Friday, August 16, 2013

Riang Ria Raya 2013 - Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengunjung. Amacam raya tahun ni? Best tak? Meriah tak? Korang balik kampung tak?

Raya tahun ni turn beraya kat kampung saya di Kg. Ulu Chemor, Chemor, Perak. Hubby dan saya dah lama sepakat untuk beraya secara bergilir2 di kampung masing2. Masa  muda2 dulu, larat le nak beraya di dua2 kampung - Chemor dan Muar. Tapi sejak meningkat usia ni, tak larat rasanya nak travel jauh2 dalam jangka masa yang terhad. Lagipun hubby cuti raya tak lama.

Tahun ni hubby cuma bercuti 2 hari - sehari seblum raya dan hari raya pertama sahaja. Raya kedua dah mula kerja. Malam raya pertama tu (Khamis malam Jumaat) hubby dah bertolak balik ke Pasir Gudang. Hubby balik naik bas. Turun kat Larkin Sentral. Dari situ ambil teksi ke rumah. Tambang bas dari Ipoh ke Larkin ialah RM60. Tambang teksi dari Larkin Sentral ke Pasir Gudang pulak ialah RM50. Hmmmm...RM10 je beza tambangnya.

Kami balik ke Chemor pada hari Selasa sekitar jam 10:30 malam. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Cuma mata kami je yang sesak...mengantuk. Berhenti di R&R untuk melelapkan mata sekejap. Berhenti makan awal pagi di R&R Dengkil. Then beli roti dan air sebagai bekalan untuk bersahur. Nak berhenti di hentian2 rasanya mesti penuh sesak. Akhirnya kami bersahur dalam kereta je sambil saya yang memandu...mengambil alih tugas hubby sekejap. Alhamdulillah...kami sampai di kampung sekitar jam 7:30 pagi Rabu.

 Selepas Zohor barulah proses memasak bermula. Sekarang ni emak tak perlu bakar lemang sebab emak tumpang pada adik sebelah rumah yang memang ambil tempahan membakar lemang. Lemang biasa dan lemang jagung. Kali ini adik saya membakar lemang sebanyak 30kg pulut. Jenuh juga nak menyediakannya. Jom kita tengok kami menyediakan lemang...

Pulut yang dah dibasuh dan ditoskan. Yang sebelah kanan tu dah dicampur dengan hirisan jagung untuk dijadikan lemang jagung. Kena guna daun pisang yang muda supaya mudah untuk diglung dan dimasukkan ke dalam buluh. Daun pisang tu digulung menggunakan pelepah pisang yang telah dibelah dua (jangan sampai putus pulak). Tu tangan emak saya yang sedang menggulung daun pisang dan memasukkannya ke dalam buluh.

 Dah siap masukkan daun pisang ke dalam buluh, isikan pula dengan beras pulut tadi hingga penuh. Tapi jangan la pulak sampai terkeluar dari daun pisang tu. Agak2 jarak seinci dari mulut buluh tu je. Lepas dah isi pulut, buluh ni tak boleh baring dah lagi. Nanti terkeluar pulak isi perutnya... Kenalah didirikan sebelum dituang pulak dengan santan.

Sebahagian daripada lemang2 yang akan dibakar...

 Lepas isi dengan santan, dah boleh disandarkan dekat dengan api kat belakang tu...

 Api yang sedang membara hasil pembakaran kayu pokok rambutan.

 Inilah adik saya...tokey lemang ni. 

 Proses menuang santan yang telah dicampurkan dengan garam secukup rasa. Jangan tuang penuh2 sangat. Masa mendidih nanti akan melimpah keluar pulak. Masa menuang santan ni, ketuk2 sikit luar buluh tu supaya santan meresap masuk ke setiap penjuru celah2 pulut tu.

 Mana yang dah siap dituang dengan santan, dah boleh mula dibakar. Jangan pulak diletakkan kat atas api tu untuk membakarnya...hangus rentung nanti! Diangkan aje di kiri kanan api pembakaran tu.

 Tengok, warna buluh dah bertukar!!
  
 Ini yang dah siap dibakar. Dah masak dah lemang2 ni. Yang ada lidi yang dicucuk kat lemang tu untuk menandakan lemang tu ialah lemang jagung. Senang nak kenal yang mana lemang biasa dan yang mana lemang jagung.

 Ini ialah rendang ayam kampung. Petua emak saya...masukkan keratan2 tebu untuk mempercepatkan proses melembutkan daging ayam kampung / ayam tua yang liat tu. Di samping tu, ianya turut memaniskan sikit rendang tu. Memang sedap!!!!

Disamping lemang dan rendang, saya juga menyediakan lontong nasi. Sekadar nasi impit segera dan kuah lontong sahaja. Kuah kacang saya tak buat sebab nak makan dengan rendang dan kuah lontong saja. 
Alhamdulillah...dapat berbuka dengan emak di hari terakhir Ramadhan 2013. Meriah kami berbuka sebab memenuhi meja makan sambil riuh-rendah. Selalu tu cuma emak, Mak Su dan Fitery (suami Mak Su) je. Kali ini bertambah enam orang. Terpaksa bukak dua meja... Alhamdulillah!


Sunday, August 4, 2013

Bakal Siswazah UKM Bangi


Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Ayong dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi bagi kemasukan akademik sesi 2013/2014. Pendaftaran ialah pada 1hb September 2013 (Ahad). Sebenarnya Ayong ada juga menerima tawaran daripada USM Penang dalam bidang Biologi. Tapi Penang tu jauh sangat dari Pasir Gudang. Bangi tu kiranya kat tengah2 la. Lagipun UKM lebih mantap daripada USM...tu yang pilih UKM tu. Dekat sikit dengan Johor pun ya jugak. Jauh2 sangat nanti susah nak pergi jenguk. 

Lagipun UKM dekat dengan UPM. Adik saya ada kerja kat UPM. So kalau ada hal2 kecemasan, boleh rujuk dengan adik saya je. 


 Fail pelajar yang baru diterima dari UKM. Perlu diisi dengan borang2 yang berkenaan dan dibawa semasa pendaftaran nanti.

 Mendafatar nanti di Kolej Keris Mas...yang juga kan merupakan kolej kediaman Ayong nanti. Dengar cerita jiran sebelah rumah (anaknya juga sedang belajar di UKM dan tinggal di Kolej Keris Mas jugak) kolej ini terletak paling hujung sekali. Kalau nak menapak ke fakulti, memang sengsara sikit la. Nasib baik ada pengangkutan disediakan.

Yang ni pulak surat berdaftar dari UiTM Shah Alam...hantar transkrip keputusan peperiksaan masa Asasi aritu. Semua dokumen2 penting kena sediakan awal2.


Saturday, August 3, 2013

Dah 20 Tahun Rupanya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik...dah 20 tahun rupanya suamiku berkhidmat di Kiswire Malaysia. Pada 1hb Ogos lepas, diadakan Majlis Iftar Kiswire di Amansari. 

Dalam majlis yang sama juga diadakan majlis anugerah perkhidmatan 10 dan 20 tahun, penyampaian bantuan kepada anak2 yatim, balu2 pekerja Kiswire, anak2 cemerlang dang juga anak2 kurang upaya. Kiranya majlis 6-dalam-1 gitu...




Hubby tersenarai dalam penerima anugerah 20 tahun perkhidmatan. Hubby join Kiswire pada 15hb Disember 1992. Kalau saya masih bekerja di Kiswire, saya juga dah mencapai 20 tahun. Saya join Kiswire pada 1hb September 1992...awal sikit daripada hubby. Sedikit token dari Kiswire untuk pekerja 20 tahun perkhidmatan. Jom tengok hubby dapat apa...

 Loket emas seberat 6.50g dan plak
 Voucher Tesco bernilai RM400. Ni boleh beli krimcis banyak2 kat Tesco ni...
Sijil penghargaan...
 Dan jam tangan Seiko...

Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan. Pendant tu dah tergantung kat leher saya. Voucher tu pun diserahkan pada saya. Jam dan yang lain2 tu untuk hubby la...hihi. Boleh gitu?


Friday, August 2, 2013

Sunday, April 21, 2013

Siapakah Dia?


Pada 31hb Mac yang lalu, kami telah ke stesen bas Larkin Sentral. Nak hantar bang Yang bali semula ke asrama. Cuti sekolah dah abis masa tu. Memang dia akan balik sendiri ke Seremban. Ada le sekali dua aje kami hantar dia balik ke sana. Itupun sebab terpaksa ataupun sebab on the way. Dia dah boleh pergi balik sendiri. Kalau nak berjemput berhantar, pengsannnn! Duit minyaknya, duit tolnya...dan yang lebih parah lagi ialah kepenatannya. Jauh gak SDAR tu. Biasanya kami akan belikan tiket Plusliner jam 10:30 pagi ataupun jam 11:00 pagi. Disebabkan hari tu adalah hari akhir cuti penggal pertama, Plusliner tambah satu bas lagi...jam 10:30 pagi. Biasanya bas yang dia naik ialan jam 11:00 pagi. Dah beli tiket, kami sarapan dulu di DD. Biasalah...kalau ke DD mesti saya cari Cappucino dan Croisant Tuna Sandwich. Mabelessss!!!




Tapi tajuk entry saya ni bukanlah bertanyakan siapa budak kat atas tu....tetapi sebaliknya ialah siapakah perempuan di bawah ini???


Semenjak Abang Yang bersekolah di Senawang ni, kami memang selalu le ke Larkin Sentral menghantar dia naik bas untuk balik ke asrama. Mula2 dulu kami tak perasan "kegiatan" wanita ini. Suatu hari tu saya perhatikan dia menjalankan "projek"nya. Dalam beg yang dia sandang tu terdapat satu tin / bekas bulat yang dibalut. Tapi saya tak tau apa yang tertulis pada balutan bekas tersebut. Satu hari tu semasa kami sedang bersarapan di restoran kat Larkin Sentral tu, dia masuk ke dalam restoran tu sambil memegang bekas tersebut dan pergi dari satu meja ke satu meja. Tapi kebetulan pulak dia tidak menghampiri kami. Kami fikir biasa la tu...orang minta derma / sedekah.

Bila kami ke platform tempat menunggu bas, saya nampak dia menaiki bas yang berhenti di platform2 tersebut. Dari satu bas ke satu bas yang lain. Masa nak panjat tangga bas baru dia keluarkan bekas tu. Masa nak turun, dia masukkan semula ke dalam beg sandang dia tu. Kat atas bas tu saya nampak dia menghulurkan bekas tersebut kepada penumpang2 yang ada di dalam bas tersebut. Dari satu kerusi ke satu kerusi yang lain. Ada juga yang penumpang yang berhati mulia menghulurkan sumbangan untuk dia (masukkan ke dalam bekas tu la...). Muka dia memang manis. Tersenyum je. Ye lah...nak minta sesuatu mestilah manis muka...kan? Bukan sekali dua kami terserempak tapi setiap kali kami ke sana mesti dia ada membuat kerja yang sama. 

SIAPKAH DIA? Orangnya nampak sihat ceria je. Tak de pulak cacat anggota nampaknya. Kalau terserempak sekali sekala, tak apa la kot...tapi agaknya setiap hari dia di sana (agaknya la...) sebab setiap kali kami ke Larkin Sentral, mesti dia ada. Kalau betul2 memerlukan bantuan, mungkin dia boleh rujuk ke pihak2 yang berkaitan ataupun individu2 yang bertanggungjawab. Wallahhu'alam... 

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA

Peace no war!!!

Wednesday, April 17, 2013

Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Mak Su - Part 6

Bahagian 6 - Majlis Sambut Menantu Di Lenggong (Rumah Pengantin Lelaki)

Majlis menyambut menantu di pihak pengantin lelaki telah diadakan pada hari berikutnya iaitu pada hari Ahad, 24hb Mac 2013. Tetapi Ayong tidak dapat menyertai majlis tersebut kerana seawal jam 7:15 pagi kami dah menghantar Ayong ke stesen bas di Terminal Amanjaya, Meru. Ikut pada tiket bas, bas bertolak jam 8:00 pagi. Tapi jam 8:30 pagi barulah bas tersebut bergerak dari Terminal Amanjaya.


Sekitar jam 11:00 pagi, kami bertolak ke Lenggong dengan 11 buah kenderaan persendirian. Kami sampai di Kota Tampan Air, Lenggong sekitar jam 12:30 tengahari. Kami bertanggak sekejap di rumah arwah emak saudara saya di sana. Selepas Zohor barulah kami bertolak ke rumah pengantin lelaki yang cuma mengambil masa tidak sampai 15 minit dari situ. Sebelum ke sana, kami berkumpul di satu kawasan lapang di mana ahli Kelab Perdana dah menanti ketibaan kami.






















*****************