Thursday, February 16, 2012

Jemputan Pengantin (2)



Ini pula ialah jemputan ke majlis walimatul urus yang kedua pada hari Sabtu, 4hb Februari lepas. Majlis ini ialah majlis perkahwinan anak perempuan kepada Cikgu Ramlah di Jalan Selayang 12.


Kebetulan masa kami sedang menjamu selera tu, pihak pengantin lelaki pun sampai. Biasalah...kat Johor ni mesti ada tol. Pengantin lelaki didudukkan di hadapan pintu gerbang pertama. Dalam masa yang sama, si pengapit akan berbisik2 dengan jurutol2 yang menahan perjalanan mereka. Sambil2 tu si pengapit akan menghulurkan paket merah jambu...


Sampai kat depan pelamin pun ada tol lagi. Kali ini tol dari Mak Andam. Jaga kau...kalau Mak Andam tak puashati dengan tol yang dibayar, dia tak benarkan pengantin lelaki duduk kat sebelah pengantin perempuan tu. Kejam ya Mak Andam ni...! Apa2pun...sekadar suka2 jer....



Selamat pengantin baru kepada kedua2 mempelai. Moga berbahagia hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah.

Tuesday, February 14, 2012

Jemputan Pengantin (1)



Saya suka sangat tengok pelamin bertemakan merah, putih dan gold ini. Memang cantik. Berseri2. Menyerlah!!! Pelamin ini dibina di bawah khemah...di luar kediaman pengantin. Nampak ringkas aje tapi amat menyerlah.

Ini pula ialah meja untuk pengantin makan berdamai. Diletakkan di sebelah kanan hadapan pelamin. Hanya untuk pasangan pengantin dan juga pengapitnya. Di sebelah kiri pun ada juga meja cam gini tapi tak adalah kerusi untuk pengantin tu. Menyerlah..kan?


Khemah tempat makan untuk tetamu dan pengantin. Semuanya merah, putih dan gold.

Pada hari Sabtu minggu lepas...ehhhh...bukan minggu lepas tapi dua minggu lepas...kami ada menerima tiga jemputan untuk ke majlis walimatul urus. Yang ini ialah majlis yang pertama. Majlis yang kedua dan ketiga, akan saya ceritakan selepas ini.
Pada sebelah pagi, telah diadakan majlis Yaasiin dan doa selamat untuk kaum hawa. Alhamdulillah, ramai yang telah hadir. Pengantin perempuan juga turut sama dalam majlis tersebut.

Pengantin perempuan di sebelah kiri tu...yang bertudang 3-rona tu. Ibu kepada pengantin perempuan pula ialah yang di sebelah kanan tu...Kak Uji...sedang kusyuk membaca surah Yaasiin.

Sebahagian daripada kami yang hadir pada majlis tersebut.

Selepas majlis tersebut, kami semua telah menjamu selera. Kebetulan waktu majlis tersebut tamat, jam menunjukkan dah 11:30 pagi. Memang waktu tu tetamu lain dah ada yang datang. Jadinya kami sama2lah menjamu selera. Selepas bersalaman dengan tuan rumah, kami pun mengundurkan diri.

Jadinya, gambar pengantin tak adalah sebabnya masa tu belum ada pengantin lagi. Adapun cuma pengantin perempuan yang masih santai aje. Sebelah petang tu saya dah tak ke sana sebab pergi ke majlis yang dua lagi tu.



Monday, February 13, 2012

Tat Buah Istimewa



Tat buah istimewa ini saya buat khas untuk anak2 dan hubby saya. Saja2 je buat sebagai juadah minum petang. Ada lebihan buah2 segar, ada tart shell dan ada juga kastad, so jadilah tat buah istimewa ini.

Dihias dengan separuh belahan stroberi dan juga sebiji anggur merah tanpa biji....





Salad Lagi...!



Salad lagi! Dan lagi...dan lagi...dan lagi! Dah jadi menu harian....tapi tidaklah hari2. Boring jugak kalau hari2 mengadap salad aje...kan? Tapi dalam seminggu tu adalah 2,3 kali makan salad. Selain daripada salad campur ni, menu yang mesti ada setiap minggu ialah sup. Apa2 sup lah...tapi yang selalunya ialah sup sayur dan sup tauhu telur.



Macam biasalah, kalau buat salad ni, saya masukkan aje segala jenis sayur dan buah yang ada dalam petiais. Tambah pulak dengan telur rebus. Yang lain2 tu macam biasa je. Anak2 pun suka makan salad ni. Kalau dah makan salad ni, nasi tak makan dah. Dah jadi macam mat saleh le pulak ye. Tapi kadang2 anak2 cari jugak nasi putih...

Thursday, February 9, 2012

Ayam Goreng Kunyit


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah tengah malam ni tentu masing2 tengah nyenyak tidur ya...



Saja nak tayang tengah2 malam ni. Tentu tak ada yang kecur sebab dah tengah malam. Mana ada orang tengok dah. Masing2 dah bermimpi yang indah2 rasanya. Entah2 ada yang mimpi makan Ayam Goreng Kunyit ni tak? Hihihi...perasan betul tuan rumah yang kejap timbul kejap temggelam ni ya!



Ini bukannya juadah makan malam kami malam tadi. Juga bukannya juadah makan tengahari tadi. Kalau makan malam pun bukan, makan tengahari pun bukan, jadinya...makan bila pulak??? Ohhh....minggu lepas punya!!! Layannnn.......!

Wednesday, January 25, 2012

Ronda-Ronda CNY


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hmmm...bagi mereka2 yang bekerja, hari ini dah mula bekerja semula setelah bercuti selama 4 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) sempena Tahun Baru Cina. Hubby pun sama juga. Tapi hubby cuti 3 hari sahaja sebab hari Sabtu lepas  kena giliran dia bekerja..alternate Saturday. 3 hari cuti tersebut kami tidak ke mana2. Cuma stay di rumah sahaja sambil melayan anak2 dan mengambil kesempatan juga merubah penampilan dalaman rumah. Bukannya buat apa pun...ubah sana ubah sini je.

Hari Isnin lepas, kami memutuskan untuk bersarapan di luar. Biasalah...tempat pilihan ialah Restoran Sasa sebab di situ ada banyak pilihan menu. Kami bersarapan pun dah hampir jam 10:00 pagi. Biasalah...cuti2 sekolah ni, anak2 bangun lewat dari biasa. Lepas bersarapan, kami menuju ke Taman Molek sekejap. Ada urusan kerajaan...hihihi. Dari Taman Molek, kami membeok ke kiri menuju ke JB melalui Carefore Jalan Tebrau. Hmmm...destinasi tak tau ke mana lagi. Saja je ikut langkah kaki. Langkah kaki??? Berjalan ke kaki je ke??? Eh...silap! Bukan ikut lagkah kaki tapi ikut kawalan stereng.....

Akhirnya kami menuju ke Danga Bay.


Tak turun dari kenderaan pun. Duduk2 dalam kereta sambil tengok2 pemandangan tengahari tu.



Dalam pada kami berhenti sekejap di Danga Bay tu, hubby dan saya berbincang2 nak menuju ke mana. Hubby bercadang nak ke Tanjung Piai tapi tak tau nak menuju ke mana...ikut arah mana. Kami pun Google la tapi tak jumpa pulak Tanjung Piai. Tapi hubby yakin ianya terletak dekat2 PTP. Iye ke?? Akhirnya kami pun meneruskan pemanduan. Arah tujuannya ialah ke arah PTP.

Dari Danga Bay, kami belok ke kiri. Keliru juga jalan di JB ni...semuanya dah dinaiktaraf. Kami pun ikut je papan tanda yang menuju ke Nusajaya tu.

Tak jauh dari simpang tersebut, ada lagi papan tanda arah...satu untuk ke Nusajaya/Gelang Patah, satu lagi untuk ke pusat bandar. Isshhh...nak ke mana ni? Tertanya2 saya dan hubby sesama sendiri. Akhirnya hubby ikut lorong kanan...ke Nusajaya/Gelang Patah. Hahaha...ikutkan ajelah!
Sampai di satu simpang, jalan nak ke Nusajaya tu nampak macam di tutup. Ada notis kat situ yang tertulis "Hanya untuk kenderaan pembinaan sahaja". Tapi jalan yang itulah yang menuju ke Nusajaya/Gelang Patah. Kalau ikut jalan satu lagi tu, ianya dah berpatah semula ke JB. Akhirnya kami masuk je ke jalan yang menuju ke Nusajaya tu. Kami tengok banyak kenderaan yang mengikut jalan tersebut. Kami pun ikut redah juga.



Setiap kali tiba di persimpangan lampu isyarat ataupun tanpa lampu isyarat, mulalah kami "terkeliru" nak ikut arah mana. Akhirnya kami ikut je ke arah Gelang Patah. Jalan punya jalan, akhirnya sampai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Hahaha...!!!! Bukannya boleh masuk pun ke PTP tu (agaknya la...). Sampai kat depan entrance tu, kami pun buat pusingan U. Sambil memperlahankan kenderaan, saya pun snaplah apa yang ada.
 
 



Pengalaman pertama sampai hingga ke PTP. Dari PTP kami berpatah balik ikut arah Gelang Patah pulak. Sampai di simpang empat, kami ada 4 pilihan samada nak terus, ke kiri, ke kanan ataupun berpatah balik. Kami ke kanan dulu...menuju ke Leisure Farm. Entah apa ada kat situ agaknya.  Jauh juga dari simpang empat tu. Oooo...golf resort rupanya. Ingatkan apa tadi. Akhirnya kami berpatah balik ke simpang empat tadi.






Dari simpang empat tu, kami menuju ke arah Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Marin. Ingatkan tentu ada pelabuhan yang menempatkan bot2 dan kapal Marin. 



Ke kiri menuju ke Jabatan Laut Malaysia dan yang ke kanan tu pulak menuju ke Kastam Diraja Malaysia. Kami ke kiri dulu.

 Sampai di depan ni, kami berhenti. Bukannya ada apa2 pun. Cuma pejabat agaknya. Di sebalah kiri bahagian ini adalah kuarters kakitangan mereka. Hmmm...berpatah lagi kami. Masuk ke lorong kanan kat simpang tadi tu, kami jumpa yang ini pulak.


 Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Memang betul peribahasa Melayu ada menyebut, "BANYAK BERJALAN, LUAS PANDANGAN". Memang luas sangat pemandangan kami. Tak pernah2 kami sampai ke tempat2 yang tak pernah terlintas difikiran. Akhirnya kami sampai juga ke sana.

Aduiiii...penat dah sebenarnya. Anak2 pun dah bertanya, tak turun mana2 ke. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan asyik duduk dalam kereta aje. Tak turun mana2 pun. Akhirnya kami memutuskan untuk balik ke Pasir Gudang. Dalam perjalanan balik tu, kami berhenti sekejap di tepi jalan yang ada kerangka2 besar ni. Dalam perjalanan pergi tadi dah nampak tapi tak sempat nak berhenti. Agaknya inilah lokasi Legoland tu kot....!






Hajat nak terus balik ke Pasir Gudang kami tangguhkan dulu. Kami singgah kat Jusco Bukit Indah dulu. Pernah 2,3 kali lalu kat sini tapi tak pernah singgah. Kiranya inilah kali pertama kami ke Jusco Bukit Indah ni. Dah agak dah, mesti tak banyak kedai yang bukak. Mana tidaknya, hari pertama CNY. Tak apa...bagus! Mesti tak sesak dan tak banyak RM yang melayang! Hahaha....

Jusco Bukit Indah.








Memang banyak kedai yang tutup. Kami pun bukannya rancang nak beli apa2, sekadar nak jalan je. Dah penat pusing2, kami ke food court pulak. Apa lagi...makanlah!!!




Lepas makan, barulah kami balik. Tapi sebelum melangkah keluar dari Jusco tu, kami singgah kat kiosk jual keledek dan berangan tu dulu. Beli keledek bakar hampir 1kg dan 3 paket besar berangan bakar. Makan panas2...memang sedap!!!!



Tuesday, January 24, 2012

Lempeng Gulung Sambal Ikan Bilis



Lempeng Gulung Sambal Ikan Bilis. Hidangan sarapan pagi yang ringkas dan cepat. Cepat ke? Tak le jugak sebab ambil masa untuk menyediakan sambal ikan bilis tu. Nak masak lempeng tu pun perlukan masa juga. Nak buatnya memanglah senang. Sekadar bancuh tepung + telur + garam + susu segar. Lepas tu layangkan di atas kuali leper. Tapi sebab kena buat satu persatu, itu yang ambil masa sedikit.


Nak digulung dengan sambal ikan bilis tu, sekejap aje. Ratakan sambal ikan bilis di atas permukaan lempeng dan gulungkan. Sambal ikan bilis tu boleh juga digantikan dengan apa2 inti ataupun filling yang disukai...ikut citarasa sendirilah. Kalau ditukar dengan bluberi pun sedap jugak!!!


Kalau tak nak digulung dengan sebarang inti ataupun filling boleh jugak. Lempeng kosong itu sendiri dah secukup rasa. Adik makan lempeng kosong aje. Dia tak nak digulung dengan sambal.


Nak resepi? Nantilah...ada kelapangan lepas ni saya muatnaik kat blog Dari Dapur Azita Zain ya.