Friday, March 9, 2012

Apam Beras



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Layan dulu gambar Apam Beras ni ye. Lama dah tak buat apam beras ni. Bukannya susah sangat nak buat apam ni tapi bila M melanda...apa pun tak jadi! Apam ni memang sedap. Saya suka buat kaler pink dan ijau sebab kaler kegemaran Adik. Adik suka bebeno dengan kaler ijau. Apam ni pun dia pilih yang kaler ijau dulu. Dah tak ada kaler ijau, barulah dia ambik kaler pink.






Ini juadah sarapan Adik hari Rabu lepas. Kebetulan ada lebihan nasi yang saya simpan dalam petiais. Selepas subuh, saya siapkan adunan dan perapkan selama 2 jam. Selepas balik dari mengaji, Adik dah boleh makan apam ni. Sebelum ke sekolah kebangsaan pun Adik masih mengulang makan apam ni. Alhamdulillah...senang hari kalau air tangan mendapat sambutan.



Dah ramai yang membuat apam ini. Dan dah tentulah ramai yang tau resepinya. Walau bagaimana pun, sukalah saya untuk sama2 berkongsi sekali lagi resepinya di sini...

APAM BERAS

Bahan-bahan :
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 paket mauripan
  • Pewarna pink dan hijau secukupnya
  • Acuan lompang secukupnya

Cara-cara :
  1. Kisar nasi bersama satu cawan air hingga nasi betul2 hancur dan menjadi halus. Tambahkan air jika perlu.
  2. Masukkan gula dan lebihan air dan kisar lagi hingga gula hancur.
  3. Dalam bekas yang besar, masukkan semua bahan2 lain dan gaul rata.
  4. Tuangkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan kacau bancuhan hingga rata dan sebati.
  5. Perapkan selama 2 jam.
  6. Panaskan kukusan. Balut penutup kukus untuk mengelakkan air daripada jatuh ke atas apam yang dikukus. Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (atau mengikut berapa warna yang diinginkan). Masukkan pewarna pada setiap adunan dan kacau rata.
  8. Susun acuan lompang di dalam pengukus. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang hingga hampir penuh.
  9. Kukus selama 15minit atau sehingga masak.
  10. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang.
  11. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
 

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Yaasiin, Tahlil Dan Kesyukuran



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah, setelah lama AMTPP tidak berkumpul, hari Ahas lepas, 4hb Mac, kami telah berkumpul sekali lagi. Kali ini di rumah PuanMaznah Sapa'ee...orang Sarawak yang dah bermastautin di Semenanjung sejak sekian lama. Maz ni pandai menjahit dan memang menerima tempahan. Juga menerima tempahan untuk kek lapis sarawak. 

Majlis bermula sekitar jam 3:15 petang. Tengahari tu saya sempatlah juga meringankan tulang menolong apa yang patut di rumah Maz. Rumah Maz ni cuma selang 5,6 buah rumah saja dari rumah saya. Banyak juaga juadah yang disediakan. Seperti biasa, Laksa Sarawak memang tak pernah tinggal. Ada roti jala dan bermacam2 jenis kuih sumbangan teman2.




Majlis dipengerusikan oleh Kak Izan. Kak Izan mewarwarkan beberapa aktiviti yang bakal berlangsung pada hujung minggu...
 
Majlis bacaan Yaasiin, tahlil dan doa selamat disempurnakan oleh Ummi (bertudung hijau) dan rakan2nya.


Diantara tetamu2 yang hadir...


 

Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Dan Majlis Anugerah Cemerlang SKTPP



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hmmm...dah seminggu berlalu baru naka update pasal cerita Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 SKTPP yang telah berlangsung pada hari Ahad minggu lepas. Minggu ni memang amat sibuk, jadi tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog saya ini.

Alhamdulillah, kedua2 majlis tersebut telah berjalan dengan sempurna. Majlis dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBG. Kalau Majlis Anugerah dijalankan dulu, mesti dewan akan kosong selepas majlis itu. Biasalah...ramai yang datang hanya untuk Majlis Anugerah tersebut. Alhamdulillah...kehadiran ibubapa dan murid2 yang terlibat amat menggalakkan. Penuh dewan terbuka. 

Alhamudulillah juga sebab pada majlis tersebut, Azrai sempat menghadirkan diri untuk menerima anugerah. Kebetulan dia sedang bercuti waktu tu. Murid2 Tingkatan 1 dan 2 SDAR dicutikan dari hari Khamis hingga hari Ahad (22hb ~ 26hb Februari) sebab SDAR menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan. Asrama merekaa digunakan oleh pemain2 hoki dari seluruh zon selatan.

Majlis bermula sekitar jam 8:30 pagi. Biasalah, majlis dimulakan dengan ucapan oleh YDP PIBG, kemudian oleh Guru Besar. Lepas tu barulah pembentangan program dan kewangan.Selepas pembubaran AJK PIBG Sesi 2011/2012, majlis penyampaian cenderahati kepada AJK dilangsungkan.




Lepas tu barulah pemilihan AJK baru bagi sesi 2012/2013. Tuan Haji Syam dilantik sebagai Pengerusi Sementara. AJK dari kalangan guru2 telah dipilih terlebih awal. Jadinya hanya AJK dari kalangan ibubapa yang dipilih. 

AJK PIBG Sesi 2012/2013 SKTPP :
Penasihat : Tuan Haji Sa'adon bin Hj. Jufrin
YDP : En. Suhaimi bin Suhir
Naib YDP : En. Jasman bin Ehsan (86)
S/U : Mohd Saifullah bin Abd Rahim
Naib S/U : Dayang Azfira binti Abang Ariffin
Bendahari : Siti Kalsom binti Selamat

AJK Guru :
Mohd Hafiz bin Selamat
Mustakim bin Ahmad
Nora Azlin binti Salleh
Mohd Syajrizal bin Abd. Wahab
Ahamda Firdaus bin Abu Bakar

AJK Ibubapa :
En. Mukri bin Harun (70)
En. Ungku Shahrudin (82)
Puan Sabarina (56)
Puan Azita Zain (88)
En. Sham Samseer (86)

Pemegang Amanah :
Fatimah @ Salwa binti Selamat
En. Syed Zainal Abidin (58)

Pemeriksa Kira-kira :
Wan Hasyimah binti Wan Osman
En. Ibrahim (57)


Tengok yang bold, italic, warna merah tu!!! Hahaha...saya terpilih jadi AJK Ibubapa. Ingatkan dah lepas dari SMKPP, tak adalah sangkut kat SKTPP. Tapi...sangkut jugak. Ini gara2 duduk depan dengan penasihat gurulah ni. Jadi, kepada semua ibubapa pelajar SKTPP, jika ada apa2 usul, cadangan dan teguran, bolehlah salurkan melalui saya. InsyaAllah, akan saya kemukan kepada mesyuarat.

Pelajar2 yang akan menerima anugerah dikumpulkan mengikut kategori masing2...





Selepas tamat mesyuarat, AJK baru dan AJK lama sama2 menghadiri jamuan teh yang diadakan di kantin guru bersama dengan tetamu kehormat, YB Datuk Hj. Maulizan bin Hj. Bujang. Selepas itu barulah kami sama2 menuju ke Dewan Warisan dengan iringan kompang sekolah diketuai oleh Cikgu Nukman yang versatile...!


Anakku...Muhammad Azrai bin Abd. Aziz, sekarang berada di Tingkatan 1 di Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Memakai baju batik rasmi sekolah. Hensem!!!

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor oleh kumpulan koir sekolah diikuti oleh coral speaking oleh mereka bertajuk White Onion Red Onion.

Ada "seekor kumbang" sahaja dalam kumpulan koir ni...

Kemudian diikuti oleh bacaan doa oleh Uztaz Salahudin

Ucapan oleh Guru Besar SKTPP, Tuan Haji Sa'adon bin Haji Jufrin

Disusuli oleh ucapan aluan dan perasmian oleh YB Datuk Haji Maulizan bin Haji Bujang, Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Tiram

Selepas tu barulah majlis penyampaian sijil dan hadiah mengikut kategori masing2. Didahului oleh murid2 istimewa...


Diikuti oleh murid2 Tahun 1 2011..


Kemudian anugerah kecemerlangan Kelas Bahasa Inggeris CCM Pintar 2011. Hadiah disampaikan oleh En. Mukri, Pengurus Besar CCM, merangkan bekas YDP PIBG SKTPP untuk satu tempoj yang panjang dan sekarang menjadi AJK Ibubapa bagi sesi 2012/2013.


Selepas itu barulah Anugerah Cemerlang UPSR 2011






Seramai 47 orang telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2011, 4A1B seramai 27 orang dan seorang mendapat 4A1C. Pelajar yang mendapat 5A telah mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100 sumbangan CCM, beserta dengan surat penghargaan dari CCM juga sijil penghargaan dari pihak sekolah. Terima kasih CCM untuk sumbangan2 yang telah mereka berikan. Tahniah kepada anak2 yang telah berjaya.

Monday, February 27, 2012

Kunjungan Seorang Cucu...



Hahaha...tak sangka kan...saya ni dah ada CUCU. Ni ialah salah seorang daripada cucu saya. Namanya Mikael. Berumur 3 tahun. Datang dari jauh ni...dari Chemor, Perak. Mikael datang bersama dengan ibunya, neneknya, pakcik dan makciknya. Ayahnya tak datang sebab bekerja. Ini kali kedua cucu saya ni datang berkunjung. Seronok datang ke Johor sebab naik keretapi. Atok dia bekerja dengan KTM...jadinya dapat tambang murah. Tapi dia belum dikenakan tambang lagi pun...
 

 Dan tak sangka juga, Adik dah jadi PAKCIK!!! Hahaha...Pakcik Adik...!

 Adik bermain dengan Mikael. Adik memang suka melayan budak2. Dan dia pun memang sukakan budak2. Ehem...ehem...gatal pulak kerongkong ni...hihihi!

 Kak Yong (emak Mikael) datang ke JB dengan Anyah dan Alif sebab rindu kat emak diorang (sepupu saya) yang dah dekat sebulan kat JB ni. Anak2 dah merindui emak mereka...tu yang datang ke JB tu. Suami sepupu saya tu bekerja dengan KTM di JB ni. Berulang-alik memandu keretapi dari KL ke Singapore.

 Ini masa mereka dah nak balik...

 Anyah dan Kak Yong yang membuyung....!

 Ber-sms dengan cik abang le tu agaknya...

 Apkcik bermain bola dengan anak sedaranya...hahaha!

 
 Yang ada lesen tak boleh nak memandu sebab tak tau jalan...yang tak ada lesen (bukan tak ada tapi baru aje tamat tempoh...tak sedar..!) pulak tau selok-belok jalan... Hentam ajelah labu...!!!!

Kak Yong dah sms sehari sebelum diorang nak datang ke rumah. Jadinya, malam Jumaat tu dan pagi Sabtu ari tu sempatlah memasak apa yang patut. Kak Yong teringin nak makan dessert2 katanya. Si Mikael pulak memang berkenan dengan apam comel2 tu. So, malam Jumaat tu saya masak Puding Roti. Sos kastadnya saya buat pagi Sabtu. Apam polkadot pulak saya buat malam Jumaat tu juga. Buat satu adunan aje...dapatlah dalam 60 biji++.

Menu saya hari Sabtu tu ringkas aje. Sekadar Nasi 3 Warna @ Nasi Hujan Panas, Ayam Panggan Berempah, Sos Berempah, Puding Roti Sos Kastad, Apam Comel Polkadot dan pisang berangan. Kek Arora masih ada berbaki...merasalah juga diorang.



Friday, February 24, 2012

Ikan Bawal 2 Rasa



Ikan Bawal 2 Rasa??? Aiiikkk...selalunya bukan ke 3 rasa? Haaa...kali ini ada kelainan sikit dengan masakan saya ni. Instead of 3 rasa (speaking kejap...), cuma tinggal 2 rasa je. Lagi 1 rasa dah lari. Kejar kejar...tak dapat....hihihi!


Adik asyik request masak ikan 3 rasa ni. Ok la tu...tak dapat 3 rasa, 2 rasa pun jadilah. Alhamdulillah.



Wednesday, February 22, 2012

Kunjungan Teman FB Dari Manjung






Hari Isnin lepas, saya menerima kunjungan dari kenalan Facebook yang tinggal di Manjung, Perak. Kak Siti Rohaya. Dulunya seorang navy. Dah bersara awal. Sekarang ni Kak Siti ada dua buah kedai kraftangan di Daerah Manjung. Sebuah diserahkan kepada anak bujangnya yang baru berusia 19 tahun. Anak tunggal. Disamping itu Kak Siti juga merupakan seorang kontraktor kecil2an...katanya. Tapi dapat projek sampai ke Johor ni. Tahniah Kak Siti. Moga Kak Siti akan berjaya dalam segala bidang.

InsyaAllah, pada hari Ahad ini, 26hb Februari, Kak Siti akan pergi menunaikan umrah bersama dengan suami, anak bujangnya dan juga seorang anak saudaranya. Moga Kak Siti selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair. Dan moga dipermudahkan semua urusan di sana. InsyaAllah. 

Kak Siti sampai ke rumah saya pada waktu malam. Rasanya dalam sekitar jam 8:00 malam. Kak Siti datang bersama dengan anak bujangnya, Aliff, dan juga Kak Karina dan suaminya. Mereka sebenarnya baru balik dari Tanjung Pengelih...ada kerja di pengkalan TLDM di sana. Kak Karina pulak tinggal di Taman Sutera, Perling. Malam tu saya sempat jamu mereka dengan puding roti kuah kastad dan cistat je. Siang hari tu saya sibuk buah tempahan Kak Siti pulak. Last minute Kak Siti order cistat dan apam polkadot. Tapi saya sempat juga bakarkan sebiji almond chocolate brownies untuk Kak Siti.

 Puding Roti Kuah Kastad...tapi masa hidangkan pada Kak Siti aritu, buah stroberi tu tak ada...



Buat cistat lebih sikit untuk dihidangkan pada tetamu...

 Puding Roti ini saya buatkan untuk Kak Siti bersama dengan kuah kastadnya untuk dibawa balik ke Manjung.



Almond Chocolate Brownies ini pun saya buatkan istimewa untuk Kak Siti sebagai buah tangan.




Apam olkadot dan bluberi cistat ini pula ialah tempahan daripada Kak Siti. Kak Siti menempah bluberi cistat sebanyak 100pcs dan apam polkadot pun 100pcs juga. Terima kasih Kak Siti untuk tempahan ini.

InsyaAllah, jika ada keizinanNya, kita jumpa lagi di lain masa. Kalau datang ke Johor lagi, jangan lupa singgah ke rumah saya lagi ya!!! Selamat menjalani ibadah umrah hujung minggu ini. Doakan untuk saya sekeluarga ya. Moga selamat pergi dan selamat kembali.