Tuesday, April 13, 2010

Tak Jadi Makan Luar


Malam tadi bercadang untuk keluar makan sekeluarga. Alih2 tak jadi pulak. Sebab? Sebab Adik dah tidur awal2 lagi... Hubby balik pun dah agak lewat. Cadangnya nak ajak hubby dan anak2 makan kat luar untuk meraikan birthday Abang Ngah semalam. Semalam cuma makan kek saja, tak sempat nak keluar makan sebab projek mengecat siap selepas Maghrib. Badan pun dah penat masa tu. Dia potong kek semasa masih dalam kesibukan mengecat. Berhenti rehat sekejap sambil layan Abang Ngah dengan keknya.

Konon2nya malam tadi nak ler bawak dia makan ke Pizza Hut ke, Sedap Corner ke, Senibung ke.... Alih2 Adik pulak dah tidur seawal waktu Maghrib tadi dan hubby pun balik agak lewat. Akhirnya, setelah berkira2 dengan hubby, kami ambil keputusan untuk makan di rumah sahaja. Hubby keluar membeli sate and the gang. Kejutkan Adik untuk makan sate pun dia dah tak mau. Penat sangat kot...!

Inilah sate and the gang...sate ayam dan daging, nasi impit, mentimun dan kuah kacang...


And this is my portion...! I love sate daging more than sate ayam because my childrens love sate ayam more than sate daging! Tiap kali membeli sate, sate ayam mesti paling kurang 5x ganda dari sate daging. Saya belum sampai serulah nak buat sate sendiri. Setakat nasi impit dan kuah kacang tu, bila2 masa pun boleh buat...


Monday, April 12, 2010

Masak2 Dan Makan2 Hari Ahad



Lagi entry untuk hari ini. Banyak beno pulak entry hari ni ya! Bukannya apa, sebab dah lama tak mengemaskinikan rumah ni. Itu yang banyak benda nak dicelotehkan ni. Tapi entry yang ini hanya kepada juadah2 yang saya masak dan juga yang kami makan.

Pagi2, saya tak sediakan sarapan sebab hubby merajinkan diri untuk membeli Roti Canai - telur dan kosong. Adik makan banyak roti telur tapi dia pilih yang banyak telur aje. Yang kosongnya dia tolak ke tepi. Tak aci betullah Adik ni!


Ini pulak ialah Apam Comel berintikan blueberry dan strawberry. Ini order dari rakan setaman sebanyak 100biji. Thanks Shidah! Nak dibawa ke majlis sambutan harilahir anak kawan kami (Sue) di taman ni jugak. Purple + kuning = blueberry. Pink + hijau = strawberry. Saya siapkan apam ini sebelum kerja mengecat bermula pagi Ahad tu.


Ini pulak ialah Kek Cokelat Kukus Lembab Comel. Semasa mengukus apam tu, saya teringin pulak nak makan kek cokelat comel2 ni. Kalau nak beli kat pasar tani tu, boleh tahan jugak harganya. Selepas mengukus apam, saya sambung dengan mengukus kek comel2 ni. Dah sejuk, saya curahkan sirap cokelat dan tabur dengan cekelat cip dan color balls. Teruja sungguh Adik nak menjamahnya sebab warnanya yang ceria tu...


Yang ini sudah tentunyalah Kek Keju untuk Abang Ngah...


Ini pulak ialah juadah makan tengahari kami semalam (Ahad). Ada lemak pucuk ubi, lemak siput, ayam bakar madu, iwak lele sambal dan telur puyuh sambal. Opppsss...yang ini bukan masakan saya tapi hubby yang beli di warung berdekatan. Mana sempat nak memasak semalam sebab projek mengecat tu la. Makan pun lebih kurang aje. Yang penting, anak2 mesti kenyang... Saya pun cuma makan nasi putih dan lemak pucuk ubi sahaja. Adik paling suka dengan siput masak lemak tu. Pandai pulak dia menyedut siput tu. Kalau disedut2 tak jugak keluar, baru dia minta tolong dengan abang2nya.

Happy 14th Birthday Abang Ngah



Semalam, 11hb April 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran Abang Ngah yang ke 14 tahun. Hmm...besar dah anak teruna saya ni. Dah 14 tahun...Form 2. Alhamdulillah...! Awal2 lagi Abang Ngah dah request nak Kek Keju (Cheese Cake) masa birthday dia. Semalam, dalam pada sibuk menolong hubby mengecat rumah, saya sempat juga curi masa untuk membakar sebiji Kek Keju khas untuk Abang Ngah. Dan saya deco sikit2 dengan menggunakan buttercream. Ada ke orang deco cheese cake dengan buttercream? Biasanya deco dengan krim putar tapi saya kehabisan stok. Buttercream aje yang ada.


Inilah Birtday Boy semalam...Muhammad Azhari...


Biasanya, kalau ada sambutan ulangtahun, kami cuma sediakan sebiji kek untuk menambahkan kemeriahan. Lebih2 pun, kami keluar makan. Tapi semalam tak sempat nak keluar makan ataupun belikan apa2 hadiah pun untuk Abang Ngah. InsyaAllah, malam ni kami akan keluar untuk meraikannya. Itupun kalau hubby balik cepat.

Jom kita layan beberapa gambar masa makan2 cheese kek semalam...

My cheese cake with simple deco...


Birthday boy...


Birthday boy lagi tengah eksen potong kek...baru bangun tidur tu, dikejutkan oleh Adik...


Hadiah ciuman dari Adik yang kepoh...


Jom makan...!


Licin dah...!


Sabtu Yang Pehuh Aktiviti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Sabtu lepas merupakan hari yang amat sibuk untuk diri saya dan juga keluarga. Mana tidaknya...sudahlah badan saya tidak sihat tapi jadual untuk hari tu penuh. Kalau tidak dipenuhi, sayang pulak. Saya kuatkan hati dan tekad untuk memenuhi semuanya...

Pagi Sabtu lepas, anak2 semuanya ada aktiviti masing2. Ayong ada kelas tambahan di sekolah di sebelah pagi, sebelah petang pulak ada latihan pancaragam di stadium. Abang Ngah pulak ada Kursus Ketua dan Penolong Kelas di sekolah. Sebelah petang dia tak ada program apa2. Abang Yang....orang yang paling sibuk. Pagi ada latihan kkompang hingga jam 10.00 pagi, disambung dengan "group study" di rumah kawan di Nusa Damai. Dia pergi bersama kawannya yang dihantar oleh ayahnya. Terima kasih ya kerana menumpang anak saya... Jam 2:00 petang pulak ada latihan kawad kaki di sekolah hingga jam 6:00 petang.

Saya pulak.... Sebelah pagi saya ke kelas agama di Masjid An-Nur Pusat Bandar hingga jam 11:00 pagi. Selepas tu ke rumah jiran, ada gotong-royong memasak untuk majlis pada sebelah petangnya. Jam 1:00 tengahari baru balik. Nasib baik hubby tidak bekerja. Walaupun tidak bekerja, telefon tidak berhenti2 berbunyi. Ada sahaja panggilan dari tempat kerja. Ikutkan hubby, dia kena pergi kerja jugak sebab ada masalah pada thermopac di kilang tu. Tapi demi tanggungjawab kepada keluarga juga, hubby tidak jadi nak pergi. Since hubby tidak dapat pergi, dia cuma monitor dan tolong dari segi mengagihkan kerja2 kepada mereka2 yang berkaitan termasuk para pembekal (suppliers).

Pagi2 hubby dah pergi menghantar Abang Ngah dan Ayong ke sekolah. Abang Yang pergi ke sekolah dengan basikal sebab nanti senang dia nak balik. Jam 8:30 pagi pulak hantar saya ke Pusat Bandar. Tinggallah hubby dan Adik sahaja di rumah. Alhamdulillah...hubby memang ringan tulang. Semasa di rumah, hubby tidak duduk diam sahaja. Semua kerja2 rumah hubby yang buat - membasuh dan ampai baju, mengemas dan lain2. Syukur kepadaNya kerana mendapat hubby sebegitu!

Jam 2:00 petang, saya ada Majlis Akhwatul Muslimah di rumah jiran berdekatan (yang saya tolong memasak pagi tu..!). Majlis bermula jam 2:15 petang dan berakhir jam 4:30 petang. Sampai sahaja ke rumah, saya sedikit terkejut sebab rumah senyap sunyi sahaja. Bila saya beri salam dan buka pintu, saya lihat hubby sedang MENGECAT...!!! Ya Allah...rajinnya hubby ku ini! Masa tu Adik dan Abang Ngah ada di bilik atas. Patutlah senyap jer... Selepas tu saya pun meringankan tulang untuk mengecat bersama2 hubby. Kami sama2 mengecat siling dahulu. Warna cat pilihan hubby ialah PUTIH. Sebelum ini warna siling kami ialah OREN. Jauh lari, kan??? Katanya nak melapangkan minda dengan warna putih tu... Mana2lah....asalkan kami bahagia!

Warna asal siling ialah oren, ditukar ke putih...dalam proses mengecat ni...!


Yang ni siling yang dah siap dicat putih. Yang kuning ialah bahagian dinding...projek untuk hari Ahad...!


Sebahagian dinding diwarnakan dengan purple dan kuning. Pagi Ahad projek menukar warna dinding ni pulak... Saja hubby tulis dengan cat putih nama dia di dinding. Adik turun je terkejut tengok dinding kena conteng. Selalunya dia yang jadi tukang conteng tapi kali ini abahnya pulak yang mennyonteng..

 

Jam 5:00 petang, saya pergi menjemput Ayong balik dari latihan pancaragam di stadium. Lepas tu sambung lagi mengecat hinggalah ke waktu Maghrib. Alhamdulillah...selesai mengecat siling. Tapi rumah kami biarkan dalam keadaan tidak tersusun lagi sebab pagi Ahad akan sambung kerja cat-mengecat di bahagian dinding pulak. Sekadar kemaskan di bahagain depan tv sahaja. Penatnya....!



Titisan Terakhir


Jom jamu mata kejap....









Ni rumput apa tah...

Bunga lalang mencium rumput...

Daging Black Pepper




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Rasanya tentu semua pengunjung boring bila datang ke rumah saya sebab tak ada entry terkini. Rasanya entry terakhir saya ialah pada 7hb (Rabu) lepas. Sebenarnya badan ni tak berapa sihat, sampai hari ini pun masih belum pulih sepenuhnya.

Jadinya, hari ini saya nak kemaskini semua cerita2 yang belum sempat saya muatnaikkan selama masa saya tidak bersiaran. Jangan boring ya...! Bermula dengan gambar di atas. Itu ialah menu makan tengahari dan malam kami pada hari Selasa lepas. Cuma daging sahaja yang masih ada stok dalam petiais masa tu. Anak2 pulak memang suka dengan lada hitam jadinya saya masak Daging Black Pepper semuanya. Sedap dimakan dengan nasi putih panas2....! Anak2 balik dari sekolah, tak tunggu lagi. Terus mengadap meja makan... Alhamdulillah! Berselera mereka menjamu selera....




Wednesday, April 7, 2010

Program IQ Pintar


Inilah program yang telah membuatkan saya pening kepala dan demam mengigil2. Program ini memang amat bagus (pada sayalah...) kerana telah menyedarkan saya tentang cara2 yang betul untuk membuat dan membantu anak2 untuk belajar. Teknik2 dan pendekatan yang dianjurkan amat berkesan bukan saja kepada anak2 tetapi juga kepada ibubapa yang turut serta. Program kali ini adalah untuk anak2 yang bersekolah rendah, dimana salah seorang ibu atau bapa perlu hadir bersama. Awal Mei nanti program untuk anak2 sekolah menengah pulak. Masa tu Ayong dan Abang Ngah pulak yang akan turut serta dalam program tu.



Program tersebut diadakan selama 2 hari, 3hb dan 4hb. April (Sabtu dan Ahad) lepas, bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang, bermula jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang.


"Coach" program...Puan Suria Mohd...


Di akhir program, ada penyampaian sijil untuk anak2 dan sesi bergambar. Tengoklah gaya "Coach" dan "Player"....


Coach and players....


Sebahagian daripada "players"...


Red carpet sebagai alas tempat duduk...


Sesi menjamu selera...


Aksi2 semasa aktiviti berkumpulan....

Sesi penerangan oleh pparents kpd anak2 dan sebaliknya...


Antara mereka2 yg mendapat sijil tamat program...

Ceria bersama coach dan parents...


Friday, April 2, 2010

Si Misai


Jom layan gambar2 si misai kucing ni...















Musim Bunga



Subhanallah!!! Lihatlah pokok ni. Saya tak pasti apa nama pokok ini tapi untuk pengetahuan semua, di sekitar Pasir Gudang sekarang mengalami musim bunga. Jangan ingat kat luar negara je ada musim bunga, kat sini pun ada jugak! Kalau ronda2 sekitar Pasir Gudang sekarang, kebanyakan pokok2 di tepi jalan tu, semuanya tengah berbunga. Dah tak nampak daun dah!!!! Bunga je sekata..... Kalah bunga sakura kat Jepun nun...


Ha tengok ni! Close-up sikit...! Bunga sesaja dah....!


Inipun saya shot tadi selepas hantar Ayong ke stadium. Dah seminggu lebih saya mengidam nak shot bunga2 ni tapi tak kesampaian. Terdapat 2 warna sebenarnya - pink dan putih - tapi saya baru sempat shot yang pink ni saja. Itupun saya berhenti di bahu jalan. Pokok tu sebenarnya disebelah sana jalan. Dengan menggunakan DC saya tu je, gambar tak le cantik dan sharp sangat. Lagipun dari jauh jer. Masa tu pulak orang baru balik dari solat Jumaat. Banyak le kereta dan motorsikal yang lalu-lalang tapi saya buat muka tembok jer... Segan jugak sebenarnya...hehehe..


Kalau guna kamera canggih mesti cantik ni...!


Tapi lepas ni saya nak pergi pusing2 jugak. Nak gi shot pokok2 bunga yang ini lagi. Banyak sebenarnya pokok2 tu di sekitar sini. Cumanya kalau hari hujan, terbantutlah hajat saya ni.


Tanpa sehelai daun pun! Hanya bunga2 sahaja...!!!


Masyaallah...cantiknya!



Kalaulah pokok ini ada kat depan rumah saya...


Agak2 koranglah kan, kalaulah pokok tu ada di depan rumah saya, apa saya akan buat???



Thursday, April 1, 2010

Anugerah Dari Allah...



Entry ini khas untuk Azie...! Tahniah dan alhamdulillah...Azie dah selamat melahirkan cahayamata seberat 3.16kg pada jam 10:45 pagi tadi (Khamis, 1hb April, 2010) di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Tapi sayangnya Azie tak bagitau pulak samada baby boy ataupun baby girl. Mungkin Azie akan adakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan kelahiran kali ini...hehehe. Gempaq sikit.... Apa2pun, tahniah untuk Azie sekeluarga!