Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam, Ahad, 20hb November 2011, saya telah mengikuti kelas membuat kek continental di Bake House kepunyaan Nina. Dah lama nak mengikuti kelas ini tapi ada saja aralnya. Alhamdulillah, semalam saya dah berjaya mengikuti kelas ini. Kelas sepatutnya bermula jam 11:30 pagi (ikut pada jadual lah...) tapi terpaksa bermula agak lewat atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Saya sampai di kedai sekitar jam 11:30 pagi tu la. Masa tu pun Nina baru sampai dari rumahnya. Dia bawak bersama pulut kuning yang belum siap dihias. Dia ada menerima tempahan pulut kuning bersama dengan kek perkahwinan. Pelanggan nak combine pulut kuning dan kek. Nak 3 tingkat. Yang paling bawah ialah pulut kuning dan yang dua tingkat lagi tu barulah kek...dengan temanya putih kuning. Since kami dah ada di situ, jadinya kami sama2lah menyumbang idea yang tak berapa nak bernas (kot...) kepada Nina. Dan inilah hasil sentuhan kami berempat...Nina, Zarina, Zira dan saya. Hehehe...cantik kan???
Pulut kuning dilapis dengan serunding daging dan dihias dengan telur puyuh, buah anggur & strawberi juga sedikit cili merah sebagai penyeri...
Ini untuk tingkat paling atas...penuh dengan buah2an segar!
Ini untuk tingkat tengah...dilayer dengan mango filling dan dikelilingi dengan buah2an segar!
Inilah rupanya bila dah ditingkatkan. Cantik...!!!
Selepas dah siap, hubby Nina bersama pembantunya pun pergilah menghantar kek2 tersebut kepada pelanggannya di Kg. Kopok Baru. Tapi...dalam perjalanan ke sana, buah2an segar di atas kek2 tersebut semuanya jatuh bertaburan. Tak tau kat mana silapnya. Then hubby Nina terpaksa berpatah semula ke kedai dan bagai lipas kudung, Nina pun mengolah semula kek tersebut. Kagum dengan Nina sebab dia boleh menghias semula 2 biji kek tersebut dengan pantas. Bayangkan...semua icing terpaksa dibuang dari kek2 tu, lepas tu kena buat icing baru, then baru dilepa semula. Tapi designnya dah tak sama macam gambar kat atas tu walaupun temanya masih sama. Alhamdulillah...kek tersebut selamat dihantar semula sebelum majlis bermula. Lega sunggu si Nina...!!! Lepas tu barulah kami memulakan kelas....
Kelas kami ni dihadiri oleh 3 orang pelajar aje (kami budah baru belajar...!). Dalam kelas ini kami diajar membuat 4 jenis kek - Kek Rainbow (aka Kek Pelangi...), Kek Chocolate Indulgance, Kek Black Forest dan juga Kek Caramel Hazelnut. Riuh rendah kelas dengan gelak ketawa dan berbagai2 ragam. Ada yang tangan keras, ada yang tangan lembut, ada yang buat lawak antarabangsa dan macam2 lagi. Memang ceria betul kelas kami...! Disebabkan terlebih cerialah, kami tidak sempat nak menyipkan hiasan untuk Kek Caramel Hazelnut. Akhirnya kek itu kami bawak balik "bogel" aje...tanpa sebarang hiasan. Kelas kami pun berakhir agak lewat, sekitar jam 8:30 malam. Jom tengok hasil kerjatangan kami bertiga...
Barisan kiri, saya punya. Yang beratur 3 biji ditengah2 tu Zarina yang punya dan barisan kanan pulak Zira yang punya...
Kat kedai tak sempat nak posing cantik2, setakat alal kadar je. Gambar dengan rakan pelajar yang lain pun tak sempat nak snap...dengan cikgu pun tak ada! Masing2 dah kepenatan dan tak sabar2 nak balik. Si Zarina pulak, anaknya menyambut harijadi semalam. So Kek Rainbow tu dia hias terus untuk birthday anak perempuannya yang ke-9 tahun. Happy Birthday Balqis...!!!
Inilah hasil kerja tangan saya semalam. Ni snap kat rumah pagi tadi. Pagi tadi baru sempat potong dan berposing. Malam tadi sampai aje kat rumah terus mandi dan telan ubat selesema dan ubat sakit kepala. Lepas tu terus zzzzzzzzzzz.....!
Kek Black Forest. Hasilnya tak berapa kemas. Kena cuba lagi ni...
Dilapisi dengan chocolate fresh cream dan pitted prune...
Kek Rainbow...
Dengan 6 lapisan kek berwarna-warni dan dilapisi dengan Malaysian buttercream...
Kek Chocolate Indulgance...
Memang kaya dengan cokelat. Setiap lapisan dilapisi dengan white mouse dan chocolate mouse serta diselaputi dengan chocolate ganache. All about chocolate...!!!
Berminat untuk menempah? Hubungilah saya....!!!