Sunday, August 30, 2020

Khatam Arwah

 

28.08.2020 | JUMAAT

Alhamdulillah. Selesai majlis khatam Al-Quran 30 Juzuk untuk arwah2. Majlis diadakan di rumah Pn Hajjah Aisyah Rafieah bt Jalil. Saya berganding dengan Hajjah Senah untuk membaza Juzuk 4.

Cenderahati yang diberikan kepada setiap peserta. Alhamdulillah dan terima kasih kepada para penyumbang.






Monday, August 24, 2020

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-27

22.08.2020 | AHAD

Alhamdulillah. Genap 27 tahun usi perkahwinan kami. Semoga ikatan kami kekal bahagia hingga ke syurga FirdausNYA. In shaa Allah. Aamiin Allahumma Aamiin...


Majlis Merisik

21.08.2020 | JUMAAT

Alhamdulillah. Selesai majlis merisik dan menyarung cincin sebagai tanda menerima.

Kisah bermula pada 09.08.2020. Masa ni, saya dan suami berada di kampung. Di Muar. Menerima panggilan daripada bonda Haziq. Berdebar2 juga walaupun Ayong dah bagitau yang bonda Haziq akan menelefon. Alhamdulillah. Berbual secara santai je. Dalam loghat Perak semestinya. 

Bonda Haziq menyatakan hasrat untuk datang bertandang ke rumah kami dengan membawa hajat daripada anak terunanya. Katanya akan datang bertandang dalam masa dua minggu.

Dalam masa berbincang tu, rupa2nya kami mempunyai niat dan hasrat yang sama. Mahu mempercepatkan majlis dan juga memudahkan majlis. Memandangkan keluarga Haziq tinggal di Tapah, mungkin agak sukar untuk berulang-alik ke Pasir Gudang andainya niat untuk menyatukan mereka dibuat secara berperingkat2 mengikut adat. 

Pada kami, majlis merisik dan bertunang boleh digabungkan. Kami tidak mahu membebankan dan memberatkan pihak lelaki untuk berulang-alik. Alhamdulillah, niat kami difahami oleh pihak lelaki. Rentetan daripada perbualan pertama tersebut, kami saling berhubung melalui Whatapps. Nampak macam simple tapi mengelabah jugalah nak menghadapinya.  

Dalam masa dua minggu tu, kami - suami, Ayong dan saya - mulalah merancang. Siapa nak jadi jurucakap bagi pihak kami, apa yang pihak perempuan perlu sediakan, berapa orang dari pihak lelaki yang nak datang, nak sediakan makan apa, dan macam2 lagi. Semuanya dicatatkan dalam buku catatan dan juga dalam telefon bimbit. Saya merujuk perkara2 berkaitan ini kepada jiran2 yang dah berpengalaman. Alhamdulillah, info dan kerjasama yang sangat baik daripada Kak Jah, Hjh Shidah dan Cikgu Shikin. Hj Zin menjadi jurucakap kami. Dan saya sangat berbesar hati bila adik yang tinggal di Putrajaya dapat turut sama dalam majlis. Alhamdulillah.

Tibalah harinya. Mengambil keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari. Awal2 pagi dah siapkan apa yang patut. Janjinya majlis bermula jam 9:00 pagi. Jangkaan majlis selesai dalam sekitar jam 11:00 pagi. Kami diwakili oleh Tn Hj Mohd Zin, ketua kumpulan yaasiin kami. Dan juga adik saya. Manakala rombongan mereka diwakili oleh pakcik Haziq. Perbincangan secara santai. Diselang-seli dengan gurau senda dan gelak ketawa. Hilang rasa gelisah. Sebelum jam 10:00 pagi dah selesai perbincangan. Alhamdulillah.

Wakil daripada pihak perempuan - Kak Jah, Shidah, Cikgu Shikin, KakNgah Laily jadi peneman Ayong.

Bergambar dengan bonda Haziq - sebelah kiri Ayong - dan makcik2nya.

Dah selamat dirisik...

Saturday, August 15, 2020

Majlis Khatam Al-Quran AQDHK

 
14.08.2020 | JUMAAT
Alhamdulillah. Selesai sudah majlis khatam Al-Quran AQDHK yang pertama pagi tadi. Bermula pada 04.10.2019, berakhir pada 10.08.2020. Sehari satu helai - dua mukasurat. 604 mukasurat, 302 hari. Skip 10 hari untuk khatam Covid-19 (22.03.2020 - 31.03.2020). 47 orang peserta yang berdaftar. Alhamdulillah. Majlis diiringi dengan hujan rahmat di pagi Jumaat yang barokah.
Terima kasih kepada Ustazah Mai kerana sudi menjadikan rumah Ustazah sebagai venue majlis kita.
Terima kasih kepada Penyelaras, Team Bacaan Doa, Team Pendaftaran, Team Cenderahati & Penyediaan Bunga Pahar, Team Penyediaan Tempat, Team Penyediaan Makanan, Team PA Sysytem, Team Kebersihan dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 
Terima kasih kepada para penyumbang samada dari segi kewangan, makanan, barangan ataupun tenanga dan idea.
Jazakallahu khair. Semoga Allah memberkati majlis tadi dan semoga program ini dapat diteruskan secara berterusan. In shaa Allah. Aamiin...