Assalamualaikum dan selamat petang.
Allahhuakbar. Semalam merupakan hari yang paliing sibuk bagi saya. Rasa macam tak cukup masa. Mana tidaknya, Adik memulakan semula persekolahannya semalam selepas bercuti selama 2 bulan kerana kemalangan. Abang Yang juga kembali ke asrama, ke Sekolah Datok Abdul Razak, SDAR, di Seremban. Abang Ngah pula mula mendaftar sebagai mahasiswa di Politeknik Ibrahim Sultan.
Seawal jam 7:00 pagi saya telah menghantar Adik ke sekolah. Saya menghantar Adik hingga ke tapak perhimpunan. Lepas tu saya berjumpa dengan Puan Guru Besar SKTPP dan juga Guru Kelas Adik untuk 'menyerahkan' semula Adik kepada mereka. Pihak pentadbiran mengambilkira tentang keadaan Adik yang masih belum pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran sekolah terutamanya Puan Hajah Rosyati, Guru Besar SKTPP dan Guru Kelas 4 Gemilang, Puan Suzani Awang di atas keprihatinan yang diberikan kepada Adik.
Jam 7:45 pagi kami bergerak pula ke Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PIS). Jarak PIS dari rumah sekitar 20 minit perjalanan, kalau jalan tak sesak le. Sampai je di persimpangan masuk ke PIS, jalan dah mula sesak. Banyak kenderaan menuju ke PIS untuk tujuan pendaftaran. Sampai sahaja di pintu masuk utama, ada pengawal yang bertugas bertanya samada mendaftar untuk anak lelaki ataupun perempuan. Kalau anak lelaki, kena buat pusingan U dan masuk melalui pintu belakang yang lebih dekat dengan asrama lelaki. Maka kami terpaksa membuat pusingan U dan masuk melalui pintu belakang.
Kawasan parkir kereta sesak dengan kenderaan. Saya dan Abang Ngah turun dulu sementara hubby dan Abang Yang mencari lot parkir. Kami menuju ke tempat pendaftaran yang disediakan. Walaupun kami datang awal, tapi ada yang telah datang terlebih awal lagi.
Semua dokumen berkaitan telah saya sediakan seadanya. Siap asing2kan mengikut keperluan supaya senang semasa mendafatar. Sebenarnya semalam cuma pendaftaran asrama sahaja. Pendaftaran fakulti akan berjalan hari ini. Pelajar2 baru diasingkan mengikut jabatan masing2. Cuaca pagi semalam agak panas. Berpeluh2 pelajar dan ibubapa walaupun kipas angin berpusing laju. Tapi proses pendaftaran agak tidak teratur dan bercelaru sedikit. Siapa cepat dia akan ke depan dulu. Tidak mengikut turutan atau barisan yang telah mereka duduki. Ada je ruang kosong di depan, siapa yang cepat dialah yang akan mendaftar dulu walaupun orang lain dah beratur lama. Saya pun mendesak Abang Ngah agar merebut peluang tersebut. Kalau lambat2 nanti tiada kekosongan asrama pula. Tak lama lepas tu barulah sukarelawan2 bertindak setelah ramai ibubapa yang bising dan kecoh dengan proses tersebut.
Saya menanti sehinggalah Abang Ngah selesai mendapat kunci bilik. Alhamdulillah. Sebab dokumen2 Abang Ngah dah lengkap, maka tiada sebarang masalah semasa mendaftar. Tapi jenuh jugalah menanti giliran untuk sampai ke meja pegawai bertugas. Hubby dan Abang Yang siap pergi sarapan di kafeteria dulu. Dah dapat kunci bilik, baru lega rasanya.
Dah dapat kunci bilik, kami terus menuju ke asrama. Hi-Tech 2, TIngkat 1, Bilik 10, katil A. Satu bilik 2 orang. Tapi biliknya tidak besar mana. Bukak je pintu, katil bujang di selah kiri dan kanan. Ruang antara katil cuma sebesar daun pintu sahaja. Di hujung kaki katil ialah kabinet baju yang lebarnya kecil dari lebar katil bujang dengan 2 pintu. Di kepala katil pula ialah meja belajar. Sempit. Apa2pun alhamdulillah sebab dapat menetap di asrama. Ada juga pelajar yang tidak dapat asrama. Mereka ditempatkan di SmartHome. SmartHome ialah blok rumah pangsa yang disewa oleh PIS sebagai rumah kediaman pelajar. Tapi bayarannya lebih mahal. Ada yang mencecah RM900++ untuk satu semester. Tak pasti pula satu rumah tu ditempatkan berapa orang pelajar. Cumanya, kemudahan pengangkutan disediakan untuk berulang dari SmartHome ke PIS.
Masa kami masuk ke dalam bilik asrama, waktu dah menjangkau pukul 10:00 pagi. Sekitar jam 10:30 pagi, hubby dan Abang Yang terpaksa bergerak meninggalkan PIS untuk ke Larkin Sentral pula. Bas Abang Yang pukul 12:00 tengah hari. Kena balik rumah dulu untuk ambik semua barang2 dan pokok2. Saya tinggal bersama Abang Ngah untuk mengemaskan biliknya. Kesian pulak sebenarnya nak meninggalkan Abang Ngah sorang2 sehingga jam 2:00 petang sebelum program mereka bermula. Lepas Abang Yang dah naik bas, hubby terus ke sekolah untuk menjemput Adik balik pula dan terus ke PIS semula. Kami berpisah di sini sekitar jam 1:45 petang.
Good luck Abang Ngah. Selamat menjalani kehidupan baru sebagai seorang mahasiswa. Mak dan abah doakan yang terbaik buat Abang Ngah dan anak2 mak yang lain. Kami sayang Abang Ngah!