Saturday, December 31, 2011

Cerita Di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Cerita masa di kampung ari tu... Memang seronok dapat tinggal dengan emak walaupun tetap merindui hubby dan anak2. Mana tidaknya...saya dan Adik tinggal agak lama di kampung. Hubby dan anak2 lain balik awal ke Pasir Gudang...masing2 ada komitmen sendiri. Adiklah yang paling seronok berada di kampung. Mana tidaknya, lepas bebas macam burung terbang tu. Seawal jam 7:00 pagi dia dah ke kedai makan Mak Longnya yang terletak di sebelah kanan rumah emak. Menu yang dia mintak setiap pagi ialah nasi lemak kosong + telur rebus dan juga air milo ais. Telur rebus tu tak cukup sebiji...paling kurang pun 2 biji. Pernah sekali tu dia makan 4 biji telur rebus kat kedai Mak Longnya tu.

Dah kenyang, dia terus pulak ke rumah Mak Yangnya yang berada di sebelah kiri rumah emak. Rumah Mak Yang nilah tempat dia bermain hari2. Rakan sepermainannya ialah sepupunya yang tua setahun dari dia. Dipanggil balik untuk mandi pagi pun susah.

 Rebung Madu...dibeli di Cameron Highland oleh adik yang pergi makan angin kat sana.

Ini pulak ialah LIMAU PURUT...yang daunnya selalu kita gunakan kalau nak masak tomyam. Saya jumpa limau ni semasa ke pasar pada hari minggu. Saja beli sebab nak tunjukkan pada anak2...kut2 mereka tak kenal limau ni.


Cuba teka ini gulai apa???
Inilah Masak Lemak Pucuk Mengkudu dengan ubi keledek. Sedapnya hingga menjilat jari!!! Pertama kali saya makan gulai pucuk mengkudu ni. Sedap. Pahit2 sikit rasanya.


Ini pulak ialah durian. Siapa yang tak kenal...ya tak? Ini ialah durian kampung. Adik makan 2,3 ulas...selebihnya saya yang menyelesaikannya.

Pisang Nangka Goreng...salah satu juadah minum petang masa di kampung ari tu.

Dan ini pula dipanggil Roti Bun. Harga RM1.80. Ada dijual di kedai adik ipar saya yang berada di sebelah kiri rumah emak...


Nasi Lemak Serai Kopi O


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selalunya setiap pagi kami bersarapan dengan sarapan yang agak ringan sahaja. Tapi pagi semalam rasa macam nak makan nasi lemak pulak.Pastinya kegemaran Adik. Terutama kalau dapat makan dengan telur rebus. Kali ini saya masak Nasi Lemak Serai yang digabungkan dengan Kopi-O. Hmmm...dah macam nama satu rancangan kat dalam TV plak...Nasi Lemak Kopi-O. Apa2pun...minum kopi O panas2 waktu pagi memang sedap! Berpeluh2.....


Nasi Lemak Serai bersama sambal ikan bilis, hirisan timun dan juga telur rebus.


Dihidangkan bersama secawan Kopi O...



Macam biasalah...kalau Adik makan nasi lemak, mesti dia makan nasi lemaknya saja bersama dengan telur. Telur pulak tak pernah cukup sebiji. Jadinya kenalah rebus telur lebih...khas untuk dia. Lepas tu, dia akan makan telur tu lebih banyak dari suapan nasi. So, telur dalam pinggan dia akan habis dulu. Sedangkan nasi lemak masih berbaki. Itu yang memang kena rebus extra untuk dia. Kalau tak buat macam gitu, orang lain akan makan nasi lemak tanpa telur...sebab Adik yang akan habiskan telur tu.

Thursday, December 29, 2011

Lost World Of Tambun


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memulakan pengemaskinian dengan cerita2 semasa balik kampung ari tu. Cerita ni lama dah...awal bulan Disember ari tu. Yalah...ari tu tak sempat nak menulis di sini. Baru sekarang berkesempatan...jadinya baru sekarang dapat bercerita.

Saya dan hubby membelek2 kalender untuk bulan Disember 2011. Hmmm...jadual ketat sangat. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan hari2 bekerja ada saja kerja dan hal yang tidak dielakkan. Hati berkobar2 nak balik kampung. Kali terakhir balik kampung di Perak adalah pada Syawal lepas. Lama jugak dah. Belek punya belek...akhirnya kami membuat keputusan mengejut untuk balik kampung pada hari Jumaat, 2hb Disember lepas. Itupun keputusan di saat2 akhir. 

Kain baju penuh diampaian sebab dah 3 hari hujan berterusan. Yang dah dibasuh tapi belum disidai pun ada jugak. Pagi tu saya pergi hantar Ayong ke sekolah dulu...pergi pulangkan buku teks. Dah habis SPM barulah pulangkan buku2 teks. Lepas tu dia pergi main bowling dengan Izzati kat Pusat Bandar. Habis main, Izzati ikut Ayong balik ke rumah sementara menunggu ayahnya datang menjemput selepas Maghrib. Hubby pulak terpaksa buat ampaian di dalam rumah. Apa lagi...berselayutlah kain-baju di dalam rumah pulak. Masa Izzati nak balik, kami ajak dia ikut balik kampung bersama kami. Nak tanya emak dan abahnya dulu katanya.

Selepas Maghrib, kami berkemas2 untuk balik kampung. Confirm Izzati akan turut sama. Jam 10:00 malam barulah kami bergerak dari Pasir Gudang. Sepanjang perjalanan, kami cuma singgah isi minyak dan rehat2 aje. Sampai di hentian Ladang Bikam, hubby melelapkan mata sekejap. Tak tahan mengantuk sangat dah. Alhamdulillah...kami sampai ke kampung pada jam 5:15 pagi Sabtu.

Jam 10:30 pagi, kami bertolak ke Lost World of Tambun. Mak Su tak ikut sama sebab kerja. Jadinya kami pergi dengan satu kereta sahaja...5 dewasa, 2 kanak2 dan 1 warga emas. Harga tiket dah melambung. Dewasa RM45 seorang, kanak2 RM38 dan warga emas RM38 jugak. Harga tiket saja dah RM339. Lepas tu kena bayar RM10 untuk setiap FRID hand band....yang ini wajib sebab kalau tak ada ini tak boleh masuk. So kena tambah RM80 lagi. Tapi RM80 ni akan dipulangkan semula masa kita pulangkan FRID hand band tu nanti. Makanan tak boleh dibawa masuk. Ada staf2 yang bertugas untuk memeriksa beg yang kita bawak masuk. Tapi handbag ataupun beg kamera tidaklah diperiksa. Kuih2 yang kami bawak semuanya sangkut. Chrga untuk menyimpan makanan2 tersebut ialah RM1.


 Ini ialah resit untuk menyewa double tube...RM22. RM10 akan dipulangkan bila kita kembalikan tube ni...

 Inilah FRID hand band yang wajib dipakai. Pulangkan semula...dapat RM10. Kalau hilang kena bayar RM50. Warnanya berbeza mengikut kategori dewasa, kanak2 dan warga emas.

 Adik yang paling teruja untuk main air...!


Anak2 main air...!


Juga naik dan main permainan yang disediakan...

Bergembira bersama...!




Harga makanan kat dalam tu punyalah mahal! Air mineral botol kecil tu aje dah RM3. Nak makan mee goreng ke, rojak ke...semuanya RM5.50 satu pek. Jagung cawan tu pun RM3.00, kalau kat luar baru RM2.00 je. Dah habis main barulah anak2 rasa lapar. Kami tak makan kat dalam tu. Sebaliknya kami singgah di satu restoran semasa dalam perjalanan balik tu. Kami singgah di Restoran Hasmah Tomyam. Sedap jugak masakannya. Dah lapar katakan.....semuanya sedap!!!!


Inilah yang kami makan di restoran tersebut. Tidaklah mahal sangat. Rasanya pun ok. Restorannya pun selesa.

Habis dah satu hari di kampung. Malam tu pulak Ayong dan Izzati dibawa oleh Mak Su ke Bandaraya Ipoh...jalan2 di Gerbang Malam dan juga pergi makan2. Harap2 Izzati tak serik nak ikut lagi lain kali.

Wednesday, December 28, 2011

Kembali Bersiaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Hmmm...setelah hampir satu bulan saya tidak mengemaskini blog saya ni. Mesti ramai yang tertanya2 agaknya...ke manalah menghilangnya tuan rumah? Sebenarnya tak hilang ke mana pun. Cumanya kesihatan tidak membenarkan untuk mengemas. Awal bulan Disember ari tu saya balik ke kampung saya di Perak. Saya dan Adik tinggal di sana sehingga 10hb Disember. Selepas tu pulak badan dah tak sihat. Demam yang berulang2...selesema dan juga batuk. Dua kali ke klinik...dapat ubat je. Lepas makan ubat, badan elok berpeluh. Lepas tu naik semula seram sejuknya. Sudahnya pergi sekali lagi ke klinik. Kali ni hubby mintak doktor tu inject je. Lagi berkesan katanya. Tapi memang betul pun...keesokan harinya, badan dah rasa ringan dan segar sikit. Sebenarnya sehingga 21hb hari tu, badan masih tak sihat. 22hb Disember pulak keputusan PMR diumumkan. Gagahkan diri juga ke sekolah bersama Abang Ngah dah hubby. Sekarang ni...alhamdulillah. Dah pulih sepenuhnya...rasanyalah. Alhamdulillah...! So, lepas ni Insyaallah saya akan terus menulis di sini. InsyaAllah...

Friday, December 2, 2011

Hari Terakhir Di Bulan November


30hb November 2011, hari Rabu...hari terakhir dalam bulan November. Juga hari terakhir untuk Ayong menghadapai peperiksaan SPMnya. Hari ni hari terakhir, subjek terakhir dengan 3 paper bagi subjek Biologi. Masuk bulan Disember kiranya dah merdekalah dia tapi selagi keputusan belum keluar, selagi itulah tak senang duduk. Sama juga macam Ayi, tengah tunggu keputusan PMR. Rasanya dalam pertengahan Disember. Ayai pulak ada ujian bertulis untuk kemasukan ke MRSM pada 12hb Disember, di MRSM Muar. Hmm...balik kampunglah kami nanti.

Pagi tu saya bersama 3 orang hero saya menjamu selere di McD Petronas Jalan Bandar...berdepan dengan SMK Pasir Gudang 1. Saja je untuk menghilangkan kebosanan anak2 dan saya sendiri. Kami keluar pun dah hampir jam 10:00 pagi. Sarapan yang disediakan di rumah tapi saja je pergi McD juga. Sambil bersarapan, sambil layan internet...ada Wifi free kat situ. Selesai bersarapan, kami singgah pulak di Bukit Layang2. Waktu tu dah dekat 10:40 pagi. Cuaca pulak elok je panasnya. Kat parking lot tu pun tak banyak kenderaan. Mana ada orang dah kat situ waktu2 cam gini. Kami je yang saja suka2 nak ke situ. Memandangkan orang yang cuma ada 3,4 kerat aje, kami pun buatlah taman tu macam taman kami sendiri. Anak2 mencuba segala jenis permainan dan exercise tools yang ada kat situ. Adik le yang paling happy. Budak2...kan! Tapi kami tidaklah ronda sekeliling tasik tu. Sekadar kat tepi2 taman yang berhampiran tasik je. Sambil mereka bermain2, saya pun shoot le mana yang patut. Nasib baik dalam handbag ada kamera digital tu. Jom layan gambar2 mereka ni...



Ada tokoh jadi model tak?

 Adik tak cukup tinggi nak mencapai benda alah tu, terpaksa didukung oleh abang2nya...








 Bayang2 dah nak tegak dah...!



 Mak...cepatlah, sakit dah tangan Adik ni...!













Thursday, December 1, 2011

Kunjungan Emak Saudara Dan Ibubapa Mertuaku


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Jumaat minggu lepas, kami menerima kunjungan emak saudara dari Puchong, Selangor. Wanchu dah telefon saya 4,5 hari sebelum mereka datang lagi. Sebenarnya mereka dalam perjalanan ke Singapura untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Tapi sebelum tu, mereka dah singgah di Port Dickson dulu...bermalam di sana satu malam. Malam Jumaat tu baru mereka sampai ke rumah kami...pada sekitar jam 9:30 malam. Mereka datang dengan 2 buah kereta. Wanchu bersama dengan Kak Ngah (sepupu saya, anak kepada Wanchu) sekeluarga. Satu kereta lagi ialah keluarga kakak ipar Kak Ngah bersama ibu dan bapa mertua Kak Ngah. Kak Ngah bersama suami dan 3 orang anak, kakak iparnya bersama suami dan juga 3 orang anak. Dah 10 orang....termasuk Wanchu dan ibubapa mertua Kak Ngah, semuanya 13 orang. Wah...meriah rumah saya malam tu. Sampai ke tengah malam pun anak2 mereka masih bermain bola kat luar rumah. Mesti orang keliling pelik...kan?

Anak2 mereka selepas mandi-manda...Nisa, Baby, Fatihah dan Shakir.

Malam tu juga saya terpaksa menyiapkan tempahan cistat oleh Kak Ngah. Dia nak bawak ke Singapura nanti sebagai buah tangan kepada keluarga pengantin. Jadinya malam tu secara tak langsung, mereka juga belajar cara2 nak buat cistat.

Sesi belajar cistat...

Keesokan paginya selepas bersarapan dan bersiap2, mereka bertolak ke Singapura sekitar jam 10:00 pagi. Sarapan pagi tu, saya cuma menyediakan meehon goreng, nasi gorang dan juga sosej cheese roll. Sebelum tu hubby dah pergi menghantar Ayong ke kelas LMR (Last Minute Revision) yang bermula jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Hari Sabtu tu cuma majlis pernikahan. Majlis akan bermula sekitar jam 3:00 petang. Selepas majlis pernikahan, mereka melawat ke Universal Studio. Tapi memandangkan harga tiket masuk saja dah $70 (Singapore Dolar), mereka tak masuk pun. Sekadar jalan2 kat luar sahaja. Lepas tu entah ke mana lagi mereka ronda2 (tak ingat dah...). Mereka sampai semula ke rumah kami sekitar jam 1:00 pagi. Selepas membersihkan diri masing2, terus mereka lelap. Mana tidaknya...kepenatan.

Petang Sabtu tu pulak, hubby dan saya telah memulakan projek untuk membuat karipap kentang. Dalam masa yang sama, saya membakar Kuih Bakar Bijan seloyang. Ini semua untuk sarapan esok pagi.

TAPI...sebelum mereka sampai semula ke rumah kami, ibubapa mertua dan ipar-duai saya pulak sampai dari Muar. Mereka datang satu kereta - 6 orang. Sebenarnya pagi Ahad tu mereka nak ke Kota Tinggi, ke rumah besan. Hehehe...malam tu memang penuh rumah saya dengan tetamu.

Pagi Ahad, seawal jam 5:00 pagi hubby dan saya dah bangun. Ya lah...nak menyediakan sarapan kepada tetamu2 yang ada kat rumah. Kami goreng meehon dua kampit dan goreng karipap kentang yang kami dah siapkan petang Sabtu tu. Selepas selesai bersarapan, emak dan abah mertua, hubby, Abang More (abang ipar), Kak Mas (isteri Abang More) dan Kak Nor (kakap ipar sulung hubby) bertolak ke Kota Tinggi. Tinggallah saya melayan Wanchu dan keluarga yang lain.

 Masing2 tengah sibuk mengisi kad putih...


Sementara menanti ibubapa masing2 bersiap, anak2 pulak sibuk bermain basikal kat luar pagar nun...


Dalam 12:30 tengahari, rombongan ke Kota Tinggi dah sampai semula ke rumah. Cepat urusan mereka selesai, cepatlah mereka balik. Sebelum balik, mereka dah siap makan tengahari di sana. Dalam 3:30 petang, mereka bertolak balik ke Muar. Kepala saya dah berdenyut2. Hidung dah berair. Bersin tak henti2. Terus telah ubat selesama dan sakit kepala. Lepas tu terus lelap. Nasib baik tengah 'cuti' so terlajak lena hinggalah terdengar orang memberi salam kat luar pagar. Hihihi...Wanchu dah balik!

Selepas masing2 membersihkan diri dan mengemas beg masing2, mereka terus bertolak balik ke Selangor. Tapi sebelum tu mereka nak singgah di Ulu Tiram dulu, ke rumah saudara kepada mertua Kak Ngah. Anak2 Kak Ngah dan anak2 ipar Kak Ngah, tak sudah2 melambai2kan tangan mereka. "Jumpa lagi Mak Ngahhhh....", kata mereka. Sedih pulak mereka dah balik. Anak2 mereka semuanya manja2 dengan kami. Terutamanya anak Kak Ngah yang kecik tu, si Baby...anak2 saya amat suka sekali dengan dia. Manja...keletahnya memang amat mencuit hati. Lepas tu...cute sesangat!



Baby Neily...!