Sunday, May 10, 2020

Hari Ibu

 

Tak bercadang pun nak sambut Hari ibu sebab setiap hari pun hari ibu. Hari-hari hari ibu. Kannnnn! Tapi anak-anak buat kejutan. Memang perasan hari Jumaat tu Ayong ada terima satu bungkusan. Dapat2 je bungkusan tu, dia terus bawak masuk ke dalam bilik bawah tu. SImpan dalam petiais kecik tu. Saya buat tak tau je sebab ingatkan dia order kek ataupun makanan yang perlu disimpan segera dalam petiais.

Selepas solat Isyak & terawih berjemaah dengan MyKanda dan anak2, duduk2 je depan tv tu. Telekung masih dibadan. Masa tu la anak2 bawak cistat ni keluar daripada bilik bawah tu. Kali ini kami cukup berenam. Cukup korum. Senang hati bila anak2 ada depan mata.

Alhamdulillah. Anak2 pun dah besar. Seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Si bongsu pun dah Tingkatan 4. Emak pun dah semakin berusia. Tahun ni masuk 53 tahun dah umur mak. Kalau ikutkan, umur umat Nabi Muhammad saw ni, paling lama pun 63 tahun je. 

YaAllah, Engkau kasihanilah anak2ku YaAllah. Engkau lindungilah dan peliharalah mereka daripada segala kesesatan, musibah  dan bala bencana serta wabak yang sedang melanda YaAllah. Engkau ampunilah segala dosa mereka YaAllah. Jadikanlah mereka anak2 yang mendirikan solat YaAllah, jadikanlah mereka anak2 yang mencintai Al-Quran YaAllah. Jadikanlah mereka anak2 yang berjaya di dunia dan di akhirat YaAllah. Semoga mereka sentiasa bersyukur kepadaMu YaAllah. Engkau terimalah segala amalan solat mereka, puasa mereka, bacaan Al-Quran mereka, sedeqah jariah mereka dan segala amal ibadah yang telah mereka lakukan YaAllah. Andai kata ada kekurangan di dalam solat mereka, puasa mereka, bacaan Al-Quran mereka dan segala amalan mereka, Engkau tutupilah dengan rahmat dan kasih sayangMu YaAllah. YaAllah, Engkaulah yang Maha Pengasih, MAha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat YaAllah. Aamiin Allaumma Aamiin...

No comments: