Monday, August 25, 2008

Jalan-jalan hujung minggu...

Hari ini hari terakhir cuti sekolah. Tapi anak2 masih sibuk ngan study group masing2. So, masa gi jalan2 kat Danga Bay semalam (Ahad, 24/08/2008), anak2 semua tinggal kat rumah, kecuali yang bongsu. Kami gi ke Danga Bay dalam hujan renyai2 tu. Mak Su teringin pulak nak makan yang cucuk2 ytang dicelup ngan kuah kacang tu. Kalau dulu, kat tepi Pantai Lido sebelum sampai Danga Bay tu ada le lori2 yang jual benda ni. Sekarang dah tak ada rasanya...

Kami pun jalan2 le kat Dalam Festival Street Mall tu. Sambil cuci mata, sambil meninjau2 kat mana ada jual makanan tu. Nasib baik terjumpa satu restoran Cowboy tu, De' Cowboy Cafe namanya. Kat sini je yang ada nampak jual yang cucuk2 tu. Kami pun singgah le menjamu selera kat situ...



Boleh tahan gak suasana kat situ. Kebetulan orang tak ramai, so boleh pilih tempat duduk yg selesa sikit...


Ole-ole dari kampung...

Hmmm...ari tu janji nak tunjukkan gambar "roti gomboi" dan "roti masin" bila adik sampai dari kampung. Adik dan 2 orang anak sedara tu dah sampai sini hari Rabu lepas. Tapi sibuk punya pasal, tak sempat nak uploadkan gambar roti tu. Baru hari ni sempat uploadkan.

Hah! Inilah rupa roti gomboi tu. Cara makannya : sedap dicicah dengan teh-o panas ataupun kopi-o panas hingga kembang sikit then bolehlah di"ngap". Kalau saya, saya suka dengan teh-o tapi emak saya suka dengan kopi-o. Kat Johor ni saya cuba cari roti ni tapi tak pernah jumpa lagi. Kalau adapun, roti lutut tu (lebih kurang sama ngan ini tapi bentuknya bulat2). Tapi teksturnya tak sama. Roti gomboi ni teksturnya kasar2 sikit tapi roti lutut tu teksturnya lebih halus. Roti ini dikilangkan di Kuala Kangsar. Pasarannya belum sampai ke Johor agaknya, tu sebab tak pernah nampak...



Yang ini pulak ialah roti masin aka biskut osborne (seperti yang tertera kat atas biskut tu). Cara makannya lebih kurang sama dengan roti gomboi tadi. Rendam dalam teh-o @ kopi-o, tunggu sampai kembang (air meresap kat dalam biskut tu...) then "ngap"!.


Kedua2 roti ni mengenyangkan. Tu sebab kalau darurat waktu pagi, roti ni lah jadi sarapan (itupun kalau ada stok simpanan!!). Tiap kali balik kampung, tak pernah missed bekal roti2 ni.

Saturday, August 23, 2008

Teman lama...

Hmm.. masa nak gi makan2 kat Jusco Permas Jaya malam tadi, secara tak sengaja terserempak dengan bekas rakan2 sekerja kat Kiswire ari tu....

Annie ngan Liew.... tengah shopping!!! Diorang kata aku kurus, tapi aku rasa aku makin sihat sejak duduk kat rumah aje.

Dulu masa aku kerja kat Kiswire (satu2nya majikan aku, yang pertama dan terakhir), memang kamceng ngan diorang tu. Rindu pulak rasanya pada teman2 kat Kiswire. Bila lagi kita boleh gathering ya?

Rafidah, Cheng dan Annie..

Chris, Annie dan Mahani


Friday, August 22, 2008

22 Ogos....

22 Ogos muncul lagi. Hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15 tahun. Sedar tak sedar, dah 15 tahun kami menjadi suami-isteri. Alhamdulillah, kami juga telah dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Syukur kami kepadaNya kerana memberikan kebahagiaan dan keharmonian dalam alam rumahtangga.

Untuk hubby, thanks for everything and love you forever.... 004rang!!!


Ini kek ulangtahun kami ke-15....kek cokelat!!


This is me and my hubby......on our 15th anniversary!


Then, sebelah malam, kami keluar makan2 kat Sedap Corner di Jusco Permas Jaya. Kebetulan adik dan 2 orang anak saudara ada kat sini, so joint sekali....

Antara makanan dan minuman yang menjadi pilihan kami.....


Dan kepada teman2 yang telah memberi ucapan, thanks a lot kerana masih ada yang mengingati ulangtahun perkahwinan kami. Moga persahabatan kita berkekalan selamanya.... Dan untuk mereka juga, kami ucapkan moga rumahtangga yang mereka bina juga berkekalan dan bahagia selamanya. Aminnnn!!


Wednesday, August 20, 2008

Kebakaran Tangki Minyak di Tanjung Langsat

Salam...

Tentu semua dah tau pasal kebakaran tangki minyak kat Tg. Langsat, Pasir Gudang tu. Actually, petang Ahad tu (17/08/2008), hubby dan anak2 gi ronda2 kat sana. Mereka pergi ke Pantai Pasir Layar tu...saja pusing2. Memang tak ada yang peliknya kat area tu. Masa tangki tu terbakar, hubby baru aje dalam perjalanan balik melepasi kawasan tangki2 tu. Alhamdulillah!!! Nasib mereka sungguh baik. Anak2 dan hubby terkejut sangat tengok api kat tangki tu. Ada satu kereta tu berhenti memang betul2 kat depan kawasan tangki tu. Nasib baik mereka sempat menyelamatkan diri. Memang amat berbahang apinya. Hubby sempat rekodkan dalam handphonenya kejadian kebakaran tu. Dan snap beberapa keping gambar. Tapi gambarnya tak berapa nak clear sebab guna h/phone je.

Ini salah satu gambar kejadian pada petang Ahad, 17/08/2008 @ 6:56pm.


Saya menetap di Taman Pasir Putih, so dapat nampak dengan jelas asap berkepul-kepulan hitam naik ke udara. Tapi apinya tak boleh nak nampak dari rumah saya.

Malam tadi, kami pergi mengunjungi lokasi kebakaran tu. Of course tak boleh sampai dekat2 dengan tangki tu tapi dari jarak 1km boleh nampak dengan jelas api yang sedang marak menjilat tangki ke-2. Takut gak nengoknya...

Kat bawah ni beberapa gambar yang kami snap malam tadi (19/08/2008 @ 9:00pm)





Lagi gambar2 kebakaran.....


Sunday, August 17, 2008

Sedih....!!!

Salam.
Malam tadi emak buat kenduri sambut Ramadhan kat kampung tapi saya tak boleh nak balik. Kampung saya kat Chemor, Perak. Jauh tu.....

Sedih rasanya sebab raya tahun ni pun kena turn kat kampung hubby. Awal2 raya tu tak berpeluang le nak balik ke Perak atas banyak sebab. Kalau dapat beraya ngan mak sendiri tentu best, kan?

Dalam bulan puasa nanti tak tau le dapat balik ke tak. Kalau dapat, alhamdulillah. Sekurang2nya tak beraya kat kampung sendiri pun dah terubat rindu kat kampung.

Adik kata nak datang sini ngan anak sedara. Samada esok ataupun lusa. Mesti mak kirim bermacam2 barang. Emak memang cam gitu. Kalau nak datang ke sini mesti ada je benda yang dibawanya. Biasanya yang tak pernah tinggal ialah roti gomboi dan roti masin @ roti osborne.

Nak tau camana rupa kedua2 roti tu? Nanti bila adik saya dah sampai sini, saya uploadkan gambarnya. Kat sini mungkin orang panggil biskut dengan nama lain.

Cuti sekolah dah bermula. Anak kedua ada kelas tambahan sepanjang cuti ni sebab dia bakal menduduki UPSR September nanti. Tu yang tak ke mana2 cuti ni. Setakat bawak anak2 jalan dekat2 sini je, tak jadi masalah. Tak le mereka boring sangat sepanjang cuti duduk kat rumah je.

OK. Jumpa lagi!!

Wednesday, August 13, 2008

Kenduri Sambut Ramadhan...

Assalamualaikum...
Hmmm...hari Sabtu lepas ada majlis yassin, tahlil dan solat hajat kat taman ni. Penutup sebelum masuk bulan Ramadhan. Lepas ni tunggu lepas Syawal baru ada majlis yang sama.

Majlis abis (bukan abis, tapi kami yang balik awal sikit) lebih kurang 10:30 malam. Lepas berkemas apa yang patut, kami bertolak balik kampung di Muar. Tengahari esok mak mertua nak buat kenduri sambut Ramadhan pulak. Jam 11:00 malam bertolak. Badan penat, mata mengantuk. Hubby parking jap kat hentian dan lelapkan mata. Lepas sambung balik perjalanan, 1:30 pagi sampai sana. Alhamdulillah.....!!!

Awal pagi semua dah bangun. Masing2 ada tugas yang perlu dilaksanakan..
Sedara mara tedekat datang menghulurkan bantuan tenaga menyediakan menu untuk kenduri hari ini...

Bapa mertua and hubby in-charge of nasi putih...


Inilah 4 orang tukang masak professional jawa untuk ari tu....


Disebabkan menu hari ini ialah "nasi ambeng", masing2 sedang mengambil bahagian masing2 dari dulang yang dihidangkan. Satu dulang dibahagi kepada 4 orang...


Bila ada balance nasi ambeng, ipar-duai pun mencubalah skill masing2 utk membungkus nasi ambeng...






Tuesday, August 12, 2008

Majlis Perkahwinan Sepupu

Salam....
Hujung dua minggu lepas, saya ke Puchong menghadiri majlis persandingan sepupu - anak sulung makcik saya. Selepas hantar Ayong ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang untuk ikut rombongan pasukan pancaragamnya, kami terus bertolak ke KL.

Sampai KL, terus singgah kat Putrajaya, rumah adik. Emak, abang, adik2, makcik2 dan ipar-duai dari kampung berkumpul kat rumah adik tu. Janji nak bertolak ke Puchong bersama2.

Sampai kat Putrajaya dalam pukul 10:00 pagi. Pergi ke Puchong pulak dalam pukul 11:00am. Jumpa le ramai sedara-mara. Majlisnya memang meriah. Tetamu hampir 2000 orang. Jumlah itu le yang dijemput oleh mak sedara tu..

Tema pengantin dan keluarga hari tu semuanya serba keperakan...silver color gitu!!! Baju pengantin, pelamin, baju keluarga - anak2, menantu2 dan cucu2nya - semua sama material dan kaler. Canggih!!!


Lagi gambar2 di majlis persandingan di sini.....


Saturday, August 2, 2008

Ogos Datang Lagi...

Hmm...Ogos datang lagi. Ogos dah datang!! Bulan Kemerdekaan!!
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Bulan Ogos ni jugak saya akan meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-15. Hmmm...sedar tak sedar dah 15 tahun bergelar isteri dan 14 tahun bergelar ibu. Anak yang sulung dah Form 2, yang no. 2 Standard 6 (UPSR September nanti), yg ke-3 Standard 3 dan yang kecik skali bulan 12 nanti genap 4 tahun. Yg sulung aje pompuan, yang lain semua hero2 belaka....

Hari ni dah 2hb Ogos. Esok ada sepupu kahwin kat Puchong. Ingat nak pergi ari ni tapi terpaksa cancel sebab anak ppompuan tu nak gi rombongan ke KL (World Marching Band) hari Ahad nanti. Dia nak gi ikut rombongan bas dengan kengkawan dia jugak. Bertolak pagi Ahad jam 6.30am. Rombongan ni dianjurkan oleh MPPG (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) sebab band sekolah ni di bawah naungan MPPG...Pancaragam Sekolah-Sekolah Menengah Pasir Gudang yang mana ahlinya terdiri daripada murid2 Sekolah Menengah Pasir Gudang 1, 2 dan 3. Pasukan nii baru ditubuhkan pada tahun lepas (2007) dan my daughter adalah salah seorang pioneer pasukan ini.

Adus...ngantuk la pulak. Mmmm..patutla...dah hampir 0100. Si kecik pulak asyik meragam je sebab demam. Tu tengah tidur dgn cool fever tertampal kat dahi. Nak kurangkan panas badan dia.

Jumpa lagi nanti ya!