Thursday, January 31, 2013

Beginilah Akhirnya...


Memang bukan rezeki kami lagi untuk kali ketiga. Allahhuakbar. Sehingga semalam, kandungan sudah berusia 10 minggu. Dua minggu sebelum ini, hubby dan saya telah ke klinik swasta untuk mengesahkan kandungan. Dari luaran memang tak ada apa2 konflik. Saya ni memang jenis lasak. Tak ada morning sickness pun. Cuma kadang2 tu teringinkan sesuatu sahaja. Tapi bila doktor buat imbasan, katanya kandungan tu macam dah renggang / terpisah dari dinding rahim. Mungkin tiada harapan katanya tapi dia suruh tunggu dua minggu dulu sebelum ditentukan kesahihannya. Lepas buat urine test, doktor kata ada bleeding di dalam. Tapi masa tu saya memang sihat walafiat. Tak ada pulak tanda2 turun darah.

Hujung minggu lepas, kami balik ke Perak. Tak ada apa2 pun yang berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik tu. Masa kat kampung pun...rileks aje. Tapi mungkin disebabkan perjalanan yang jauh dan memakan masa yang panjang, singgah ke sana sini, keletihan dan ketidakselesaan yang menyebabkan kandungan makin berisiko. Akhirnya, dua hari lepas mula menunjukkan tanda2 turun darah.

Diawal kehamilan aritu, Azri selalu juga usap2 perut saya ni. Dia boleh kata kat dalam perut tu ada baby. Padahal dia tak taupun saya ni mengandung. Saya pandang hubby, hubby pandang saya....kami sama2 senyum...tak perlu kata apa2. Anak2 yang lain pun tak tau yang mereka bakal mendapat adik masa tu.

Pagi semalam kami pergi semula ke klinik swasta aritu. Bila doktor buat imbasan, memang dah tak ada janin di dalamnya. Dia bagi surat rujukan ke hospital. Selepas Adik dah naik van untuk ke sekolah kebangsaan, kami terus ke Hospital Penawar (HP)...hospital yang paling hampir dengan kami. Malangnya, doktor pulak tak ada masa tu...kebetulan pulak dah masuk waktu rehat. So, lepas membuat pendaftaran, kami balik dulu. Jam 2:30 petang barulah kami pergi semula ke HP.

Itulah gambar imbasan yang diberikan oleh doktor pakar yang bertugas....Doktor Hasmah. Katanya kalau masih ada, akan ada satu ketulan berwarna putih di dalam kawasan yang paling gelap tu. Kawasan paling gelap itulah kantung / kelongsong baby tu. Tinggal kosong aje dah. Ukuran pun dah jauh lebih kecik daripada yang sepatutnya. Kalau ada ketulan putih tu, kita dah boleh nampak bentuk baby katanya. Walaupun belum jelas bentuknya tapi yang penting kita dah boleh dengar degupan jantungnya...kata doktor. Allahhuakbar! Alangkan seronoknya kalau dapat dengar degupan jantung si kecil tu...kan? Malam tadi kami tunjukkan gambar imbasan ni kepada Adik. Dia tanya gambar apa. Saya ceritlah sikit tapi dia macam kurang faham. Hmmm...tak apalah...baru nak masuk 9 tahun...kan. Allahhuakbar...moga kami sentiasa di dalam peliharaanNYA! Aamiin...

Wednesday, January 23, 2013

Kek Marble Susu Cokelat



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lama dah rasanya tak cerita pasal makan2 ni ya. Tak bercerita di sini bukannya bererti saya ni tak memasak. Cuma sekarang ni rasa macam M sikit nak upload gambar2 makanan ni. Lagipun tak ada yang istimewa ataupun yang lain daripada yang lain. Menu yang hampir sama setiap hari dan juga ringkas. Dah tinggal empat beranak kat rumah ni, selera makan masing2 dah berkurangan. Abang Ngah makan cuma sekali sehari saja. Adik pulak jarang2 sekali makan nasi. Dia lebih suka makan roti yang ditampal dengan telur. Itulah menu dia setiap hari kecuali tiada stok roti slice di rumah. Saya pulak...dah tak ada selera nak makan terutamanya nasi. Kalau dapat minum nescafe satu mug tu dah cukup untuk kenyang sehari. Pelik juga rasanya. Tapi kurusnya tak jugak... Hubby pulak...hmmmm...makan sayur jer banyak. Nasi pun dah kurang sangat. Kadang2 masak nasi dua cawan kecil tu pun dua hari tak habis.


Semalam ada buat kek marble ni untuk tempahan. Alang2 dah buat tu, saya buatlah sebiji untuk makan2 sendiri. Sekali sekala makan kek ni memang sedap. Dan macam biasalah...kalau untuk makan sendiri, saya bakar bagi garing2 sikit. Resepi yang saya gunakan sama macam yang lepas2 cuma kali ini saya ubah sikit bahan2nya. Saja nak cuba try test... Jom tengok resepinya.

KEK MARBLE SUSU COKELAT
Resepi Asal : YatieMemories
Resepi Olahan : Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 250gm mentega
  • 180gm gula halus 
  • 2 sudu teh ovalette
  • 5 biji telur Gred B
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 280gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 cawan susu segar @ rendah lemak
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh cokelat emulco
  • 3 sudu besar susu segar @ rendah lemak
  • Sedikit pewarna kuning lemon

Cara-caranya :
  1. Ayak tepung dan baking powder bersama2 dan ketepikan.
  2. Lenser dan alas loyang berukuran 8".
  3. Pukul mentega, gula halus dan ovalette hingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur satu-per-satu sambil dipukul hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga rata dan sebati.
  6. Perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan 1/4 cawan susu sambil dikacau rata.
  7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan sedikit pewarna kuning lemon dan kacau rata.
  8. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko (ayak serbuk koko ini), cokelat emulco dan 3 sudu besar susu dan kacau hingga rata.
  9. Ambil 2 sudu makan adunan kuning dan letak di bahagian tengah loyang.
  10. Kemudian ambil 2 sudu makan adunan cokelat dan letakkan di atas adunan kuning tadi.
  11. Ulang proses ini hingga kedua2 adunan habis. Gunakan chopstik ataupun lidi sate untuk membuat corak marble di atasnya.
  12. Bakar pada suhu 175C selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung kepada ketuhar masing2).


Tuesday, January 22, 2013

UAI Di Masjid Jamek Taman Pasir Putih, Pasir Gudang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari Ahad lepas, 20hb Januari 2013, bertempat di Masjid Jamek Taman Pasir Putih, telah berlangsung satu majlis ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI). UAI berada di tiga lokasi yang berbeza selama dua hari beliau berada di Johor. Kehadiran beliau telahpun diwar-warkan lebih awal. Kain-kain rentang juga telah digantung di tempat-tempat yang strategik terutamanya di kawasan lampu isyarat. Kat situ kan ker semua orang dapat baca...terutama kalau lampu isyarat bertukar ke warna merah. Hehehe...

Tiga orang yang berdiri di belakang itu adalah orang-orang kuat masjid...

Alhamdulillah, majlis ilmu berjalan dengan lancar. Ramai hadirin yang hadir memenuhi setiap ruang di dalam masjid. Walaupun saya tidak dapat menghadirkan diri, hubby telah merakamkan semua soal-jawab di majlis tersebut. Macam biasa la, UAI menjawab setiap persoalan dengan gaya santai disamping diselitkan dengan lawak2 spontan yang mengundang ketawa di kalangan hadirin. Bila dengar soalan2 yang diajukan oleh para hadirin, ada yang mengundang ketawa, ada yang mengundang sengihan sahaja. Walaupun UAI berada di majlis selama sejam sahaja tetapi setiap detik dan ruang diisi dengan ilmu yang amat bermanfaat untuk semua. 


Hubby dan Abang Ngah dah ke masjid seawal jam 6:40 petang. Walaupun waktu Magrib masuk jam 7:18 malam tapi mereka pergi awal sebab nak cari tempat yang strategik untuk buat rakaman. Ramai juga yang merakamkan majlis tersebut walaupun hanya menggunakan telefon bimbit masing2. Hubby mengambil tempat di tingkat atas. Alhamdulillah...jelas pandangan kepada UAI. Ada juga disediakan skrin paparan di tingkat atas tu tetapi ianya hanya fokus kepada muka UAI sahaja. Tak dapat tengok gerak-geri UAI semasa bercakap. Biasalah..tangan UAI bukannya duduk dia semasa beliau bercakap! Hehehe...




Selepas tamat majlis ilmu, UAI mengimamkan solat Isyak sebelum bertolak ke Masjid Kampung Cahaya Baru pulak. Tengoklah...semua hadirin berhimpit2 cuba menghampiri UIA untuk bersalaman dengan beliau. Dah kalah artis2 top dunia ni...!


UAI diiringi oleh pengiring2 yang bermotorsikal berkuasa tinggi yang juga telah menarik perhatian peminat2 motosikal berkuasa tinggi...termasuklah Abang Ngah. Tapi mereka tidak dibenarkan untuk menghampiri kenderaan2 pengiring tersebut samada untuk bergambar atau saja2 tengok atas sebab2 keselamatan.

UAI di dalam Toyota Alphard masih sempat melambai2kan tangan kepada mereka yang hampir dengannya...

 Pandangan jauh dari tingkat atas...UAI bergerak ke Masjid Kampung Cahaya Baru pulak.

Anggota Mukmin Studio...

InsyaAllah...ilmu yang dikongsikan oleh UAI akan saya kongsikan di lain entry. Nak kena dengar dan tengok semula rakaman tersebut sebelum boleh dikongsikan di sini. InsyaAllah.

Tuesday, January 15, 2013

Dynamite Dan Asam



Apa kaitan antara kedua2 jajan tu ya? Hahaha...jangan memeningkan kepala untuk memikirkannya. Ianya hanyalah sekadar hiasan semata-mata. Tiada kaitan langsung dengan yang masih hidup ataupu yang telah meningalkan dunia. 

Saya mula "jatuh cinta" dengan asam tu (tak tau apa nama asam tu) selepas Eikin datang ke sini aritu. Masa Eikin kat sini, dia ada beli asam tu. Dia letak dalam petiais. So, setiap kali saya bukak petiais tu, saya ambil asam ni sehiris. Hmmm..lama-lama rasa sedap pulak asam ni. Asal-usulnya bukanlah suka sangat makan asam. Bermula dari situlah saya mula menggemari asam ini tetapi tidaklah terlampau obses dengannya. Sekadar suka-suak sahaja. Kalau ada terjumpa, saya belilah. Takde la pulak sampai beriya2 mencari di kedai.

Gula-gula Dynamite tu pulak pengan Abang Yang. Sejak dia mula duduk SDAR, dia selalu beli bermacam-macam jenis jajan untuk dibawa balik ke asrama. Salah satunya ialah gula-gula ini. Gula-gula ni jenis berangin. Memang banyak lagi gula-gula lain yang jenis berangin tapi hati saya terpaut pada yang satu ini aje. Aduiiii...macam orang jatuh cinta pandang pertama!!! Walaupun yang lain ada, tetap nak yang itu jugak. Hahaha...macam-macamlah kamu ni Ita...!

Monday, January 14, 2013

Kelas Cream Puff Dan Eclair



Hehehe...walaupun dah "pandai" buat cream puff tapi masih pergi ke kelas lagi. Bukannya apa...selalu tu buat sejenis cream puff aje. Kali ini diajar beberapa jenis puff dengan adunan, filling dan teknik yang berbeza. Alhamdulillah. Bertambah ilmu tentang puff ni. In shaa Allah akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Hmmm...dah pergi ke kelas ni barulah tau "rahsia-rahsia" di sebalik cream puff dan eclair ni. Memang tak rugi pergi ke kelas tu walaupun pada asasnya memang dah tau buat cream puff tu. 

Selalu ni saya tau buat cream puff yang asas tu saja. Tapi bila dah pergi ke kelas ni barulah tau cara2 untuk membuat versi lain untuk cream puff ini. Hasilnya amat ringan dan dengan rongga2 yang lebih banyak. Lepas tu belajar juga english version cream puff. Dari segi rupa memang kurang sikit tapi bila dah masuk ke dalam mulut...subhanallah...sedapnya!!! Rasanya memang lain sangat dengan cream puff biasa tu.

Macam biasa, saya menghadiri kelas di Nina Bake House pada hari Ahad, 6hb Januari 2013 yang lepas. Kalas kali ini kami bertiga aje - Bani dan Aida.

 Bani tengah mengacau filling untuk cream puff sementara Aida pulak dah macam mandur...siap becekak pinggang lagi tu. Tak mengelabah ke si Bani tu? Hahaha...

 Inilah hasil yang baru keluar dari oven...fresh!!!

 Ini pulak eclair...selepas diisi dengan filling, barulah dicelup dengan milk chocolate.

 Bermacam2 bentuk cream puff sebab kami gunakan nozel yang berlainan dengan kreativiti masing2 yang berbeza2...

Apa-apapun, alhamdulillah. Terima kasih untuk sifu Nina di atas ilmu yang diturunkan kepada kami. Tapi lepas ni susah dah nak berguru dengan Nina sebab dia dah pindah ke KL pulak. Moga bisnes Nina akan terus maju di sana.



Friday, January 11, 2013

Jalan2 Ke Tanjung Piai - The Southernmost Tip Of Mainland Asia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini bukan cerita tahun baru. Tapi ini cerita tahun lepas. Ya...tahun dua ribu duabelas. Tapi belum basi lagi cerita ni sebab cerita ini hanya akan expired selepas tiga bulan daripada tarikh kunjungan. Boleh gitu? Hahaha...ini cerita di hujung tahun lepas. Satu hari tu ternampaklah seorang awek ni post gambar dia dan anak2nya di depan batu besar landmark Tanjung Piai tu. Memang aritu ada google2 gak...tapi macam tak confident aje. Bila dah sampai ke sana, rasanya tak le susah sangat nak menuju ke sana. Ikut aje papan tanda menuju ke Pontian. Lepas tu ikut je pulak papan tanda menuju ke Tg. Piai...





Akhirnya...setelah menempuh jalan berliku, kami sampai juga ke sini dengan berpandukan google map. Ada juga yang terlajak jalan. Takpe...terlajak perahu masih boleh diundur...kan? Masa kami ke sini, Ayong tak ada bersama kami sebab dia dah memulakan pembelajarannya di UiTM. Kami berlima saja yang pergi. Kebetulan pulak masa tu Adik tak berapa nak sihat. Mukanya tak ceria sangat. Demam... Dah sampai kat sana pun dia tak berapa nak berjalan. Dia lebih banyak duduk dan berhenti2 di sepanang perjalanan kami meneroka Hutan Simpan Tg Piai tu. Kesian Adik... Tg. Piai memang dekat sangat2 dengan Kukup. Selalu dengar cerita orang suka ke Kukup untuk makan makanan laut. Aritu lepas ke Tg Piai, kami cubalah ke Kukup. Memang dah sampai Kukup tapi yang kami jumpa ialah terminal feri nak ke seberang. Kat mana tempat orang makan makanan laut tu ye? Kat area situ memang nampak restoran makanan laut tapi rasanya macam semuanya restoran cina sahaja. Betul ke tempat yang kami pergi tu? Hahaha...kelakarlah pulak sebab dah sekian lama duduk di Johor ni, inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana. Apa2pun...alhamdulillah.

Jom kita tengok gambar2 di sekitar Hutan Simpan Tanjung Piai... Layanzzzzz....!
















Papan tanda ini the best among the best!!!! 









Dalam perjalanan balik tu, kami singgah di satu tempat ni di Daerah Pontian...lupa pulak apa nama tempat ni. Kat sini ada Muzium Bugis. 




Banyak benda yang dipamerkan di dalam muzium ini tapi tak dapatlah nak saya tayangkan satu persatu ya. Jom kita tengok apa yg ada di dalam muzium ini (sebahagian daripadanya sahaja...).

Batu ni timbul di dalam air. Abang Ngah pegang jugak batu ni sebab nak tau samada batu ni betul2 batu ataupun bukan batu. Tapi memang betul2 batu... Macamana batu ni boleh timbul di dalam air???

Dapur kayu. Cer tengok pelita yang ada gambar nyonya yang tergantung kat bahagian belakang tu. Cantik...kan?


Yang ini Adik suka tengok sebab macam yang dalam Upin Ipin tu...batu pengisar lama.

Ni mangkuk tingkat siapa ni? Cik Mat Gebu punya ke???


Senjata2 lama yang dipamirkan di dalam almari kaca.

Alhamdulillah. Sampai dah kami ke Tanjung Piai...The southernmost tip of Mainland Asia!!!