Tuesday, May 26, 2020

1 Syawal 1442H - Raya PKP

1 SYAWAL 1442H | AHAD | 24.05.2020

Suasana Syawal yang sangat2 berbeza daripada yang sebelum2 ini. Sambutan 1 Syawal dalam suasana PKP. Terkurung sejak 18.03.2020. Segala2nya dilakukan dalan suasana PKP. Sekolah2 semua ditutup. IPTA, IPTS pun sama. Sektor swasta banyak yang mengamalkan kerja-dari-rumah. Tak kurang juga yang mengurangkan bilangan pekerja. Ada juga yang memotong gaji bulanan.

Alhamdulillah. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab. Tiada solat fardhu mahupun solat sunat di masjid2 ataupun surau. Allah gantikan dengan memberi peluang berjemaah bersama ahli keluarga di rumah sendiri. Anak2 lelaki dan para suami mengambil alih tugas sebagai imam.

Alhamdulillah, kami juga melakukan perkara yang sama. Berjemaah bersama2, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan. Tiada solat sunat terawih di masjid, kami berjemaah di rumah. Awal Ramadhan, MyKanda yang menjadi imam. Selepas itu diambil alih oleh Adik. Seterusnya AbangNgah. Selepas AbangYang dapat balik, dia pula yang ambil alih tugas. Alhamdulillah.
Solat sunat Aidil Adha kami lakukan bersama2 di rumah. MyKanda berpeluang membacakan kutbah Aidil Fitri berpandukan teks yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Sambil2 tu, tokok tambah apa yang perlu. Tapi disebabkan oleh faktor kesihatan, MyKanda tak boleh berdiri semasa membacakan khutbah. Bertongkat pun tidak. Tak wajib.
Selesai solat, kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dulu. Hahaha...macam2 pesen deme adik-beradik ni kalau dah berkumpul. Tapi sumpah...bahagianya rasa bila tengok adik-beradik bergurau, usik-mengusik begitu. Semoga mereka tidak bercakaran hingga ke hujung nyawa mereka. Aamiin...
Juadah kami di pagi Syawal. Set ketupat, kuah kacang, serunding kelapa, ayam masak kicap, kuah lodeh, rendang daging ditempah daripada Asyifa' Catering.  Nasi impit segera tu rebus sendiri. Rendang ayam pun masak sendiri.
Set yang ini pula, juadah pemberian jiran selorong, Emy. Rendang udang galah yang susah nak dapat tu. Terima kasih Emy. Selamat hari raya, maaf zahir batin.


No comments: