga sebotol sebagai bekalan...


Rendang Pedas Ayam



Rendang Pedas Ayam ini pula ialah lauk kami hari Rabu lepas. Ayam je yang masih ada stok dalam petiais, makanya terpaksalah masak ayam juga. Sebelum ni dibakar2 dan digoreng2, kali ini direndangkan pulak. Sekali sekala masak rendang ni, memang berebut anak2. Emak abah kena mengalah...!



Kalau dapat makan dengan pulut kuning lagilah sedap! Tapi pulut kuning tak ada, dengan nasi putih panas2 pun sedap jugak!

Kek Cokelat Kukus Lembab



Dalam sakit2 tu, teringin pulak saya nak makan Kek Cokelat Kukus Lembab ini. Sambil memasak untuk makan tengahari anak2, sempat juga saya mengukus kek ini sebiji. Senang saja nak membuatnya. Menyambil2 saja pun boleh!



Kek ini memang sedap. Terasa rasa cokelatnya, lembut dan kurang berminyak. Nak hias cantik2 pun boleh! Tapi yang ini tak sempat nak hias cantik...makan cam gitu jer!


Sirap Kasturi



Ada sesiapa yang sedang kehausan?? Ada sesiapa yang nak menyejukkan tekak?? Ada tak?? Tak de?? Tak apa...saya habiskan saja air Sirap Kasturi ku ini....! Ahhhh...leganya! Nyamannya!



Abis dah! Tak de lagi dah! Kalau nak, kena buat sendiri ya!

Asam Pedas Ikan Kembung



Salam sejahtera untuk semua pengunjung. Dah agak lama rasanya saya "mendiamkan diri" dari berceloteh di sini. Ada masalah kesihatan sikit. Sekarang dah beransur sihat. Gagahkan juga diri ini untuk menjalankan segala kerja rumah - mengemas, memasak dan sebagainya. Alhamdulillah...hubby memahami dan ringan tulang!

Asam Pedas Ikan Kembung ini adalah hasil tangan hubby!!! Tak percaya??? Percayaaaaalllllaaaaahhhhhh....!!! Hero2 saya pun suka masakan asam pedas ni cuma saya saja yang "kureng"... Jarang sekali saya mencubanya ...samada mencuba untuk memasaknya ataupun mencuba untuk memakannya. Tak taulah kenapa.. Layan ajelah gambar2 asam pedas hasil tangan hubbyku ini!


Abang Yang dan Abang Ngah adalah peminat setia asam pedas...!


Tuesday, March 9, 2010

Ayam Halia Lada Hitam



Semalam dah masak Siakap Kukus. Hari ini saya masak ayamlah pulak! Tapi ayam nak masak apa ya? Fikir punya fikir dan fikir dan fikir.....macam nak buat ayam masak lada hitam. Tapi nak goreng ke, nak bakar ke, nak kukus ke? Ayam dah saya keluarkan dari petiais sejak pagi tadi. Selepas Adik ke sekolah, saya pun menyinsing tangan baju (sebab pakai baju tangan panjang...) dan ke dapur. Sambil tu saya "on" kan TV2. Mana boleh ketinggalan mengikuti drama Korea "East of Eden"...dah nak sampai kemuncak tu setelah rahsia keturunan dan pertalian darah terungkai.

Ayam saya toskan. Sudukan serbuk lada hitam, jintan manis dan ketumbar. Tumbuk halia sebesar 2 ibujari tangan. Tambah sos cili dan sos tiram. Tambah sedikit Secukup Rasa. Gaulkan semuanya dan perap selama 1 jam. Sementara menanti 1 jam berlalu, saya menikmati hidangan East of Eden sambil menghirup Jus Jimi Asmara segelas.

Jam 1230 tengahari, baru saya ke dapur semula. Saya masukkan perapan ayam tu ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga separuh masak. Lepas tu celupkan ke dalam tepung goreng ayam dan goreng pula. Lebihan kuah perapan tadi saya masak hingga mendidih dan tambah sedikit tepung jagung untuk memekatkannya. Ayam yang telah siap digoreng, diatur di atas pinggan leper yang tleh dilapik dengan sedikit daun salad. Lepas tu jirus dengan gravy tadi. Lepas tu pergi jemput anak dari sekolah. Balik dari sekolah terus mereka menjamu selera... Saya namakan masakan ayam ini sebagai Ayam Halia Lada Hitam...


Kelainan rasa dengan campuran lada hitam dan halia..


Jus Jimi Asmara




Nampak tak cahaya mentari yang menyinar tu! Itu tandanya hari ini cuaca panas..!!! Kalau panas2 macam ni, alangkah enaknya kalau dapat menghirup minuman yang sejuk2. Nyamannnnn jerrrr......!



Jom minum Jus Jimi Asmara ni! Pastinya melegakan tekak yang kehausan. Satu gelas tak cukup ni....


Tambah segelas lagi...!!!



Dalam panas2 tu, tiba2 redup sekejap. Menjenguk ke langit...nampak awan mendung. Kalaulah awan komulonimbus tu menangis...!!!



Mendung tidak bererti hujan....!!!