Monday, April 15, 2013

Majlis Penikahan Dan Perkahwinan Mak Su - Part 5

Bahagian 5 - Sambutan Ulangtahun Kelahiran, Ulangtahun Perkahwinan Dan Meraikan Pengantin


Alhamdulillah...kenduri perkahwinan dah pun selesai pada sebelah petang 23hb Mac lalu. Pada sebelah malam pula kami mengadakan sedikit jamuan bersempena ulangtahun kelahiran emak, adik-beradik, ipar-duai dan anak2 sedara yang lahir pada bulan Mac. Juga kami menyambut ulangtahun perkahwinan dua orang adik saya yang juga jatuh dalam bulan Mac. Dan akhir sekali kami sekadar meraikan pasangan mempelai.

Oleh kerana ada 3 events, so ada 3 biji kek pada malam tu.
Kek untuk pengantin...ambil kek tingkat atas pada kek pengantin siang tadi...jimat kos!
Kek untuk ulangtahun perkahwinan...
Parin & Salina - 8th anniversary
Bam & Yanti - 4th anniversary
Kek untuk ulangtahun kelahiran untuk 8 orang... Emak, abang sulung saya, Mak Su (pengantin), dan anak2 buah - Aleeya, Atief, Atirah, Nuriez dan Balqis.
 Ini yang menyambut ulangtahun kelahiran...
 Ini yang menyambut ulangtahun perkahwinan...
Dan yang ini pulak ialah pengantin baru...













***************

Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Mak Su - Part 4

Bahagian 4 - Majlis Perkahwinan Mak Su


Kali ini kisah majlis perkahwinan Mak Su di Kampung Ulu Chemor...rumah pengantin perempuan ler! Majlis ini diadakan pada hari Sabtu, 23hb Mac 2013 yang lalu. Alhamdulillah...dah selesai pun majlis tersebut. Majlis bermula jam 12:00 tengahari hinggalah jam 4:00 petang. 


Cenderahati yang dibawa oleh pihak pengantin lelaki selepas majlis pernikahan pada malam sebelumnya. Gula2 dan cokelat yang digubah dalam bentuk jambangan bunga, kuih baulu, beg tangan, sirih junjung, tuala dan barangan mandian dan wangian.    

 Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti oleh doa makan. Selamat menjamu selera!

 Menyambut tetamu yang datang...

Jom tengok menu pulak...
                                         Sambal belacan                         Sambal tempoyak
                                 Jelatah                           Dalca                           Ulam-ulaman
                              Ayam goreng                   Tapai nasi               Rendang Tok
                                            Nasi Minyak                    Cendol pulut / kacang merah
                                             Cendol                          Ikan Masin Bulu Ayam
Tembikai

Kek pengantin yang ditempah daripada Sue DSueHouse

Inilah tuan punya DSueHouse...!

Rombongan pengantin lelaki tiba selepas waktu solat Zohor. Ramai jugak ahli rombongan mereka. Ketibaan mereka diiringi dengan paluan kompang.





Terima kasih kepada tetamu jauh yang sudi hadir di majlis ini... 
 My BFF...Siti Rohani Aripin dan keluarga dari KL...
 Junior ex-Korea Kamal Zuhdi dan keluarga dari KL...
 Keluarga mertua adik saya dari Kulai, Johor...

 Pasangan pengantin memotong kek perkahwinan...

 Kami sekeluarga!!!
Yang ini tak cukup korum ni...! 6 orang adik-beradik lelaki bersama anak masing2 bergambar dengan pengantin.