Friday, October 10, 2014

Hari Raya Aidil Adha 2014

Tak kisahlah. Raya korban dah lama berlalu. Ni saja je nak cerita perihal hari raya korban aritu. Alhamdulillah. Raya kali ini kami meraikannya dalam suasana raya yang ceria. Biasanya hari raya korban kami tak balik ke kampung. Beraya di taman perumahan je. Tak le beraya sakan pun. Hari raya jatuh pada hari Ahad, 5hb Oktober. Pagi Sabtu saya dan suami ke pasar tani. Cari daun kelapa untuk buat ketupat. Alhamdulillah...masih ada dijual. Dan beli sayur2an untuk buat kuah lodeh.
Selepas sarapan, kami mulakan tugas dengan menganyam kelongsong ketupat. Suami saya yang pandai menganyam. Saya kena refresh semula baru boleh menganyam. Anak2 pun turut sama. Kami buat ketupat sate dan ketupat bawang je. Itu yang senang.
 Bermacam2 saiz kelongsong ada. Main buat je ikut lebar daun kelapa tu. Tak ada nak ejas2 lebar daun dah!
 Ini kategori yang paling comel!
Proses mengisi beras ke dalam kelongsong dilakukan oleh suami dan anak2. Saya bersilat di dapur. Memasak kuah lodeh, kuah kacang dan ayam masak merah. Nasib baik ada pembantu menolong. Ringan sikit beban kerja. Akhirnya, makan malam kami dihidangkan dengan juadah untuk raya. Rendang daging je yang tak ada. Saya bercadang nak buat rendang ayam tapi suami kata buat rendang daging aje la keesokan harinya.
 Ketupat dah siap potong.
 Kuah lodeh yang simple sebab suami banyak benda tak boleh makan.
 Ayam masak merah. Tak nak campur madu kata Ayong...
 Kuah kacang
 Ringkas aje kan...!
 Sempat juga buat Kek Sarang Semut.
Alhamdulillah. Next day ada program korban di kejiranan. 2 ekor lembu. Akan sama2 bergotong-royong.
********

Tuesday, September 30, 2014

Pengkalan Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru

Dah lebih 20 tahun menetap di Pasir Gudang ni. Ni pertama kali ke Pengkalan Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru. Tak tau pun kewujudan pengkalan ini. Nasib baik ada kawan yang perkenalkan.
Proses pembersihan dan pembungkusan kupang dilakukan secara gotong-royong oleh ahli2 kumpulan. Ada juga ikan2 sejukbeku. Kebetulan pada hari itu, ikan segar tidak berapa banyak. Jadinya kami saja2 menikmati pemandangan di sekitar pengkalan tu.
Tempat ini diperkenalkan oleh Sam. 

Monday, September 15, 2014

Dari SDAR Terus Ke Chemor!

Assalamualaikum. Ini pula cerita yang tergendala. Sambungan dari journey to Bangi - Seremban - Chemor.
******
Selepas solat Zohor di SDAR, kami meneruskan perjalanan ke utara pula. Kami gerak dari SDAR dalam sekitar jam 2:30 petang. YaAllah...moga perjalanan kami dipermudahkan olehNYA. Sebenarnya kami mendapat berita musibah yang melanda adik ipar saya, Fitery kemalangan motosikal semasa dalam perjalan ke tempat kerja. Tulang bahunya patah. Pipi kena 6 jahitan. Siku kena 3 jahitan. Kuku kaki tercabut. Dan luka2 dan calar-balar di sana sini. Yang merisaukan ialah kecederaan di bahu kanan, Kedua2 tulang bahunya patah.
Sempat berposing sebelum keluar wad!
Alhamdulillah...tiada kesesakan lalulintas dari Senawang sampailah ke Shah Alam. Bila dah masuk ke simpang  arah utara di Sahah Alam tu, kenderaan dah bergerak amat perlahan. Ada kesesakan yang amat sesak di situ disebabkan oleh proses penaiktarafan jalan di sepanjang lebuhraya tersebut. Dah sampai Bukit Lanjan barulah jalan clear. Kami berhenti kejap di R&R Rawang. Hubby makan. Lapar katanya. Adik ke bilik air je. Taknak makan. Saya juga tak makan. Tiba di R&R Tapah, kami berhenti isi minyak je. Lepas isi minyak, kami bertukar pemandu. Saya memandu dari Tapah sampailah ke kampung.
Dalam perjalanan tu emak ada telefon. Masa tu saya tengah memandu. Hubby yang jawab panggilan emak. Emak bertanya lokasi kami. Hubby kata kami dalam perjalanan tapi tak nyatakan perjalanan ke kampung. Hubby cuma kata dalam perjalanan balik ke rumah je. Saja je...nak bagi kejutan kat emak konon2nya. Dah sampai depan umah emak, nampak anak sedara, Eikin, kat gerai beger dia. Dia pun sebenarnya keliru siapakah yang datang ke rumah opahnya dengan kereta beroda 4, Bila dia dah perasankan kami, laju je dia panggil opahnya.
"Pah...oooo pah! Pahhhh...! Makngah balik!", jerit Eikin sambil mencari opahnya kat dalam rumah.
Haaaaa...akhirnya kejutan kami berjaya. Kami tak bagitau kepada sesiapun yang kami nak balik. Bukannya apa, takut perancangan tak menjadi. Nanti kecewa lagi emak menanti.
Lepas tu kami terus ke rumah abang sulung saya. Nak amik Adam Rayyan. Adam Rayyan tinggal dengan Maklongnya sementara mamanya di hospital. Malam tu Maksu tak tidur di hospital. Maksu balik ke rumah. Fitery ditemani oleh kawan karibnya pula. Lena Adam Rayyan tidur bersama mamanya.
Hari Ahad Fitery dah dibenarkan balik. Bahunya masih belum dioperasi. Kata doktor, tunggu luka2nya elok kering dulu baru boleh buat operasi. Bahunya akan dimasukkan plate untuk menyambungkan tulang2 yang patah tu. Kos operasi (sebenarnya kos plate tu) ialah RM4K. Tapi saya pun hairan dan pelik kenapa operasi tidak terus dibuat. Kenapa kena tunggu selepas 2 minggu baru nak operasi. Kalau di hospital swasta, tentu operasi terus dilakukan.
Dalam pada itu, kami sempat ke Mydin Meru Jaya untuk belanja barang2 dapur untuk emak. Kami pergi berdua aje. Adik dah jumpa kawan2 bermain, tak nak ikut dah.
 Drypers tu bukanlah untuk emak saya ya! Itu untuk Adam Rayyan. Ada juga saya belikan susu untuk Adam 2 paket. Buat stok...
Vitagen multi-flavour tu untuk anak2 sedara. Kalau yang hijau semua, itu untuk diri sendiri!!!
*****

Sunday, September 14, 2014

Majlis Walimatul Urus Fahmi Dan Mardiah

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis walimatul urus Ahmad Fahmi bin Mohd Zin dan pasangan Mardiah Hafizah binti Muhammad Hafizi (Fahmi dan Mardiah). Pengantin perempuan berasal dari Pulau Pinang. Jauh tu dari Pasir Gudang ke Pulau Pinang!
Majlis hari ini dimulakan dengan majlis khatam al-Quran oleh pengantin perempuan bersama dengan tiga orang adik iparnya, Ariana, Faridah dan Nabila, dan juga Fateen dan Umairah.
 Adik Umairah (hitam merah), Farah Nabila, Farah Faridah, Mardiah Hafizah, Ariana dan Fateen. Di hujung kanan ialah dua orang guru mengaji yang menerajui majlis khatam al-Quran ini.
Dari kanan : Farah Faridah, Mardiah Hafizah dan Ariana.
Saya sempat tengok sekejap je majlis ni sebab banyak kerja2 di luar yang menanti. Tetamu akan hadir bermula jam 11:00 pagi. Jadinga semua persediaan kena siap sebelum jam 11:00 pagi. Saya bertugas di meja pengantin dan keluarga bersama dengan Liza dan Azah. Kami dah bahagi2kan tugas. Jadinya tidaklah kelam-kabut nak bekejar ke sana ke mari.
Semasa majlis khatam sedang berjalan, kami di luar sibuk dengan tugas masing2. Kaum Hawa sibuk dengan penyediaan rojak buah, memotong nasi impit, menyediakan meja makan pengantin dan menyediakan meja bufet. Manakala kaum Adam pula melakukan kerja2 yang lebih berat.
Selepas majlis khatam berakhir, barulah kami menjamu selera. "Perewang2" kena makan dulu daripada tetamu sebab nanti dah sibuk nak menguruskan majlis. Mungkin tiada ruang untuk menjamu selera.
Dihujung2 majlis, sempat juga kami bergambar bersama dengan pasangan pengantin.
*****

Saturday, September 13, 2014

Rewang Di Majlis Walimatul Urus Fahmi Dan Mardiah

Alhamdulillah. Selamat dah majlis Fahmi dan Mardiah. 
Majlis diuruskan secara gotong-royong - orang Johor panggil "rewang" - sesama jiran sekejiranan. Rewang dah bermula sejak petang semalam. Petang Jumaat. Selepas solat Jumaat. Kaum Hawa bersama2 menyediakan bahan2 untuk dimasak pada sebelah malamnya. Kerja2 memasak diserahkan kepada kaum Adam. Ada seorang Master Chef yang bertanggungjawab dalam kerja2 memasak.
Kerja kami cuma yang ringan2 aje. Sekadar kupas-mengupas, potong-memotong dan juga kisar-mengisar. Alhamdulillah. Sekitar jam 6:30 petang, semuanya selesai. 
Selepas Isyak, mula kerja masak-memasak. Kerja ni diserahkan kepada kaum Adam pulak. Tapi kaum Hawa turut sama hadir pada malam tu. Sekadar tolong apa yang patut je. Tapi yang penting...kami, kaum Hawa, telah merasmikan pelamin pengantin! Hehehe...
*******

Wednesday, September 10, 2014

Dari UKM Bangi Ke SDAR

 Selesai urusan Ayong di UKM Bangi, kami berpatah balik ke arah selatan pula. Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Senawang. Menuju ke SDAR pulak. Melayankan kerenah anak2. 
Dalam perjalanan ke SDAR, kami singgah di R&R Seremban. Ada pesanan Abang Yang yang perlu kami cari di sini. Abang Yang pesan belikan KFC untuk dia. Sebelum tu dia dah pesan suruh bawakan kek, skru driver yang kecik, cermin mata dia yang lama tu, botol air shaker dan sandal. Yang tu dah sediakan sebelum bertolak dari Pasir Gudang. KFC pula kami beli di R&R Seremban ni. Nak cari kat Senawang, tak tau kat mana boleh kami cari.
Banyak penambaikkan sedang dijalankan di sepanjang perjalanan terutamanya dari Nilai hingga ke Seremban. Perjalanan jadi sedikit perlahan. Walaupun ada 3 laluan tapi sempit2 laluannya. Ngeri bila berselisih dengan kenderaan besar2 seperti lori dan bas.
Tapi yang ini memang menarik perhatian kami. Wow....!!!!
Kami sampai ke SDAR dekat2 nak pukul 1:00 tengah hari. Masa tengah layan Abang Yang makan KFC, azan Zohor berkumandang dari masjid SDAR. Dah selesai makan barulah kami solat.
 Pemandangan dari tempat solat perempuan di masjid SDAR. Saujana mata memandang.
Selesai solat, kami ucapkan selamat tinggal pula kepada Abang Yang. Minggu ni mereka ada peperiksaan percubaan PT3. Sama tarikh dengan peperiksaan UPSR. Moga Abang Yang dan semua murid Tingkatan 3 dapat mejawab dengan tenang. Good luck Abang Yang!!! See you next weekend. Minggu ni dah last sekolah. Minggu depan dah cuti seminggu...
*****

Kembali Ke UKM Bangi

 Setelah bercuti selama dua setengah bulan, tiba masanya untuk Ayong kembali ke UKM Bangi bagi menyambung pengajiannya untuk semester ketiga. Lepas Ayong balik ni, tinggallah Adik sorang diri tanpa kakak dan abang2nya. Kawan dengan emak je la. Pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9:00 pagi. Kami bertolak dari Pasir Gudang pada subuh Sabtu, 6hb September. Malam sebelum tu barulah Ayong sibuk nak mengemas segala barang2 dia. Dan petang sebelum tu pula sibuk shopping barang2 keperluan yang nak dibawa balik ke UKM. Adoiiii...semua last minute punya preparation.
Dah lepas tengah malam barulah siap semua barang2 dipacking. Lepas tu kumpulkan setempat. Senang untuk abahnya menyusun ke dalam bonet kereta. Dah siap packing, malam tu juga abahnya susun ke dalam bonet. Tinggal barang2 yang nak digunakan sebelah pagi tu je. Malam tu saya tak tidur. Selepas tolong Ayong berkemas, barulah saya mula memasak. Memasak?? Ya...memasak di tengah2 malam tu. Orang lain dah lelap, saya pulak di dapur. Abang Yang nak kek...kek apa2 pun tak apa katanya. Kawannya pulak nak kek cokelat kukus lembab macam yang dia bawak balik minggu lepas. Tapi saya tak dapat buatkan untuk kawan dia sebab tak ada stok susu cair. Susu UHT pun tak ada. Untuk Abang Yang saya buatkan Kek Minyak. Pertama kali mencuba kek ini. Saya buat 2 adunan untuk 2 biji kek. Tapi tak ada gambar sebab lupa nak snap...hehehe.
Seawal jam 5:30 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah solat Subuh di R&R Skudai. 
Alhamdulillah. Perjalanan kami diiringi dengan cuaca yang ceria. Lebuhraya pun masa tu lengang je. Jadinya pemanduan kami berjalan lancar. 
Sekitar jam 8:30 pagi kami melepasi SDAR. Hai Abang Yang! Tengahari nanti kita jumpa ya...!
 Ngam-ngam kali sampai ke Kolej Keris Mas (KKM) jam 9:00 pagi. Ayong terus dapatkan kumpulan dia. Mereka masing2 dan ambil nombor giliran. Agaknya ramai sangat yang mendaftar pagi Sabtu ni, itu yang kena ambil nombor giliran tu. Sekali panggil 20 nombor. Nombor 1-20, 21-40 dan seterusnya.
 Ayong beratur untuk dapatkan nombor giliran. Kawan2 dia dah ambil nombor lebih awal sebab mereka sampai lebih awal lagi. Ada yang dapat nombor 20an, 50an, 80an. Ayong dapat nombor 114. Haaaa...amekaw!
Adik akan merindui Ayong selepas ini. Selalu tu Ayong je kawan di di rumah. Lepas ni tinggallah Adik sorang2. Mungkin hujung minggu je Abang Ngah ada balik...itupun bukannya setiap hujung minggu.
Alhamdulillah. Ayong dapat sebilik dengan geng dia juga. Kawan2nya yang lain pun dekat2 je dengan bilik dia. Dah dapat kunci bilik, kami punggah barang ke bilik pulak. Dapat bilik di tingkat 3. Sama level dengan jalan. Jadinya tak perlu turun atau naik tangga untuk angkut barang2 tu. Kami bertiga je yang mengangkat barang sebab abahnya tak boleh masuk kawasan asrama dah. Nasib baik tak ada barang yang berat2 sangat.
Selesai unloading barang2, kami tinggalkan Ayong bersama kawan2nya di KKM. Kami perlu meneruskan perjalanan ke Senawang pulak. Menuju ke SDAR...
Selamat tinggal Ayong. Belajar rajin2 ya. Study smart tau! Mak dan abah doakan yang terbaik untuk Ayong. Mak abah sayangkan Ayong.
*****