Wednesday, March 31, 2010

Nasi Ayam Dan Ayam Bakar Madu Berempah


Salam sejahtera untuk semua. Sekarang ni tengah hujan. Lebat jugaklah. Sejukkkk sikit alam sekeliling. Alhamdulillah! Nasib baik kain-baju dan kering...dah saya ngkat dan lipat pun! Tinggal belum digosok aje lagi. Tunggulah malam nanti baru gosok baju.

Hmmmm...ni cerita makan semalam punya. Hari ni tak ada yang special jadinya tak payahlah cerita pasal hari ini ya! Semalam saya masak Nasi Ayam bersama Ayam Bakar Madu Berempah. Seeeeddddaaaappppp....!!!! Tak caya??? Cuba rasa ni.......!



Tidak kelihatan dalam gambar ialah Sup Ayam... Bunga lawang tu pulak sekadar hiasan sahaja, jangan pulak dimakan ya!


Ni posing dari sudut timun dan ayam pulak...!


Inilah Ayam Bakar Madu Berempah. Lazatnya hingga menjilat jari! Manis2 dan pedas2....

Tuesday, March 30, 2010

Award Dari Yatie Ramlan



Ye ke Top Blogger? Award ni adalah sumbangan dari Yatie Ramlan (Sinar Kehidupanku). Terima kasih untukYatie diatas pemberian award ini. Moga perkenalan dan persahabatan di alam maya ini akan berterusan...

Juadah Hari Ini



Pagi ini anak2 bersarapankan Coco Crunch aje. Tapi selepas semuanya ke sekolah, macam teringin pulak nak makan apam. Kebetulan pulak dalam petiais ada stok air 7-Up. Hmmm...saya pun merajinkan diri untuk membuat Apam Senyum ni... Say buat cuma separuh adunan sahaja. Dapatlah dalam 66 biji. Banyak jugak tu...tapi dalam papercup yang molek2 aje. Masa tu cuma tinggal saya dan Adik sahaja di rumah. Adik makan banyak! Lepas tu bawak bekal ke sekolah lagi!


Cuaca hari ini pulak memang panas. Awal2 lagi dan ampai kain-baju. Panas2 cam gini memang cepat je keringnya...

Lihatlah panahan mentari ini...


Kalau tengah2 panas begini, alangkah sedapnya kalau dapat meneguk minuman yang sejuk2. Ya tak? Kebetulan hubby pulak balik tengahari tadi. Saya cuma masakkan sup sayur sahaja, dimakan bersama sedikit nasi. Dan saya sajikan Strawberry Smoothie ini sebagai minuman penghilang dahaga. Ahhhhh...nyamannya!

Nyaman jer bila lalu kat tekak...


Sebelah petang pulak, saya mencuba satu resepi baru sebagai kudapan...Jemput-jemput Nasi Tauhu. Ada baki nasi untuk makan tengahari tadi...adalah dalam sesenduk sahaja. Campurkan dengan sebiji tauhu dan dikisar. Lepas tu campur dengan tepung dan sedikit garam. Goreng macam goreng jemput2 lain tu... Sedap jugak rasanya, cicah dengan sos cili.







Sunday, March 28, 2010

Bergelap 60 Minit



Kami turut sama menyokong kempen Earth Hour dengan mematikan semua lampu. Bertemankan cahaya lilin, Adik menikmati Mihun Tomyam Earth Hour sambil mata menjeling...!

Friday, March 26, 2010

Ikan Masak Tiga Rasa


Lauk untuk makan tengahari tadi ialah Ikan Masak Tiga Rasa. Resepi asal saya ambil dari buku masakan Chef Hanieliza, Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza.

Saya gunakan 2 ekor ikan siakap...lumur dengan tepung jagung dan goreng garing...


Curah dengan bahan2 sosnya...


3 rasa sos yang berlainan...


Bahagian ekornya...


Bahagian kepalanya...

Mencuba Apam Beras



Selalu nampak Apam Beras ni kat rumah kawan2 tapi tak pernah mencuba walaupun nampak senang je nak membuatnya. Resepinya pun ringkas sahaja. Saya selalu nampak apam ni kat rumah AmFlora. AmFlora memang tokeh apam...hehehe! Bila dah nampak dia selalu sangat buat, mestilah sedap, kan? Itu yang membuatkan saya teruja nak membuatnya.

Semalam, saya pun mencuba. Tapi hasilnya macam tidak berapa mengancamlah! Mana tidaknya...selepas saya kisar nasi tu, saya gi buat kerja lain pulak. Akhirnya adunan nasi tu macam dah pekat...dah mengembang. Terpasa saya tambah kuantiti air lagi. Nasib baik saya cuma buat 1 cawan nasi jer. Dapatler dalam 35 biji apam yang molek2. Saya gunakan acuan lompang untuk mengukus. Sepatutnya acuan tu disapu dengan sedikit minyak tapi saya tak sapu. Itu yang melekat sikit masa nak mengeluarkannya dari acuan tu. Apap2 pun, rasanya memang sedap. Adik asyik berangkut ke atas jer...menjamu dua orang abangnya. Saya tanya pada Adik sedap ke tidak. Kata Adik sedap. Itu yang dia asyik berulang makan jer tu...




Ini pulak ialah Kuih Bakar lagi!!! Kuih kegemaran saya. Malam Selasa lepas rasa macam nak makan kuih ni lagi. Itu yang saya membakar juga walaupun dah agak jauh malam. Hhhmmm...lazatnya hingga menjilat jari!



Thursday, March 25, 2010

Kebakaran Dan Hujan

Tengahari tadi, rajin sikit untuk pergi menjemput dua hero tu dari sekolah. Sementara menanti mereka sampai, saya snap2 le sikit gambar2 di bawah ni, gunakan handset saja...





Abang Ngah dah sampai, Abang Yang belum lagi. Tiba2 saya terpandang situasi ini :


Asap hitam pekat berkepul2 naik ke udara...

Selepas Abang Yang sampai, kami meneruskan perjalanan. Perasaan ingin tahu dari mana datangnya kepulan asap hitam tu menyebabkan kami menuju ke kawasan perindustrian. Rupa2nya dari sebuah kilang di belakang kilang KO Stone tu. Saya terus membelok ke simpang berhampiran dan memakirkan kereta berhampiran dengan tempat kejadian. Tapi takut juga nak pergi dekat2...dibuatnya tiba2 kilang tu meletup, naya pulak saya dan anak2!

Gambar dari kawasan kejadian...


Asap hitam berkepul2 mencemari udara persekitaran...


Berkepul2 tinggi naik ke udara...


Pemandangan ini dari depan rumah saya...bahagian sebelah kanan rumah...


Yang ini pun dari depan rumah juga tapi dari bahagian kiri rumah...

Alhamdulillah!!! Tidak lama selepas itu, hujan pun turun dengan lebatnya. Hilanglah segala kepulan2 asap hitam tadi...

Hujan yang turun bagaikan mutiara....

Membasahi lantai hadapan rumahku...

Dari hujung awning...

Tuesday, March 23, 2010

Hujan Oh Hujan...!

Pagi tadi hujan lebat. Lebat sangat! Dengan hembusan angin yang aman menyamankan. Memang sedap duduk depan pintu yang terbuka. Tapi bukan le depan pintu utama...bahaya! Depan pintu gelungsur, yang dihalang dengan set sofa. Jadinya angin yang masuk tu terpaksalah belok kanan belok kiri sebelum terasa kenyamanannya. Sejuk sikit ruang dalam rumah. Dah sejuk2 cam gitu, memang sedap kalau dapat merebahkan diri smabil melelapkan mata. Kena pulak kalau ada selimut. Iiiisssshhh...mau terlajak sampai ke tengahari kot! Tapi saya tidak le cam gitu...cuma TERlelap je. Nasib baik Adik ada...bising2 mulut dia tu membaca buku2 cerita.

Mak, ujan lebat!!! (slang macam upin dan ipin jer...)

Best ler ujan lebat. Tak payah mak jirus pokok bunga...

Pokok bunga mandi air hujan tak demam ke?

Tak! Pokok memang kawan dengan air hujan tu...!

Adik pun nak mandi air hujan la....!

Isshhh...mana boleh! Demam nanti...!

Pokok tak demam, Adik pun tak demam le...

Apa nak jawab bila dia dah kata cam gitu???

Kan Adik dah belajar Sains, pokok kena ada air dan cahaya matahari kalau nak hidup. Air yang paling bagus untuk pokok2 ialah air hujan! Sebab tu pokok tak demam bila mandi air hujan. Tapi Adik mana boleh minum air hujan, kan? Adik kena minum air masak sejuk. Betul tak??

Ya lah!!! Adik tak mandi ujan...

Monday, March 22, 2010

Happy Birthday Rais



Cuppies ni adalah pesanan dari rakan sekerja hubby untuk ulangtahun kelahiran anak mereka yang pertama yang mencecah usia setahun pada hari Ahad lepas (semalam...21hb. Mac). Zura buat pesanan 32 biji cuppies dan 100 biji apam comel blueberry dan strawberry. 16 biji cuppies lobak merah dan 16 biji lagi cokelat. Harap2 Zura berpuashati dengan hasilnya...




HAPPY 1ST BIRTHDAY TO RAIS....!

Friday, March 19, 2010

Triffles



Triffles ni, buat banyak mana pun tak pernahnya nak cukup2. Anak2 berkenan sangat dengan pencuci mulut yang satu ni. Selalu tu saya buat dalam bekas lutsinar yang kecik2 tu tapi hari ni nak tukar selera sikit. Saya buat dalam gelas2 berkaki ni sikit, dalam bekas2 kaca yang sedang2 dan juga dalam bekas2 plastik tinggi.

Hari ni hubby balik lewat dari kerja sebab ada masalah kat tempat kerja...machine breakdown ler... apa lagi! Jam 12 tengahmalam tadi baru hubby sampai rumah. Ingatkan nak makan la Triffles yang molek2 dengan hubby, rupanya2 dah dihabiskan dek anak2. Hmmm...tinggal dalam bekas yang besar je. Makan separuh2 dengan hubby. Sekarang ni hubby dah pun terlena...kepenatan!


Dengan 3 perisa...lime (hijau), manngo (kuning) dan rasberry (merah)...!

 

Thursday, March 18, 2010

Cheese And Sausage Roll




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Pagi tadi saya cuma sediakan Cheese and Sausage Roll ini sahaja sebagai juadah sarapan pagi. Selepas hubby pergi kerja dan Ayong ke stadium, 3 orang hero saya tu pergi berjoging di taman permainan yang berhampiran. Adalah dalam 40 minit mereka ke sana. Balik aje dari berjoging, mereka terus membersihkan diri sebelum bersarapan. Saya buat roll ini 7 keping roti je sebab cheesenya tinggal 7 keping aje. Setiap satu gulungan saya potong kepada 2. Saya cuma makan 3 potong, yang lainnya semua hero2 yang makan. Lapar kot balik dari joging tu...

Cara nak membuatnya sama je dengan Mini Sausage and Cheese Roll saya dulu tu...


Adik memang berkenan sangat dengan sosej dan cheese...

Kuih Bakar



Kuih Bakar...ada juga orang panggil Bingka Tepung. Panggillah nama apa pun, yang penting rasanya memang sedap. Setiap kali saya buat Kuih Bakar ni, saya mesti gunakan resepi oleh Joayee (MyResipi). Memang rasanya amat sedap, elok je lembutnya, terasa lemak2nya.

Sebenarnya saya bakar kuih ni petang Selasa lepas. Malam tu ada pulak tetamu datang. Alhamdulillah, dapat juga mereka menjamu selera dengan kuih ni. Selepas tetamu kami balik, anak2 pulak berebut dengan hubby. Akhirnya hubby suruh je potong semua sekali...makan bersama anak2. Malam tu jugak abisnya. Maknanya, kuih ni memang sedap sebab sekali hadap je dah abis!


Nasib baik sempat berposing dulu sebelum dihabiskan...!

Wednesday, March 17, 2010

Puding Pelangi



Puding Pelangi!!! Lama dah tak buat puding ni. Walaupun namanya pelangi tapi kombinasi warnanya cuma 3 sahaja. Tidaklah sampai 7 kombinasi warna macam pelangi betul2 tu. Tapi kepada sesiapa yang rajin, boleh juga gunakan ketujuh2 warna pelangi tu. Rajin ke?? Saya buat puding ni semalam.


Ini rupa puding tu yang baru dikeluarkan dari dalam petiais, sedia untuk dipotong...


Yang ini dah kena potong 2, 3 jalur...


Haaa...yang ini sedia untuk dimakan...!!! Silakan.....!

5 Tahun 7 Kgs


Salam sejahtera untuk semua. Apanya yang 5 tahun 7 kilograms tu???

Ini ha...7.0 kg...!

Ini pulak yang 5 tahun tu...!

Jenama Samsung...!

Ha....! Sebenarnya petang tadi hubby called dari kilang. Dia suruh datang ke kilang sebab hari ini saya gunakan Trajet kami tu. Sebabnya, pagi tadi saya pergi hantar Ayong dan kawan2nya ke Jusco Tebrau City. Nak guna Kancil takut tak muat pulak. Hubby dah tuntut hadiah cabutan bertuah yang dia dapat masa treasure hunt ari tu. Saya pun memandulah seorang diri ke kilang dan parking kereta depan kantin. Hubby masukkan mesin basuh dan saya pun bawak le balik. Nak angkut turun dari kereta tak larat, tunggu sampai hubby balik baru angkat dengan hero2nya.

Inilah dia...!

Mesin basuh top loaded jenama Samsung dengan kapasiti 7.0kg...!

Alhamdulillah! Saja2 nak beli tanpa sebab rasanya idak le. Tapi dah dapat free ni...alhamdulillah! Bila nak pecah dara...tak tau lagi le. Nak letak kat mana pun belum decide lagi. Biar aje la kat situ dulu...! Kat mana?? Entah le...kat mana2 la asalkan tak menyesakkan mata...hehehe.


Tuesday, March 16, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan


Sebenarnya ini cerita hari Sabtu lepas. Hubby terima 2 jemputan ke majlis perkahwinan. Satu ialah engineer hubby dan satu lagi ialah anak perempuan pekerja hubby. Majlis engineer hubby berlangsung di Kampung Kempas Baru dan satu lagi di Kiara Hill, Taman Nusa Indah.


Ini kad undangan daripada engineer hubby...2 beradik sekali naik pelamin...!


Inilah 2 pasangan pentantin...!

Mohd Syafiq ni ialah engineer hubby...tapi jangan pelik sebab nama bapa kedua2 pengantin hampir serupa. Cuma dibezakan oleh huruf U sahaja...!

Inilah pasangan Shafiq dan Suhana...


Noraisyah ni saya tak pasti samada kakak ataupun adik kepada Syafiq...sorry!!!


Inilah pasangan pengantin Noraisyah dan Ma'asom...

Hampir jam 4:00 petang baru kami menuju ke Taman Nusa Indah. Semasa di rumah Shafiq kami bertemu dengan engineers yang lain. Mereka datang dengan 2 buah kereta. Jadinya kami sama2 menuju ke Taman Nusa Indah. Yang seronok dan kelakarnya, masing2 tak pernah sampai ke sana. Masing2 mengharapkan kepada peta yang disertakan di dalam kad jemputan sahaja.

Dalam peta tu "kata", ada exit Bukit Indah dan exit Nusa Indah. Kami pun bercadang nak ikut exit Nusa Indah, dekat sikit konon2nya. Rupa2nya exit tu belum dibukak lagi!!!! Akhirnya kami teruskan sahaja pemanduan hingga agak jauh juga.

Akhirnya sampai ke simpang ini...

Di sini kami mebuat pusingan U dan berpatah balik ke belakang. Hinggalah jumpa simpang ini...

Exit ke Bukit Indah...

Dah jenuh pusing kiri pusing kanan, akhirnya kami sampai juga ke sini...

Taman Nusa Indah...

Sorrylah, kat rumah pengantin ni kami tak bergambar. Sampai pun dah agak lewat. Tapi bagus jugak sebab kami bertemu dengan kawan2 lama bekas pekerja Kiswire - En Ahmad Rahmad, En. Mohd Lani, dan adalah dalam 3,4 orang lagi yang saya tak ingat nama mereka... Oh ya! Ibu dan bapa pengantin ialah Hj. Morset dan Hjh Khadijah...

Selamat Pengantin Bar kepada ketiga2 mempelai...!!!