Thursday, May 1, 2014

Tregedi 24 April 2014


Sebelum tragedi 24 April melanda, saya sempat menyiapkan kek ulangtahun kelahiran ini yang diminta oleh suami saya. Kek ini untuk sambutan harilahir stafnya bagi bulan April di pejabatnya sewaktu rehat makan tengah hari. Alhamdulillah...sempat dihantar oleh anak bujang saya.
2 adunan kek alunan kasih dibakar di dalam loyang 12" x 16" x 3". Cukup besar untk mereka. Frosting dengan fresh cream...tak le muak sangat nak makan. Hias dengan buah2an segar je. Cari stroberi, tak ada. Jadinya, gunakanlah buah apa yang ada je...
Semua cistat ni dah siap dibakar...tetapi tak sempat dipacking. Ini adalah tempahan daripada Leeyana, Liza, Haslina dan bekalan untuk balik ke kampung.
Leeyana punya yang 25pcs stroberi dan 25pcs bluberi cistat tu. Dia datang ambil sebelah malam. Itupun semasa saya dah nak ke hospital semula.
Yang ini Liza punya. Bluberi cistat 50pcs. Janjinya nak datang ambil di rumah jam 5:00 petang.
Yang ini pula Haslina yang punya. Bluberi cistat 30pcs. Bakinya tu saya buat untuk dijamu kepada cikgu2 dan murid2 yang akan datang ke rumah saya sekitar jam 2:00 petang untuk belajar mendeko kek. Sambungan dari hari Selasa sebelumnya. Haslina menempah 30pcs bluberi cistat dan 30pcs tat buah. Tat buah tu memang belum buat lagi sebab Haslina nak datang ambil sekitar jam 6:30 petang. So, buat lambat sikitlah.
Dan yang ini cadangnya nak bawak balik ke kampung. Aritu Mak Andak ada mintak. Alang2 dah buatkan order orang tu, saya buatlah lebih untuk Mak Andak.

Sebab dah kelam kabut dengan keadaan Adik, semua tempahan mereka tidak dapat disampaikan kepada mereka. Akhirnya, sekotak 50pcs yang Liza punya tu hubby bawak ke pejabat pada keesokan harinya. Yang lain2 tu saya packingkan dalam 3 bekas berasingan dan saya beri kepada jururawat2 yang bertugas di kaunter di Tingkat 2 tu. Rezeki mereka. Itupun saya bawa keesokan harinya juga.
Alhamdulillah.
***********