Wednesday, September 2, 2020

Survey Dewan Majlis

31.08.2020 | ISNIN

Cuti Hari Kebangsaan yang ke-64. Ayong dah deal dengan staff Benafe Seri Alam untuk pergi tengok dewan untuk majlis dia nanti. Dewan tu di tingkat atas. Grand Hall. Boleh memuatkan lebih 1000 orang pada satu-satu masa. Tapi disebabkan oleh PKPP, maka hanya 50% dariapada kapasiti sahaja yang dibenarkan. Cantik dewannya. Besar. 


Sunday, August 30, 2020

Khatam Arwah

 

28.08.2020 | JUMAAT

Alhamdulillah. Selesai majlis khatam Al-Quran 30 Juzuk untuk arwah2. Majlis diadakan di rumah Pn Hajjah Aisyah Rafieah bt Jalil. Saya berganding dengan Hajjah Senah untuk membaza Juzuk 4.

Cenderahati yang diberikan kepada setiap peserta. Alhamdulillah dan terima kasih kepada para penyumbang.






Monday, August 24, 2020

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-27

22.08.2020 | AHAD

Alhamdulillah. Genap 27 tahun usi perkahwinan kami. Semoga ikatan kami kekal bahagia hingga ke syurga FirdausNYA. In shaa Allah. Aamiin Allahumma Aamiin...


Majlis Merisik

21.08.2020 | JUMAAT

Alhamdulillah. Selesai majlis merisik dan menyarung cincin sebagai tanda menerima.

Kisah bermula pada 09.08.2020. Masa ni, saya dan suami berada di kampung. Di Muar. Menerima panggilan daripada bonda Haziq. Berdebar2 juga walaupun Ayong dah bagitau yang bonda Haziq akan menelefon. Alhamdulillah. Berbual secara santai je. Dalam loghat Perak semestinya. 

Bonda Haziq menyatakan hasrat untuk datang bertandang ke rumah kami dengan membawa hajat daripada anak terunanya. Katanya akan datang bertandang dalam masa dua minggu.

Dalam masa berbincang tu, rupa2nya kami mempunyai niat dan hasrat yang sama. Mahu mempercepatkan majlis dan juga memudahkan majlis. Memandangkan keluarga Haziq tinggal di Tapah, mungkin agak sukar untuk berulang-alik ke Pasir Gudang andainya niat untuk menyatukan mereka dibuat secara berperingkat2 mengikut adat. 

Pada kami, majlis merisik dan bertunang boleh digabungkan. Kami tidak mahu membebankan dan memberatkan pihak lelaki untuk berulang-alik. Alhamdulillah, niat kami difahami oleh pihak lelaki. Rentetan daripada perbualan pertama tersebut, kami saling berhubung melalui Whatapps. Nampak macam simple tapi mengelabah jugalah nak menghadapinya.  

Dalam masa dua minggu tu, kami - suami, Ayong dan saya - mulalah merancang. Siapa nak jadi jurucakap bagi pihak kami, apa yang pihak perempuan perlu sediakan, berapa orang dari pihak lelaki yang nak datang, nak sediakan makan apa, dan macam2 lagi. Semuanya dicatatkan dalam buku catatan dan juga dalam telefon bimbit. Saya merujuk perkara2 berkaitan ini kepada jiran2 yang dah berpengalaman. Alhamdulillah, info dan kerjasama yang sangat baik daripada Kak Jah, Hjh Shidah dan Cikgu Shikin. Hj Zin menjadi jurucakap kami. Dan saya sangat berbesar hati bila adik yang tinggal di Putrajaya dapat turut sama dalam majlis. Alhamdulillah.

Tibalah harinya. Mengambil keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari. Awal2 pagi dah siapkan apa yang patut. Janjinya majlis bermula jam 9:00 pagi. Jangkaan majlis selesai dalam sekitar jam 11:00 pagi. Kami diwakili oleh Tn Hj Mohd Zin, ketua kumpulan yaasiin kami. Dan juga adik saya. Manakala rombongan mereka diwakili oleh pakcik Haziq. Perbincangan secara santai. Diselang-seli dengan gurau senda dan gelak ketawa. Hilang rasa gelisah. Sebelum jam 10:00 pagi dah selesai perbincangan. Alhamdulillah.

Wakil daripada pihak perempuan - Kak Jah, Shidah, Cikgu Shikin, KakNgah Laily jadi peneman Ayong.

Bergambar dengan bonda Haziq - sebelah kiri Ayong - dan makcik2nya.

Dah selamat dirisik...

Saturday, August 15, 2020

Majlis Khatam Al-Quran AQDHK

 
14.08.2020 | JUMAAT
Alhamdulillah. Selesai sudah majlis khatam Al-Quran AQDHK yang pertama pagi tadi. Bermula pada 04.10.2019, berakhir pada 10.08.2020. Sehari satu helai - dua mukasurat. 604 mukasurat, 302 hari. Skip 10 hari untuk khatam Covid-19 (22.03.2020 - 31.03.2020). 47 orang peserta yang berdaftar. Alhamdulillah. Majlis diiringi dengan hujan rahmat di pagi Jumaat yang barokah.
Terima kasih kepada Ustazah Mai kerana sudi menjadikan rumah Ustazah sebagai venue majlis kita.
Terima kasih kepada Penyelaras, Team Bacaan Doa, Team Pendaftaran, Team Cenderahati & Penyediaan Bunga Pahar, Team Penyediaan Tempat, Team Penyediaan Makanan, Team PA Sysytem, Team Kebersihan dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 
Terima kasih kepada para penyumbang samada dari segi kewangan, makanan, barangan ataupun tenanga dan idea.
Jazakallahu khair. Semoga Allah memberkati majlis tadi dan semoga program ini dapat diteruskan secara berterusan. In shaa Allah. Aamiin...


Friday, July 31, 2020

Hari Raya Aidil Adha

 
31.07.2020 | JUMAAT

Alhamdulillah. Menyambt ketibaan Hari Raya Aidil Adha di hari Jumaat dalam musim PKPP. Pengalaman pertama.

Diraikan seadanya sahaja. Alhamdulillah. Cukup korum enam beranak. 

Sebelah petang, ada  yang teringin nak makan durian. Jom kita cari durian pulak.



Tuesday, July 28, 2020

Jemputan Walimatul Urus Musim PKPP

 

18.07.2020 | SABTU

Alhamdulillah. Menyantuni jemputan walimatul urus anak prempuan rakan sekerja MyKanda di Pulai Spring Resort. Majlis dalam musim PKPP. Jemputan terhad kepada 250 orang sahaja.

Sama cantik sama padan pasangan pengantin.
Bersama ibu bapa pengantin - yang duduk. Berbaju hijau tu, ex-boss bapa pengantin, MyKanda pula, boss dia yang sekarang. Paling kanan ialah bekas rakan sekerja yang juga merupakan ahli keluarga pengantin juga.

Kembali Ke Sekolah

 

14.07.2020 | SELASA

Kembali ke sekolah setelah bercuti sekian lama akibat pandemik Covid-19. Esok, Rabu - 15.07.2020 - akan mula semula sesi persekolahan di seluruh negara.

Kembali ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tingkatan 4 ditetapkan dari jam 1400 hingga 1500. Sebelum jam 1400 kami dah sampai. Alhamdulillah.
Disebabkan MyKanda dan ABangNgah kerja, maka Ayong yang menjadi peneman hari ini. Ayong bekerja dari rumah dan dia ambil "time-off" sekejap.

Monday, July 27, 2020

Kembali Ke Pasir Gudang

12.07.2020 | AHAD
Tiba masa untuk bergerak balik ke Pasir Gudang. Selepas sarapan, bersiap2 untuk bergerak. Masa untuk berpisah dengan adik2 & anak2 sedara. Berat rasa hati pulak. Huhuhuu...
Jebek dah Maksu. Aqilah steady je...
Selamat tinggal semua. In shaa Allah, nanti kita jumpa dan gather2 lagi ya...

Perjalanan ke selatan diteruskan. MyKanda memandu dengan santai je. Menghargai masa keberadaan bersama di dalam kereta. Kami singgah rehat kejap di R&R Seremban. Singgah beli air kopi je.
Kopi capuccino Costa Coffee menjadi pilihan kami.
Alhamdulillah. Selamat sampai ke HomeSweetHome sebelum masuk waktu Asar.

Jom tengok buah tangan yang dibawa balik :) 
Bawang merah & kentang oleh Maksu. Frozen karipap & kasturi oleh MakTam.
Frozen mini murtabak oleh Maksu. Lemang oleh PakYang & MakYang.
Rambutan oleh PakYang. Limau blai / limau tambun beli di Tambun
Buah cempedak oleh Suria. Biskut2 kering pilihan
Choc cookies ni bekal dalam perjalanan dari kampung ke Rawang. Terus bawak ke Johor. :)