Tak tahu kenapa nama teh ni Teh C Peng. Kalau nak tau, kena tanya dengan tuan punya resepi teh ni, Jiya @ 14Sept (MyResipi). Saya mencubanya siang tadi. Memang sedap. Dengan rasa lemak2 susu segar dan kelainan rasa dengan air gula melaka. Tidak rugi mencuba. Senang saja nak membuatnya.
Wednesday, March 3, 2010
Roti Sardin Gulung
Roti Sardin Gulung (Sardin Roll)... Inilah juadah sarapan pagi kami tadi. Pada mulanya saya nak buat Sausage and Cheese Roll tapi kehabisan stok cheese pulak. Jadinya saya tukar kepada sardin je. Maaf ya...semuanya dah habis dimakan. Tidak ada baki lagi. Kalu nak, buat sendiri ya! Resepi rujuk di sini...
Setiap gulungan dipotong kepada dua...
Close-up sikit....!
Tuesday, March 2, 2010
Sotong Dan Sup Bebola
Salam sejahtera untuk semua. Menu kami hari ini ringkas sahaja. Sekadar masak sotong dan sup bebola sahaja. Sotong ni saya masak main campak2 sahaja...dan saya beri nama Sotong Goreng Kunyit Lada Hitam. Ishhh...panjang pulak namanya. Sotong tu cuma ada dalam 7 ekor je. Nak kata besar sangat, tidaklah juga. Nak dikatakan kecil sangat...pun tak juga. Sedang2 ajela....
Nak menyediakannya pun senang sahaja. Main campak2 je. Jika inginkan resepinya, silalah ke sini ya!
Ini pula ialah sup berbagai jenis bebola tetapi tidaklah termasuk bola tenis ke, bola golf ke, bola jaring ke....dan semestinya tidak termasuk bola2 api...! Sekadar bola2 yang boleh dimakan seperti bola2 (bebola) ikan, sotong, ketam, udang dan ayam...
Marble Chocolate Cheese Cake
Hari Ahad lepas saya rasa teruja sangat hendak menikmati kenikmatan dan kesedapan Marble Chocolate Cheese Cake ini. Saya dah lihat ramai kawang blogger mencuba kek ini dan hasilnya nampak macam mengancam sangat. Kena pulak ada cheese, itu yang menambahkan keterujaan saya itu. Dan akhirnya impian saya terlaksana Ahad lepas. Tapi saya tidak terus menikmatinya pada hari yang sama, sebaliknya saya simpan satu malam kerana menurut kata mereka yang telah mencuba, rasanya akan lebih terserlah kalau dibiarkan semalaman. Memang betul kata mereka....memang sedap!!!
Masam Manis Lagi
Dua hari berturut-turut dengan ikan masam manis. Kalau hari Ahad lepas saya masak ikan bawal tetapi semalam saya masak ikan merah potong-potong pulak. Masih dengan resepi masam manis. Sekali masak terasa sedap, masak kali kedua pun sedap jugak! Berselera anak-anak makan berlaukkan ikan masak masam manis.
Monday, March 1, 2010
Jangan!
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing...
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh...
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh...
Nanti rezeki mahal (susah) (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan...
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan...
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan...
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan...
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa...
Kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia...
Kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan...
Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita...
Nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah...
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa...
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong..
Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan...
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia...
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Ikan Bawal Masam Manis
Masa ke Pasar Tani pagi Sabtu lepas bersama hubby, kami beli ikan bawal 2 ekor. Biasanya ikan bawal ni saya potong 4 dan goreng je tapi kali ini saya ubah selera pulak. Saya masam-maniskan ikan2 ni. Ikan Bawal Masam Manis ni adalah hidangan makan tengahari semalam. Senang je nak menyediakannya. Ikan tu saa lumur dengan tepung jagung sebelum digoreng sekor2 hingga garing. Dalam masa yang sama, saya sediakan sosnya. Tumis je bawang merah + bawang putih hingga garing. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili secukupnya. Tambah air dan sedikit gula. Selepas mendidih, masukkan sayur2 kegemaran sendiri. Perasakan masam dan manisnya. Letakkan ikan yang telah digoreng ke dalam pinggan yang agak besar dan tuang kuahnya tadi. Tabur dengan sedikit daun sup + daun bawang yang telah dihiris. Hmmm...yummyyyyy!
Nasi Goreng Sotong
Sabtu lepas, selepas mengemas rumah, badan rasa macam tak berapa nak sihat. Selepas sediakan makan malam untuk anak2 dan hubby, saya terus masuk ke bilik. Saya tak makan sebaliknya selepas membersihkan diri, saya telan ubat dan terus baring. Baring sambil membaca novel. Lama2 mata terlelap terus sebab ubat yang saya makan tu memang memengantukkan... Tak sedar bila hubby berada di sisi.
Then pagi Ahad tu saya pun terlajak tidur sampai hampir jam lapan pagi (sib baik tengah 'cuti'...). Itupun sebab terdengar suara telefon menanda ada SMS masuk. "Assalamualaikum...sarapan dah siap!".... SMS dari hubby. Amboi...bertuahnya badan! Selepas membersihkan diri, saya pun turun ke bawah. Everything was ready! Ada 6 pinggan siap dengan isinya dan juga air panas yang siap dituang ke dalam cawan. Tinggal duduk dan suap ke mulut jer...! Apa yang hubby masak? Lihat je kat bawah ni...
Nasi goreng sotong bersama hashpotato dan telur dadar...
Cokelat Dari Langkawi
Cokelat pulak kali ini... Cokelat ni kawan hubby yang bagi. Dia pergi ke Langkawi ari tu, bawak balik cokelat sebagai buah tangan. Kreatif sangat cokelat ni sebab berbentuk kerang2an...dengan tone warna yang sangat menarik. Rasanya pun sedap!
Sebijik macam rupa siput sedut, kerang, seahorse, tapak seulaiman, dan macam2 lagi...
Apam Comel
Apam Comel ni request oleh Kak Jah hari Khamis lepas. Dia nak ke Perak, ke rumah abangnya, ada kenduri kahwin anak sedaranya (anak abangnya..) di Rapat Setia. Kak Jah order 200 biji. 100 biji berintikan kelapa dan 100 biji lagi kosong je.
Pink + kuning tu kosong je kat dalamnya...
Yang warna hijau tu berinti kelapa...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















