Friday, January 30, 2009

Jom Makan Ketam...

Anak2 asyik mengajak pergi makan ketam kat tepi laut dari dulu lagi. Kami selalu (selalu ke????) ke Kg Tanjung Langsat kalau nak makan Ketam Cili. Tapi kengkadang tu ada stok ketam sebab bukan musimnya. Kalau nak tau kat situ ada ketam ke tidak, kena tengok keadaan kat pasar dulu. Kalau kat pasar ada ketam, then kat situ pun mesti ada ketam.

Petang Selasa lepas kami cubalah ke Kg Tanjung Langsat tu, kot2 ada ketam sebab Abang Ngah beriya2 mengajak makan ketam. Mula2 pergi kat restoran yang pertama tu, tanya kalau2 ada ketam ke tidak. Pakcik tu suruh tunggu kejap sebab nak gi tengok ketam dulu. Sepatutnya orang tu dah hantar ketam tapi tak hantar2 lagi kata pakcik tu. Kami pun tunggulah kejap. Kejap tak kejap jugak la, adalah dekat 15 minit gak menunggu. Bila pakcik tu balik....HAMPA!!! Tak ada ketam.....



Then kami mencuba nasib kat restoran sebelah tu pulak...Restoran Makanan Laut Seri Bahagia. Kami bernasib baik sebab ada ketam. Yessss!!!! Hubby dan saya cuma order Ketam Cili, Ikan Merah Steam, Kailan Ikan Masin dan Air Limau satu jag. Side2 yang lain tak perlu dah sebab yang utama ialah ketam. As long as dapat makan ketam, yang lain tu tak perlu dah!!!! TAPI KAN.....punyalah lamanya orang tu nak masak!!!!!! Lebih dari 30 minit kami menunggu! Rasa macam nak angkat kaki je dah tapi disebabkan anak2 ngidam sangat kan ketam tu, kami tunggu jugak la... Kalau makan nasi jam 5:00 petang tu, boleh dikira lunch ker???


Muka2 yang sedang menunggu ketam.......!!

Inilah lunch + dinner kami ari tu....



Makan Lagi...

Masa kat kampung hujung minggu ari tu sempat jugak saya buat Puding Roti dan Donut Gebu tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebab laku macam goreng pisang panas!!!! Kebetulan roti slices tu dah nak expired. Sayang je kalau tak dimakan. Mintak tolong hubby gi carikan susu segar dan kismis @ mixed fruits. Nasib baik ada pasaraya yang bukak that CNY. Kat kedai2 biasa susah nak jumpa susu segar dan kismis @ mixed fruits tu. Donut tu saya buat selepas sarapan sebab sarapan pagi tu kami makan nasi lemak. Mak Teh yang masak (biras yg balik saing kami ari tu...) nasi lemak tu. Actually, MIL suruh buat donut tu pada malam kami "bermesyuarat" tu. Tapi disebabkan meeting tu abis jam 1:00 pagi, mata pun dah ngantuk, saya postpone je to the next morning. Lagipun donut tu saja buat standby untuk budak2 yang ramai kat rumah tu (cucu2 atok....).

Kami balik ke Pasir Gudang pada malam Isnin sebab hubby masuk kerja hari Selasa. Pagi Selasa tu buat Donut Gebu lagi sebab Ayong kata dia malu2 nak makan masa kat rumah Atok hari tu.


Memang gebu sesangat le donut ni....


Petang Rabu pulak, saya teringin nak mencuba Tart Telur lagi tapi kali ini gunakan resepi Ida_Rahayu @ MyResepi pulak. Dapatla 16 biji tat telur yang molek2...


Tat telur sedia untuk dimakan...


Pagi semalam (Khamis), saya buat pulak Pau Kelapa ni. Actually ini adalah Pau Bagus oleh Jun @ Yummylicious tapi sebab saya gunakan inti kelapa (lebihan Kuih Ketayap), saya namakannya Pau Kelapa. Sebenarnya, gunakan inti apa pun boleh.....!!!


Baru lepas dikukus...masih dalam loyang kukus lagi!!!


Untuk dinner tadi saya cuma sediakan bubur nasi yang simple...dihidangkan bersama kacang tanah goreng, serunding daging, ikan bilis goreng dan jugak telur dadar nipis dihiris halus. Habis satu periuk....!





Dan malam tadi, sambil nengok tv, saya buat Cream Puff Jagung ni lagi. Baru bakar satu loyang, stop kejap sebab ada kawan datang berkunjung. Tapi tak sempat gak dia nak rasa puff ni sebab fillingnya belum dimasak lagi. Cuma sempat menjamu kawan dengan samosa dan teh-o aje....


Cream Puff Jagung....fillingnya diisikan oleh Abang Yang....


Thursday, January 29, 2009

Balik Kampung

Ni nak cerita la sikit pasal bali kampung hujung minggu ari tu. Pagi Ahad lepas kami balik ke kampung MIL. Kami balik sebab ada perbincangan keluarga pasal majlis perkahwinan adik hubby pada awal bulan Mac nanti. Adik ipar hubby ikut kami balik sekali sebab hubby dia ada konsert kat Penang dan on the way balik, terus singgah kampung. So, isteri dan anka2nya balik saing kami. Nasib baik kawan adik hubby tu ada tinggalkan kereta kat rumah dia. Mereka ke Penang naik kereta adik hubby aje.

Pukul 9:00 pagi kami keluar dari rumah menuju ke Taman Scientex untuk ambik CT dan anak2nya (adik ipar hubby). Ada Myvi putih kat depan rumah dia. Saya ni memang terror bawak kereta tapi kalu bab suruh bawak kereta orang tu...berat sikit! Since CT tak ada lesen memandu, hubby drive Myvi bersama hero2 dan saya drive kereta sendiri bersama heroin2... Tepat 12:00 tengahari kami sampai ke kampung.



Sebelah malam baru kami mengadakan perbincangan keluarga pasal majlis perkahwinan tersebut. Semua adik-beradik hubby ada berkumpul. Sampai 1:00 pagi baru selesai. Tugas2 dah pun dibahagi2kan. Dan saya pun ada tugas yang kena diselesaikan untuk majlis tu nanti. Disebabkan adik-beradik kesemuanya lelaki, jadi bab2 yang berkaitan dengan "keperempuanan" terpaksa diserahkan kepada ipar2...




Sepanjang berada di kampung, cuaca pulak tak berapa baik. Selalunya panas je tapi hari tu asyik hujan je pulak. Kengkadang je redanya, walaupun hujan tu tak lebat tapi berterusan. Petang Isnin tu cuaca mendung je. Hajat di hati nak tengok gerhana matahari tapi setelah puas meneropong, tak nampak apa2 pun... Tak ada rezeki le tu... Best kan kalau dapat tengok gerhana tu? Siapa dapat tengok???

Kudap-kudap...

Ari tu masa pergi ke rumah Anawahid, nampak Kuih Ketayap dia dan tiba2 terasa teringin nak makan Kuih Ketayap tu. Sebenarnya Kuih Ketayap ni saya buat hari Sabtu malam Ahad lepas, selepas balik dari melawat rumah Ana tu lah... Kebetulan memang ada kelapa parut kat rumah, then lepas makan malam terus masak intinya dulu. Mula2 hubby ingat saya nak buat pagi esok. Tapi bila saya dah bancuh adunan tepungnya, hubby turut menawarkan diri untuk membantu. Alhamdulillah... Akhirnya jam 11:00 malam kami sama2 menikmati Kuih Ketayap ni bersama2 secawan kopi...


Inilah kuih ketayap yang sedia untuk dijamah...

Pada masa yang sama, saya sediakan adunan untuk Kuih Bakar ni. Esok hubby ajak balik kampung sekejap sebab ada perbincangan pasal majlis perkahwinan adik hubby awal bulan March nanti. So kuih ni saya buat sebagai buah tangan. Biasanya saya gunakan loyang berlubang ditengah tapi kali ini saya gunakan loyang empatsegi aje. Dan macam biasa...saya suka yang garing2 sikit...!!



Saturday, January 24, 2009

Apa Ada Kat Belakang Rumah???

Siapa nak jawab dulu ni? Ok la...saya jawab dulu!!! (sendiri tanya...sendiri jawab?????). Kat belakang rumah saya ni ada la tanah sikit. Itupun sebab dapur belum extend lagi. Kalau dah extend macam orang2 lain tu, tak ada la tanah lagi....! Kat belakang tu saya ada tanam pokok pisang nipah, pisang 40 hari, pokok pandan, lengkuas, serai dan jugak pokok bunga kantan. Yang dah banyak kali mendatangkan hasil of course le pokok pandan sebab as long as ada daun, dah keluar hasil la tuuu...! Ada sapa2 yang nak daun pandan, silalah datang ke rumah..... FOC je!!!

Pisang nipah ni pun dah puas makan hasilnya. Tiap kali berbuah, paling kurang ada 8 sikat. Tiap sikat buahnya bersaiz XXL...puas hati kalau menggoreng masa tengah mengkal2 tu. Dah lembik2 saya tak suka pulak... Sekarang ni ada setandan kat belakang tu. Nak offer jugak ni...siapa nak??



Pokok pandan ni pun dah banyak kali kena buang dan tanam semula. Kalau dah lama2 sangat pokoknya dah agak tinggi sebab akar dah timbul. Nampak semak pulak...tu yang cabut dan tanam semula tu!



Disebelah kanan pokok pandan ialah pokok pisang 40 hari. Ni baru aje tanam, belum dapat hasil pun....ambik dari rumah MIL. Kat sebelah kiri pandan tu pulak ialah pokok bunga kantan. Pun sama umur ngan pisang 40 hari tu. Belum gak dapat tuai hasilnya. Antara pandan dan pisang 40 hari tu ada pokok lengkuas.... Tak nampak kan?? Lengkuas ni saya transfer dari depan rumah nun... Kat depan tu dulu penuh ngan lengkuas. Hubby dah bersihkan untuk buat taman, then transfer ke blakang rumah pulak. Dah dapat hasil dah..!!! Apa ada lagi ya??? Haaa...yang ini bukan dari kategori tanaman tapi kategori KENDERAAN!!!! Kenderaan apa yang duduk belakang rumah??? BASIKAL!!!! Tapi tak de gambo le.... Basikal yang dah tak digunakan tapi spare partnya masih elok. Kalau basikal hero2 tu ada masalah, hubby akan dapatkan spare part yang berkenaan dari basikal ni. Tak lama lagi basikal ni akan ladi besi buruk plak!!!

Dan projek terkini kami ialah tanaman sayur2an.... Yang ni tak boleh show lagi sebab masih dalam proses penyemaian benih2 dan membuat batas2. Adalah kami tanam tomato, okra, cili, jagung sikit. Ikut saiz tanah la kan!!! Kang jadi hutan belantara plak kat belakang tu... Nak ikut seruan kerajaan plak...berbakti pada tanah! Nanti tak payah nak beli sayur lagi...save cost sikit kot....!

Pokok kari, daun kunyit dan limau purut ada kt depan rumahnun...dalam pasu! Pokok nenas pun ada tau saya tanam kat sebrang jalan depan rumah. Ada la 3 pokok!!! (3 ajer????). Pokok inai pun ada.....
Issshhh...tadi tanya apa ada kat belakang rumah. Sekarang cerita pasal depan rumah la pulak. Dah lari topik ni....

Friday, January 23, 2009

Jumaat Yang Kelam-Kabut...

Pejam celik pejam celik dahhhh sampai hari Jumaat hari ni. Cepat sangat masa berlalu. Macam hari2 yang lain, rutin saya masih sama. Cuma hari ini agak kelam-kabut sikit. Lepas je Abang Yang pergi sekolah, saya terus memasak Triffles tu. Nak buatnya memang mudah cuma ambil masa yang agak panjang sikit sebab banyak step sikit. Masa hubby nak pergi kerja, saya stop kejap. Lepas dia pergi, saya sambung le semula. Bila dah siap baru mandikan Adik dan tolong dia selesaikan kerja sekolah. Kerja sekolah dia dah siap, baru saya sediakan bekal dia pulak. That time already 10:15am. Masa untuk dia salin baju sekolah pulak. Entah berapa kali dah dia bertanya, "Dah pukul sepuluh ke mak?". Sebabnya time tu ialah time dia pakai baju sekolah. Tapi hari ni lewat sikit dari hari2 biasa.... Lepas Adik pergi sekolah, saya bekejar pulak ke kedai berdekatan untuk cari lauk dan sayur untuk lunch. Kat esbok cuma ada stok ikan 4 ekor je. On the way ke kedai tu baru fikir nak masak apa untuk lunch. Hari tu ada nampak nasi ayam dengan ayam bakar...kar umah sapa eekkkk?? Terus datang idea nak buat nasi ayam jugak. Lepas dapat bahan2 yang dicari, on the way balik rumah tu, singgah jap kat rumah Kak Jah, ketua kumpulan yassin perempuan kat sini, untuk serahkan duit yassin untuk esok. Sampai rumah dah 11:00 pagi. Tu yang kelam-kabut memasak pulak tu. Hasilnya......???? Ini dia.....!!!!!
Set Nasi Ayam Pandan Planta.......!!


Nasi Ayam Pandan Planta, Ayam Bakar Madu dan sosnya, Sup Ayam...



Triffle dengan 3 perisa - lime, blackcurrent dan raspberry.


Thursday, January 22, 2009

Tertunailah Hasrat Di Hati...

Tengokkan tajuk, dah jadi macam Kak Ina KL la pulak!!! Ampun ya Kak Ina.... Dah lama sebenonya ngidam nak buat dan makan benda ni tapi baru semalam jadik. Benda apa??? Cream Puff Jagung ni la....!! Puffnya saya buat gunakan resepi Yani @ MyR dan cream jagungnya saya gunakan resepi Zaliana @ MyR jugak.

Pagi semalam dah buat satu adunan, dapat le dalam 16 biji. Abang Ngah dan Abang Yang masing2 bawak bekal ke sekolah. Yang bekal lain, yang makan lain. Akhirnya saya cuma dapat rasa 2 biji aje. Then sebelah petang, saya buat lagi satu adunan. Pagi tadi sebab 1st time buat puff ni, so tak dapat nak bayangkan besar mana puff tu akan naik selepas dibakar. Akibatnya, puff tu jadi besar2 sangat!! Buruknya saya tengok...! Ni kalau hubby nampak mesti dia kata, "Cutenyeeee.....!". Then bila buat sekali lagi, dah boleh agak dah besar mana nak dipipekan. Hasilnya...jadilah comel2!!!! Sekali ngap je...hilang dari pandangan!

Inilah hasilnya!!!

Untuk dinner, M pulak rasanya nak memasak. Kebetulan baki mee kuning hari tu ada lagi, udang ada sikit, daging ada sikit, sayur ada sikit, tauhu goreng pun ada lagi. Then jadilah Mee Goreng Basah ni...versi kungfu fighting jugak!! Ni sapa2 pun boleh buat ikut citarasa masing2.



Monday, January 19, 2009

Non-stop Monday...

Adui...hari yang amat melenguhkan kaki!!! Kenapa?? Sebab satu hari ini saya "bekerja" tak henti2....non-stop! Boleh percaya ke??

Sebelum subuh dah bangun, siapkan sarapan. Then baru mandi dan solat. Turun semula ke bawah untuk "melepaskan" Ayong ke sekolah. Terus membasuh kain-baju semalam (masukkan je ke dalam mesin basuh...). Lepas hubby gi kerja, menyapu sampah-sarap kat luar dan menjirus pokok2 kat depan tu. Then duduk sebelah Adik pulak. Malam tadi dia tidur awal, tak sempat nak siapkan kerja sekolah. Pagi tadi baru temankan dia menyiapkan kerja sekolah. Dah siap kerja sekolahAdik, saya menggosok baju2 sekolah dan baju2 kerja hubby yang tak digosok semalam. At the same time, menolong Abang Ngah membuat kerja sekolah jugak. Stop kejap menggosok sebab nak menyediakan bekalan Adik untuk ke sekolah. Lepas Adik ke sekolah, sambung semula kerja2 menggosok pakaian. Dan Abang Yang pulak bertanyakan terlalu banyak soalan2 Science Tahun 4 yang saya sendiri terpaksa bertanya semula kepada dia maksud2 keyword yang mereka gunakan sebelum dapat membantu mereka. Pening jugak kepala kejap...! Maklumlah...dah hampir 17 tahun meninggalkan alam persekolahan dan peruniversitian (ada ke word ni???). Saya grad dulu Februari 1992....lama bebeno dah!!!

Dalam sibuk2 ni sempat gak saya menyediakan Baby Bread Pudding ni. Resepi oleh Kak Fida kat MyR. Senang je nak membuatnya. Ikut resepi yang Kak Fida bagi tu, dapat le 6 biji macam kat bawah ni. Abang Yang bawak 2 biji sebagai bekalan ke sekolah....

Siap untuk dimakan....


Baru keluar dari oven....


Then tengahari ni ada date lak dengan hubby...hehehe...sempat gak tu!!! Actually,, janji ngan hubby nak gi HSBC tengahari tadi sebab ada isuberbangkit pasal home loan yang saya dah depositkan cek dari KWSP hujung Disember 2008 lepas. Lepas 2 orang hero tu gi sekolah, baru kami bertolak ke bank kat Taman Molek. Lama gak berurusan kat situ tadi. Insyaallah, dalam masa 2 minggu tak ada pemotongan dari akaun simpanan ke akaun perumahan. Dan dalam masa sebulan nanti, panel lawyer akan call unutk sign document for discharge.


Selesai urusan di bank, terus hantar hubby ke office sebab ada sorang Korean tu asyik called dia aje sepanjang kami berada kat bank tu. Then saya terus balik rumah. Masa tu Ayong dah sampai rumah. Pagi tadi sebelum dia ke sekolah, saya dah bagi satu set kunci rumah pada dia, incase kalau2 saya tak sempat balik sebelum dia balik. Then 3:35pm Adik pulak sampai. Biasalah...kalau dia dah ada kat rumah mesti mulut dia tak diam2. Ada je yang nak di"pok-pek"kannya. Apa lagi...cerita pasal sekolah dia la!!! Akhirnya dia tertidur......! Baru senyap sikit.

Masa ni lah saya menyiapkan menu untuk dinner malam ni. Bahan2nya saya dah keluarkan awal2 lagi tadi. Sebenarnya, nak buat untuk lunch semalam (Ahad) tapi tak menjadi sebab ada projek lain. Hubby kata, "Buat je la untuk dinner esok" (hari ini...hubby bercakap tu semalam...). So malam tadi kami makan Mee Rebus ni untuk dinner. Sedap!!! Lain kali tak payah beli yang kat Kg Pasir Putih tu lagi! Sebenarnya saya geram tengok mee rebus ni kat umah Hana dan Anawahid. Tu yang suruh hubby belikan bahan2nya pagi semalam (Ahad) tapi baru hari ni jadinya.. Apa2 pun, kita layannnnnn!!!!





Alhamdulillah....


Cerita Adik Petang Sabtu...

Ni ada cerita pasal Adik sikit. Cerita ni sebenarnya cerita hari Sabtu lepas. Baru hari ni nak buat entry. Walaupun tak sebest mana tapi nak cerita jugak. Cerita pasal Adik terlalu excited nak ke sekolah. Petang Sabtu ari tu, saya sempat gak duduk depan komputer ni kejap. Tiba-tiba Adik berlari naik sambil mengangis sekuat2nya. Tanya kat Adik siapa yang buat dia. Dia kata abah. Kenapa pulak abah nak buat dia sampai nangis cam gitu sekali? Saya pun pujuk2 dia dan dia pun terus diam. Tengok muka dia bertompok2 hitam2 macam kena minyak. Masa tu memang hubby dan hero2 tu tengan mengadun dan membaiki basikal. Memang patut le muka Adik bertompok2 hitam cam gitu. Dia main ngan tiub basikal rupanya.... Kata dia, dia nak gunakan tiub basikal tu untuk mandi kat kolam... Kah kah kah!!! Gelak besar dengar dia cakap cam gitu. Ingat itu pelampung ker???

Pasal yang dia menangis tu...baru semalam hubby cerita pada saya. Masa mereka tengah repair basikal tu, lalulah van sekolah yang Adik selalu naik tu kat depan rumah. Bila van tu lalu, hubby cakap ngan Adik :
Hubby : Adik, itu van Adik! Kan dah lepas?? Kenapa Adik tak siap lagi nak gi sekolah??
Adik : ........tanpa sebarang kata terus melalak dan berlari mencari emaknya.......

Ooooooo...rupa2nya dia menangis sebab ingatkan dia dah terlepas van nak gi sekolah! Padahal hari Sabtu memang tak sekolah... Itulah Adik...!!!

Sunday, January 18, 2009

Ahad - 18hb Januari 2009

Malam tadi badan saya tak berapa sihat rasanya. Lenguh badan2, ada demam sikit - orang Perak kata "dedo" (pronounce "the door") - dan ada loya2 sikit. Bukan ada dua badan tau!!! Then malam tadi saya terlelap awal kat depan tv nun...sampai le ke pagi walaupun kerap terjaga dalam lenanya. Pagi tadi dah ok sikit rasanya. Kuatkan semangat nak buat breakfast untuk hubyy dan anak2. Bila masuk dapur, again, hubby dah siap masak air, basuh pinggan-mangkuk sisa malam tadi dan dah separuh kain siap dibasuh. Aduhaiiii...untungnya badan! Kesian lak nak suruh dia sediakan sarapan pulak. Then saya carilah apa yang ada kat dapur. Roti Gardenia ada sebuku, kentang goreng beku pun ada. Nak goreng2 yang simple aje la...


Saya pun mylalah buah scramble eggs campur ngan daun sup / bawang dan seasoning pepper. Then goreng kentang, potong timun dan toast roti. Campurkan cili sos dengan mayonis sebagai pencicahnya. Hubby lak goreng instant roti canai. Tak boleh dia duduk diam2 kat depan tv tu selagi breakfast tak ready.


Inilah yang hidangan breakfast kami pagi tadi.

Selepas selesai sarapan, hero2 semua gi main basikal. Abahnya bagi green light, laju je masing2 capai basikal. Adik pun sama gak. Sama2 berbasikal kat jalan depan rumah tu dari hujung taman permainan sampai hujung simpang rumah ujung tu. Bukan main seronok lagi mereka berbasikal. At the same time, hubby berkebun kat depan rumah dan Ayong lak menyidai kain-baju yang hubby dah basuh. Saya??? Saya kat dalam rumah aje. Badan masih ting-tong lagi. Kadang2 tu keluar jugak jenguk mereka kat luar tu. Dah tengahari baru masing2 masuk rumah. Tengahari tak makan pun sebab masing2 masih kekenyangan. Dan saya pun merebahkan diri....


Lepas Zohor kami bersiap2 lak nak keluar. Anak2 bising ajak pergi cari buku latihan dan rujukan. Kami menuju ke Edaran Ilmu Didik kat Masai tu. Terbang gak RM240.00. Unutk pelajaran anak2, tak apa... Then kami terus pulak ke Jusco Permas Jaya. Saja jalan2 dan windows shopping aje plannya. Tapi bila dah masuk kat dalam tu, ada jer benda yang nak dicapai. Ingat nak cari cheese aje - standby untuk pizza lagi - tapi barang2 lain turut jadi mangsa. Masa sampai aje kat Jusco tu, ada persembahan gendang sempena Chinese New Year. Sempat snap satu gambar je sebab lepas tu persembahan dah tamat. Lepas penat shopping - shopping gak akhirnya - kami gi makan kat Sedap Corrner.





Apa yang kami makan?? Macam2 ada. Nasi goreng kampung, beef kuay teow, ratna crispy meehon, tom yam meehon, chicken chop dan prawns & chips. Minumam lak kami order thai coconut, orange juice dan mocktail. Habis je makan kami terus balik. Dah kenyang, malas nak gi mana2 lagi...berat nak berjalan!




Saturday, January 17, 2009

Jom Sarapan...


Cantik tak Puteri Ayu Koko ni?? Bukan setakat cantik tapi sedaaappppp!! Jom sarapan!! Dah tengahari baru nak sarapan??? Tak lah! Tu sarapan untuk pagi tadi la! Hmmm...pagi ni rajin sikit...sikit je. Hari ni hari Sabtu. Ayong sekolah gantian dan Abang Yang pun sekolah gantian untuk sekolah agama. Ayong macam biasa la...6:20am dah pergi. Hubby lak kena turn tak kerja hari ni tapi dia nak gi jugak ke office sebab bos Korean dia nak balik negara...forever. Sebelum tu dia sempat gak berkebun dengan Abang Ngah kat belakang rumah tu. Sememntara mereka berkebun saya pulak mengadap dapur, menyediakan puteri ayu ni. Selalu tu buat puteri ayu yang biasa tu, yang kaler hijau tu..! Kali ini nak try resepi Kak Fida @ MyR pulak. Dan inilah hasilnya. Dapat le dalam 25 biji. Dan saya panjang2kan kat jiran sebelah tu sepiring... Nama asal yang Kak Fida bagi ialah Tiwul Ayu Choc tapi saya tukar sikit namanya. Harap2 Kak Fida tak marah ye!! Nak resepinya?? Ambik kat sini...



Friday, January 16, 2009

Kasut Lagi

Petang tadi Abang Yang bising dengan abahnya mintak belikan kasut hitam yang bertali. Sebabnya dia dah dilantik menjadi Ketua Kelas kat sekolah agama, kena pakai kasut hitam. Uniform pulak guru yang akan uruskan untuk tempahan sebab nak kan keseragaman. Kalau beli sendiri2, macam2 kaler keluar. Ari tu dah beli kasut putih 2 pasang. Ni kasut hitam pulak lagi!

Pukul 8:00 malam kami pun keluar menuju ke Pusat Bandar. Kat situ ada kedai Bata, tempat selalu beli kasut sekolah. Abang Yang nakkan kasut yang bertali banyak...maksudnya talinya boleh dijalan banyak kali. Bukan yang setakat 3x tu je.


Mereka tengah memilih kasut kat Kedai Bata....


Dulu2 saya suka pakai sandal yang ini....

Hubby pulak jenis yang tak suka nak merayau @ berjalan2 tanpa tujuan. Kalau dah dapat apa yang dicari, kalau boleh dia nak terus aje balik ke rumah. Tapi saya pulak suka jalan2, tengok2 sana sini....windows shopping. Kadang2 saya ajak jugak dia pusing2 tapi kadang2 ikut aje kata dia. Tadi selepas beli kasut kat kedai Bata, kami terus menuju ke rumah semula. On the way balik tu Abang Yang kata nak makan lagi, lapar lagi. Then kami singgah kat satu restoran tu. Tak ingat pulak nama restoran tu. Angin sepoi2 bahasa pulak bertiup, terasa gak sejuknya. Kami order meehon sup (2), meehon tomyam (1) dan nasi goreng kampung (1). Air pulak kami order carrot susu (3) dan jus epal hijau (1). 4 je sebab Ayong dan Adik tak ikut. Adik tengah tidur masa kami keluar dari rumah tadi.



Inilah yang kami santap malam tadi....

Butter Orange Cake


Petang tadi terlebih rajin sikit. Memang berangan nak buat kek tapi tak tau kek yang mana satu nak dibuat dulu. Banyak resepi yang KIV jer. Kalau dulu buat yang senang2 je, kali ini nak mencuba yang susah dan complicated sikit. Pagi tadi dah lari ke kedai kejap sebab nak beli kelapa parut. Esok nak buat Puteri Ayu rasanya. Nampak pulak oren cantik2 kat kedai tu, saya sambar 3 biji. Tu yang jadi Butter Orange Cake ni. Nama asalnya ialah Buttery Orang Cake oleh Jun @ MyR tapi saya dah tersilap cetak kat gambar tu. "Y"nya dah hilang entah ke mana... Agaknya anak saya bawak di ke tadika dia pagi tadi kot (ya ya jer...)!!. Kek ni memang sedap, lembut, gebu dan terasa2 keorenannya, juga tak memuakkan. Memang best!! Thanks to Jun for the recipe....



Lunch Today...

Disebabkan hari ini hari Jumaat, awal2 pagi lagi saya dah keluarkan lauk dari peti beku. Tengahari nanti hubby akan balik makan sebelum ke masjid untuk solat Jumaat bersama anak2. Tak plan lagi nak masak apa ni. Keluarkanlah ayam dan ikan. Ikut la menu apa yang akan keluar nanti, baru pilih samada ikan ataupun ayam.

Akhirnya keluarlah menu Nasi Ayam Pandan. Namanya aje nasi ayam tapi bukan macam nasi ayam biasa tu sebab nasinya aje saya buat macam nasi ayam tapi lauknya lain. Untuk lauk, saya masak Ayam Pandan dan sayur pulak saya masak Sayur Goreng Campur. Dihidangkan bersama Rojak Betik. Kuah rojak buah ni saya belajar dari SIL. Dia ada gerai kat kampung nun...












Dan macam minggu lepas, Basyirah dan Nabila singgah rumah jugak sebab petang ni mereka ada latihan pancaragam kat Stadium Tertutup Pasir Gudang. Mereka ni adalah kawan rapat Ayong dan mereka jugak tinggal kat area sini.

Thursday, January 15, 2009

Kad dan Award From Ela

Kad yang cute ni datangnya dari Ela. Memeng cantik kad ini. Thanks to Ela kerana sudi panjang2kan kad ini pada Kak Ita.....



Yang ni pulak ialah award daripada Ela jugak. Tapi cute blogger award ni ada syarat la pulak....!
  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - award ni saya terima daripada Ela yang cute tu!!! Tu sebab nama award ni "2008 Cute's 3logger Award"... secute pemberi dan penerimanya...hehehe!!
  3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Hobi Kak Ita apa yer?? Jap, nak congak2 jap...
  1. Suka memasak - hobi ni datang selepas jadi surirumah sepenuh masa dan ada masa nak belek resepi kat internet.
  2. Suka nak shopping tapi jarang2 sekali pergi shopping sebab memikirkan budget... bilala boleh shopping unlimited ek?
  3. Suka surf internet - ni pun semenjak duduk rumah je ni. Kalau time kerja dulu memang tak nyempat.
  4. Suka balik kampung kalau ada peluang. Tak kisah le kampung sendiri ataupun kampung hubby.
  5. Suka bunga2 especially bunga ros / mawar. Tak kisah le warna apa. Tu sebab tiap kali my birthday ke, anniversary ke, hari ibu ke, mesti dapat sebundle bunga ros. Number of roses bergantung pada birthday @ anniversary ke berapa @ dah berapa tahun jadi ibu. Tiap tahun bertambah sekuntum!! Banyakkan!!! Best......!
  6. Suka nak join dengan jiran2 kalau ada apa2 function. Kalau join nak pok pek pok pek aje, tak berapa suka gak. Lebih baik duk rumah, banyak benda boleh buat, ekk?
  7. Suka tidur siang hari - malam2 dah susah nak lena sebab masih fobia dgn kejadian yang berlaku setahun lalu. So ambil kesempatan waktu Adik tidur, maknya tidur sekali!!
  8. Suka membasuh kain baju pada waktu malam - esok pagi boleh terus sidai kat ampaian. Jimat masa....
  9. Suka nak mengemas hari2 tapi alah sangat pada habuk - mesti bersin 1001 kali. Camana?
  10. Suka baca blog kengkawan kat alam siber ni. Macam2 cerita dan berita boleh dapat. Yang paling suka sebab dapat tambah kawan dan kenalan.... Thanks kepada semua yg sudi menjadi teman dan kenalan saya di alam siber. Moga satu hari nanti kita boleh bersua muka. Insyaallah!!!

Nak tag sapa pulak ni ya?
1. LG - Salam Dua Benua
2. Anawahid - Mari : Jom : Singgah
3. Zie Helmy - Teratak Lestari
4. Kak Ina KL - Tertunailah Hasrat Di Hati

Cukuplah tu ekk. Nampak cam semua orang dah dapat...

Wednesday, January 14, 2009

Setahun Yang Lalu...

Setahun yang lalu...14hb Januari 2008, jam 3:45 pagi.... Waktu inilah peristiwa rompakan bersenjata tu berlaku kat rumah kami. Kalau diingat2kan kembali, memang teramat ngeri. Sampai sekarang pun masih takut2 nak tidur. Tu yang kadang2 tu tengah2 malam saya memasak dan membuat apa2 saja aktiviti yang boleh mengelakkan diri dari tidur. Kalau terdengar je bunyi berdetik sikit, cepat2 bukak telinga besar2....!!! Depan tv dah jadi tempat tidur kami. Boleh dikatakan hampir setiap malam kami tidur kat depan tv di bawah tu. Lampu car porch dan dapur setiap malam menyala. Kadang2 lampu dan tv kat ruang tamu tu pun terbiar menyala dan terpasang hingga ke pagi kalau kami terlelap. Tak nak le cerita panjang2...ngeri. Tapi syukur alhamdulillah kerana kami anak-beranak tidak diapa2kan. Walaupun kerugian hampir RM30K tapi nyawa lebih penting. Harta boleh dikumpul semula sedikit demi sedikit... Modus operandi mereka merompak secara bersenjata dan memecahkan pintu bilik dengan menggunakan tong gas memasak yang ada kat rumah kita.

Nasi Lemak Dinihari


Nasi Lemak Dinihari??? Kenapa dinihari??? Sebabnya saya sediakan hidangan nasi lemak ni pada waktu dinihari. Kalau pukul 2 pagi tu dikira dinihari, kan??? Saya memasak waktu tu la.

Malam tadi saya terlebih rajin la pulak. Agaknya "tukar shift" ngan hubby kot....! Lepas je melipat kain yang setimbun tu, saya masukkan pulak kain-baju yang perlu dibasuh ke dalam mesin. Dan mesin basuh pun menjalankan tugasnya tanpa sebarang bantahan. Then saya pulak terus menggosok baju2 - baju2 sekolah dan uniform hubby. Masa tu dah dekat 1:50 pagi. Lepas tu kelapa dok memikir nak sarap apa pagi esok.... Hmmm, nak masak nasi lemak la! So saya pun terus masak nasi lemak. Petik suis je...tak perlu tunggu2. Telur pun saya siap rebus tapi tak kupas lagi. Cili kering saya rendam, bawang2 siap dikupas. So esok pagi cuma perlu kupas telur dan masak sambal ikan bilis jer... Dalam 3:15 pagi baru saya landing. Hubby dan hero2 dah lelap kat depan tv tu, jadi saya pun landing kat depan tv gak. Set alarm pukul 5:30 pagi tapi 4:30 pagi dah terjaga.Sejak2 peristiwa rompakan bersenjata tahun lalu, sampai sekarang saya masih susah nak melelapkan mata. Tidur tak boleh nak lena. Padahal dah setahun peristiwa tu berlaku. 4:30 pagi tu saya terus bangun, sambung memasak apa yang perlu. Tu yang nama nasi lemak ni Nasi Lemak Dinihari.... Tak ada yang special, macam nasi lemak biasa jer. So tak payah le resepi ye...?


Tuesday, January 13, 2009

Petang Selasa Nan Renyai...

Pagi tadi bangun macam biasalah...5:30 pagi. Tenggek air, gi mandi dan solat. Usai solat lebih kurang 5:50 pagi. Tak dengar pulak bunyi air dari bilik air Ayong. Rupa2nya dia tak terjaga lagi! Selalunya awal2 dia dah mandi. 4:30 pagi tadi dia dah bangun gosok baju, then dia tidur semula. Alamatnya, kelam-kabut dia sikit ari ni. Nasib baik sempat siap sebelum pakcik van datang. Saya turun semula ke bawah untuk sediakan sarapan. Sarapan simple2 jer...nasi goreng planta dan teh-o.

Masuk dapur je, nampak kain dah siap dibasuh. Pinggan mangkuk pun dah elok tersusun. Kat depan pun kain-baju dah ada yang kena lipat. Ni semua kerja my hubby la. Saaayyyaaannngggg hubby! Malam tadi saya kepenatan dan TERtidur awal. Hubby lak tak boleh tidur. So instead of doing nothing, hubby buat ler apa yang patut....

Petang tadi tiba2 hujan renyai2. Dah berapa lama tak hujan rasanya. Tiap2 hari angin kuat bertiup. Biasalah, bila dah angin bertiup, sang daun2 kering pun melayangkan diri mereka ke halaman rumah! Nak disapu, dia tentu datang semula....

Petang tadi sebelum Adik sampai dari sekolah, saya belek2 resepi yang saya dah print dan failkan. Teringin pulak nak makan Tat Telur. Saya gunakan resepi zlinda_mz @ MyResipi. This is my first attempt buat tat telur. Tak le susah sangat tapi terkial2 la jugak sikit2... sikit2 je!! Mula2 saya gunakan acuan tat yang kecil2 tu. Acuan tu pun cuma ada 6 biji je. Lebihannya saya gunakan acuan yang besar. Tapi lebih pulak fillingnya. Saya tuang je dalam acuan lain dan bakar... Inilah hasilnya. Walaupun tak le cantik dan licin bebeno tapi sedap!!!


Ini yang guna acuan kecil2...

Ini yang guna acuan besar...


Untuk dinner pulak, saya cuma masak Kicap Lada Hitam Selayang dan jugak Lemak Putih Sayur.

Ini la Kicap Lada Hitam Selayang....


Ini pulak Lemak Putih Sayur...

Lemak Putih Sayur ni sama je macam masak Lemak Putih Labu Manis tu cuma instead of labu, ganti ngan sayur2. Yang ini saya gunakan sawi, taugeh dan kobis.


Bekal Adik

Tiap kali ke sekolah, Adik mesti bawak bekal. Apa2 pun tak kisah. Biasanya saya bekalkan yang kering2 aje tapi bukan le roti kering pulak! Kopok lekor , nugget, roti telur, roti canai ngan gula, coco roll dan yang sewaktu dengannya. Pisang emas pun dia nak bawak gi sekolah. Air pulak, kengkadang air sirap, air sarsi, air teh ataupun air kosong je. Bekas tu dia yang pilih sendiri masa pergi dengan abahnya ari tu. Balik dari sekolah baru makan nasi. Lepas tu dia pun akan lelap....! Malam baru buat homework.

Monday, January 12, 2009

Mesyuarat PIBG SMKPG1 Ke-24

Pagi semalam (Ahad) ada Mesyuarat PIBG SMKPG1 kali ke-24. Bermula 8:30 pagi dan hanya berakhir pada 2:00 petang. Satu hari yang panjang.......

Pukul 7:15 pagi hubby dah hantar Ayong ke sekolah sebab dia ada persembahan koir hari ni bersempena dengan mesyuarat PIBG tu. Lepas tu dalam pukul 8:00 pagi baru saya pulak bersiap2 untuk ke sana gak. Hubby tolong hantarkan sebab malas nak drive sendiri. Lagipun takut susah nak dapat parking lot. Selepas mendaftarkan diri kat kaunter penyambut tetamu, saya terus masuk dewan mesyuarat. Kumpulan koir dah siap beratur kat atas pentas. Ibubapa pun dah ramai gak yg memenuhi dewan mesyuarat. Saya cari tempat duduk yang agak ke depan sebab nak dapatkan view yang bagus untuk jadi uninvited photographer. Dapat le duduk kat row ke 4 dari depan.


Inilah kumpulan koir yang terdiri daripada ahli kelab pancaragam.... Ayong kat depan sekali..

Mesyuarat dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang, Cik Zaiton binti Idris. Cik Zaiton ni sebenarnya ialah bekas Guru Besar kat sini selama 8 tahun sebelum beliau naik pangkat sebagai PPD. Juga ada wakil dari YB Dato' Hj. Khaled bin Hj. Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi.



Pengetua SMKPG1 ialah Tuan Haji Ismail bin Abd Aziz, baru je balik dari menunaikan haji pada hari Isnin lepas. Yang DiPertua PIBG ialah Encik Abu Naip bin Sapuan tapi saya tak ingat pulak nama wakil Dato' Hj. Khaled Nordin tu. Sorry ye... Wakil Dato' Hj. Khaled Nordin tu datang untuk menyampaikan sumbangan komputer peribadi dan komputer riba (PC dan laptop) sebanyak 10 biji kepada sekolah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Dato' semasa menghadiri Mesyuarat PIBG kat sekolah ni tahun lepas. So bertambah le komputer kat sekolah ni untuk kemudahan anak2 belajar. Alhamdulillah!


Penuh jugak dewan mesyuarat tu. Masa rehat, guru2 mengagihkan sedikit makanan kepada ibubapa yang hadir - bihun goreng dan mineral water. Lepas tu ada ceramah sikit untuk ibubapa oleh penceramah jemputan, Tuan Haji Muhammad Tuah bin Atan. Best dengar dia ceramah, penuh dengan joke yang membuatkan kami tidak boring mendengarnya hinggakan cikgu terpaksa bagi nota pada dia suruh berhenti. Hampir sejam beliau "membebel".....

Selepas tu baru le mesyuarat bermula. Penat gak nak tunggu mesyuarat tu abis. Yang lama tang bincang pasal bayaran sumbangan persekolahan dan juga berkenaan bayaran keahlian PIBG. Saya cuma tumpukan perhatian kepada Tingkatan 3 aje. Setelah diusulkan oleh YDP & Guru Besar, jumlah yang kena bayar ke sekolah dan PIBG ialah lebih kurang RM150.00. Banyak juga ye.. Itu baru Ayong sorang, belum lagi Abang Ngah dan Abang Yang. Yang itu tak tau lagi berapa pulak... Sebelum majlis selesai, ada cabutan bertuah untuk ibubapa dan guru2. Tapi saya dah tau nasib saya. Tiap kali ada cabutan bertuah mesti saya tak bertuah. So, semalam tu pun tak bertuah jugak.

Saya call hubby suruh dia datang jemput. Then kami terus gi SDS untuk menjamu selera dan mengisi perut yang dah berdendang sayang.

Inilah yang kami makan semalam...


Anak2 tengah kusyuk menjamu selera masing2...

Lepas makan, kami singgah jap kat nursery. Hajat nak beli tanah dan baja tapi terbeli pulak pokok bunga dan pokok cili purple sekali.

Ini yang kami beli kat nursery tu...

Sampai rumah, terkejut tengok rumah dah diubahatur oleh hubby dan hero2nya. Memang malam sebelum tu ada cakap2 ngan hubby esoknya nak ubah2 sikit kedudukan sofa, meja makan dan tv tu. Then saya terus bersihkan diri dan solat. Badan terasa gak penatnya. Ingat nak baring2 kejap untuk merehatkan diri tapi tak jadilah. Kat dapur ada pisang tanduk dan pisang nipah yang dah elok masaknya untuk digoreng. Then saya pun meringankan tulang sikit nak buat minum petang untuk hubby dan anak2.

Pisang tanduk dan pisang nipah yang telah digoreng.