Friday, February 18, 2011

Kepenatan

Penat...

Memang penat sebab kena berulang-alik menghantar dan menjemput anak2 ke sekolah, ke pusat tuisyen, ke tempat mengaji, dan jugak ke tempat2 lain...
Dah rasa macam mak supir pun ada...
Tapi disebabkan oleh tanggungjawab...buat jugalah...
Bila dah berulang-alik sesaja tu...dah tentunyalah penat...


Aku ingat lagi...
Darjah 1 dan Darjah 2 dulu aku ke sekolah berjalan kaki. Jarak antara rumah dan sekolah lebih kurang 2km...
Balik dari sekolah dah tentunyalah penat...

Darjah 4 sampai Darjah 6 pulak, aku ke sekolah naik basikal...
Seawal jam 6:30 pagi dah mula mengayuh basikal. Waktu tu, walaupun dah jam 6:30 pagi tapi masih gelap...
Balik dari sekolah, dah tentunyalah penat...

Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, pun ke sekolah naik basikal jugak...
Masa tu sekolah menengah tak ada kat kampung...
Sekarang ni pun masih belum ada sekolah menengah kat kampung aku tu...
Berbasikal ke sekolah mengambil masa lebih kurang 30 ~ 40 minit...ikut keadaan...
Balik dari sekolah, dah tentunyalah penat...

Masa peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran...sekarang ni dipanggil PMR), aku dapat result bagus...
Dapat masuk aliran Sains...
Kena pindah sekolah ke bandar Ipoh...
Sekolah Menengah Raja Chulan, Jalan Dairy...
Berdepan dengan RTM Ipoh, sebelah Maktab Perguruan Ipoh...
Aku tinggal kat Asrama Risda di Jalan Thompson...
Kat sebelah Ipoh Turf Club...bersebelahan jugak dengan Istana...(lupalah nama istana tu...)
Arwah abah hantar basikal dari kampung
Aku bonceng motor arwah abah, abang aku kayuh basikal tu dari Chemor ke Ipoh...
Bayangkan betapa jauhnya abang aku mengayuh basikal tu...
Dah tentunyalah dia penat...

Dari asrama ke sekolah, kami berbasikal beramai2...
Nasib baik di kiri dan kanan jalan penuh dengan pokok2 rendang...sejuk le sikit...
Tapi kalau kena hari tu panas terik...
Balik dari sekolah, dah tentunyalah penat...

Habis Tingkatan 5, aku duduk kat Tingkatan 6 kejap...
1st batch aku tak dapat, 2nd batch baru dapat panggilan dari ITM (sekarang UiTM...) Shah Alam...
Alhamdulillah...
Pun aku duduk kat asrama jugak...
Tapi kali ini tidaklah abang aku pergi hantar basikal dari Chemor sampai ke Shah Alam pulak...
Melampau kalau cam gitu...kan?

Tak naik basikal...aku naik apa pulak?
Naik apanya? Jalan kaki ajelah...!
Dengan keadaan mukabuminya (cewahhh...) yang berbukit2 dan bangunan yang tinggi2...
Memang le penat....

Abis UiTM, aku jadi cikgu sementara di SK St Gabriel, dekat dgn Taman Maluri tu...
Aku mengajar komputer...
Dah grad dalam bidang itu...mengajar benda alah tu la...
Duduk kat Flat Sri Sabah di Cheras, akt tingkat palinggggg tinggi sekali...
Rasa2nya aku kena naik tangga ke hingga ke tingkat paling atas tu?
Issshhh...idak aihhhh...aku naik lif ler...
Tapi kalau terpaksa menunggu giliran untuk naik lif tu...
Memang le penat...

Lepas itu aku terima tawaran daripada JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan
Kena belajar bahasa Korea selama setahun secara intensif di Wisma Belia, Jalan Syed Putra
Kelasnya dari pagi sampailah ke petang
Dari zero knowledge pasal bahasa Korea
Belajar macam budak tadika
Mengenal setiap satu hurufnya
Belajar menyebut dan menulis
Menulis dalam buku latihan Matematik yang berkotak besar2 tu
Memang ler macam budak tadika
Dan memang le sangat2 penat...otak dan badan...

Habis setahun belajar bahasa, aku terbang ke Korea Selatan
Masa tu musim sejuk
Banyak salji turun
Memutih jer di sekitar lapangan terbang
Masa tu international airport masih di Seoul...Kimpo International Airport
Penerbangan dari Kuala Lumpur transit di Kota Kinabalu
Tak pernah naik kapalterbang
Memang ler penat sesangat bila sampai di sana...

Kehidupan di sana 100% berbeza dengan di tanahair sendiri
Paling susah nak menyesuaikan diri dengan makanannya
Memang susah jugak nak dapat yang halal
Nasib baik ada kedai2 orang Islam
Nasib baik juga senior2 semua baik2 hati belaka
Kalau rasa2 teringin nak makan masakan Malaysia
Pergilah ngendeng ke rumah senior2...
Haaaa...yang ni tak penat sangat
Sebab dapat makan...

Banyak lagi cerita aku yang kepenatan
Tapi yang aku nak tunjukkan di sini ialah yang ini...



 Ini situasi semalam...
Masa tengah menyiapkan kerja sekolah
Pensil warna masih di tangan
Sedang mewarna gambar tu
Tiba2 je pergerakan tangannya terhenti
Rupa2nya dah terlelap....
Kepenatan....

Close-up sikit...
Memang dalam kepenatan...

Thursday, February 17, 2011

Donut Dan Sup


Ini cerita semalam. Bukan cerita untuk hari ini. Hari ini dah masuk hari Khamis. Semalam hari Rabu. Tapi semalam terasa macam hari Isnin sebab hari Selasa tu semua orang cuti. Cuti sempena Maulidur Rasul. Anak2 tidak ke sekolah. Hubby pun tidak ke tempat kerja. Kami menghabiskan masa bersama2 di rumah sahaja...

Pagi semalam saya buat Donut Suria ni. Gebu donut ni. Adik memang suka makan donut. Jadinya memang tak rugi kalau buat donut sebab gerenti habis! Malas nak deco berbagai, cukup sekadar disaluti dengan gula halus sahaja...


 Donut Suria...

Tengahari semalam saya masak Kerisi Kukus Asam Boi tapi tak sempat pulak nak snap gambar. Saya kukus 3 ekor...untuk 3 orang anak yang akan balik dari sekolah awal petang nanti. Tapi untuk saya, saya masak Sup Campur ni...

Ada crab filamen, ada sosej cendawan, ada sayur - bunga kobis, brokoli dan kacang buncis, ada juga crab ball dan telur hancur...
Makan sup ini sahaja sudah mencukupi sebagai hidangan makan tengahari saya... Alhamdulillah!

Tuesday, February 15, 2011

Festival Layang2 Sedunia Pasir Gudang 2011


Layang-layang akan terbang lagi di Pasir Gudang.............!




Selama festival ini diadakan di Pasir Gudang, rasanya baru 2 kali saya membawa anak2 ke sana. Anak2 memanglah suka tengok layang2. Bukan setakat tengok...nak beli layang2 jugak! Lagi satu anak2 suka sebab ada Lolly Pop Drop tu...berebut2 mereka merebut gula2 yang dijatuhkan. Lepas tu ada bermacam2 barang yang dijual - makanan, pakaian, permainan, tudung2, kereta, motor, dan bermacam2 lagi. Sediakan ajelah RMnya....!

Maulidur Rasul 1432H






Salam Maulidur Rasul 
1432H / 2011M
kepada semua pengunjung...


Wednesday, February 9, 2011

Makan2 Di Tanjong Puteri


Cerita ni cerita minggu lepas. Cerita masa cuti Tahun Baru Cina ari tu. Orang lain kalau cuti panjang2 ni, paling kurang pun balik kampung. Kami cuma duduk kat rumah jer. Pagi Jumaat dan pagi Sabtu hubby kena masuk kerja. Redha aje la...

Balik kerja tengahari Sabtu tu, hubby ajak makan tengahari kat luar. Agaknya hubby perasan muka anak2 yang kebosanan duduk di rumah aje. Rakan2 setaman majoritinya tak ada. Hubby provok anak2 dengan Coconut Splash kat Tanjong tu memang sedap...





Antara hiasan di pintu masuk dan di dalam bangunan tu...




 Ini hidangan untuk Adik...
Set Roti Telur dengan Kari Ayam dan juga Mushroom Cream Soup dengan roti dan mentega...

Fuhhhhhh...panaslah pulak mushroom soup tu! Tengoklah gaya Adik yang tersendiri mengadap juadah dia. Roti telur tu habis...sup tu pun abis...roti bun tu pun abis jugak. Kari ayam tu hubby yang tolong abiskan kentangnya. Ayamnya...Adik juga yang habiskan...!!!!

 Ini pulak set Fish and Chip untuk Ayong dan hubby...dan set Chicken Chop untuk Abang Ngah, Abang Yang dan saya... 

Dan Coconut Splash untuk semua...!!!

Mencuba Apam Beras




Alhamdulillah...menjadi jugak Apam Beras ni. Petang semalam saya mencuba untuk membuat Apam Beras ni. Kebetulan ada baki nasi hari sebelumnya. Saya pun mencuba resepi daripada AmFlora.

Semasa membancuh bancuhan apam ni, saya rasa macam was2 jer sebab adunannya nampak macam kental jer. Issshhh...salah resepi ke aku ni? Persoalan di hati sendiri... Akhirnya tawakkal aje. Setelah 2 jam berlalu, saya pun mula untuk mengukus. Mula2 saya kaup 3 senduk kecil ke dalam bekas kecil yang lain dan saya campurkan dengan warna merah jambu. Dapatlah dalam 6 biji acuan lompang yang besar tu. Seterusnya saya buat cara yang sama tapi menggunakan warna2 yang berlainan - hijau, purple dan kuning telur. Alhamdulillah...ngam2 dapat 24 biji untuk kukusan yang pertama dengan 4 warna yang berbeza.

Saya hidangkan masa makan malam. MAKAN MALAM????? Ya...makan malam! Jangan terkejut pulak sebab masa saya mula mengukus tu dah jam 6:30 petang. Jadi, jadi juadah hidangan malam le...bukan untuk minum petang....! Tapi bukan bermakna saya hidangkan Apam Beras ni sahaja untuk makan malam. Ada juga nasi dan tomyam ringkas. Di samping itu, ada juga Agar Karamel versi kaler pink...mcam kat bawah ni....!


Ada stok serbuk agar2 kaler merah jambu...gunakan aje untuk habiskan stok!!!


Sunday, February 6, 2011

Jumaat Pun Sibuk Juga...


Dalam pada sibuk2 menyiapkan tempahan cistat sebanyak 200 biji, sempat juga saya membakar sosej dan crab stick puff roll ini sebagai hidangan sarapan pagi kami pagi Jumaat lepas. Puff roll tu memang dah siap digulung. Cuma perlu dibakar je. Puff yang digulung bersama jejari ketam tu, saya taburkan bijan dan seasoning pepper sebelum dibakar. Yang digulung sosej tu, saya biarkan kosong aje.



Puff roll masih dalam oven. Adik dah bertanya mak ada masak apa2 ke untuk sarapan... Bila saya kata saya tengah membakar puff roll tu, dia pulak minta saya buatkab burger untuk dia. Siap bagi resepi lagi. Mula2 roti, lepas tu letak sayur (salad), lepas tu letak daging ramli, lepas tu letak telur, lepas tu letak cheese, lepas tu letak mayonis sebenar, lepas tu letak sayur lagi (timun), baru letak roti lagi. Tercungap2 nak bacakan resepi dia...panjang bebeno...banyak pulak "lepas tu"nya lagi....
 

Inilah hasilnya...walaupun tak ikut resepi Adik 100%, lebih kurang sama jer...


Diari Khamis


Alhamdulillah...dalam pada sibuk menyiapkan tempahan cistat dan apam pelanggan, masih sempat juga memasak untuk sendiri punya. Selepas mengukus Apam Mekar untuk Teja, saya mengukus juga Apam Mekar untuk dibawa ke majlis yaasiin petang tu.

Apam Mekar...
Apam ini saya bawa ke majlis di rumah Kak Pah di Jalan Selayang. Kak Pah mengadakan majlis yaasiin, tahlil dan doa selamat sempena majlis pertunangan anak perempuannya dan juga majlis potong jambul cucunya.

Inilah cucu Kak Pah yang telah 'dipotong jambul' tu... Chubbynya pipi dia...!


Kek Pisang Cappuccino...

Memandangkan ada satu sisir lagi pisang yang dah masak ranum dan tiada siapa lagi yang sudi menjamahnya, saya pun meng'kek'kan pisang tersebut. Dan untuk mempelbagaikan rasanya, yang ini saya tambah dengan cappuccino instant pre-mix 3-in-1. Maka...jadilah Kek Pisang Cappuccino. Kek ini saya sumbangkan kepada Mak Zarah di Blok Balau G yang mengadakan majlis tahlil untuk arwah cucunya. Saya hantar kek ini semasa saya menghantar tempahan Teja untuk Mak Zarah.


Kek Pisang Milo Mocha...


Kek ini pun hasil dari pisang yang dah masak ranum tu. Versi ini saya tambah dengan Milo 3-in-1 Mocha dan ditambahkan dengan chocolate rise...jadilah Kek Pisang Milo Mocha Dan Choc Rise...!
Rasanya memang sedap...gebu dan lembut jer. Lebih menyedapkan sebab saya tambah choc rise tu...anak2 suka!

Saturday, February 5, 2011

Nasi Lemak Serai


Allahhuakbar....! Dah lama dah juadah sarapan pagi ni. Dah jadi bahan buangan pun. Dan dah lama jugak saya buat entri untuk ini. Tapi tak sempat2 nak publish. Ini adalah juadah sarapan pagi kami pada hari Selasa lepas. Cuti2 sekolah ni, anak2 ada di rumah. Kena pulak asyik hujan je. Perut sentiasa keroncong. Lagipun, kalau masak nasi lemak, boleh cover sekali untuk makan tengahari...hehehe.


Nasi Lemak Serai dan rakan2nya...

Nasi Lemak Serai...

Sambal Tumis Ikan Bilis...

And the gang...