Tuesday, June 19, 2012

Pulut Kuning Dan Rendang Ayam



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.


Pulut kuning dan rendang ayam lagi. Kali ini bukan hasil tangan saya tetapi hasil tangan biras saya yang sulung. Sebenarnya inilah kejutan yang saya bagitau dalam FB siang tadi. Hehehe...sekadar pulut kuning dan rendang ayam.


Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-45 (17hb Jun 2012). Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk menikmati kehidupan di bumiNya. Biasanya setiap tahun hubby akan berikan saya sebemban bunga ros segar. Kuantiti kuntuman ros tersebut adalah mengikut umur. Sepatutnya tahun ni saya dapat 45 kuntum bunga ros tapi keadaan tidak membenarkan. Kami berada di kampung hubby hujung minggu ari tu. Tapi hubby still buat kejutan untuk saya. So sweet...!


Pagi Ahad tu, semua ipar saya bersama hubby, FIL dan anak2 saya ke kebun kelapa sawit. Memang kena giliran menyawit hari minggu tu. Pagi tu pulak, saya menaggung sakit gigi yang amat sangat. Dah makn pain killer tapi kesannya agak lambat. Menitis airmata menahan kesakitan. Tapi Alhamdulillah...menjelang awal petang kesakitannya berkurangan. Pada sebelah petang, saya dan hubby serta anak2 ke pekan Parit Jawa...membaiki cermin mata Abang Yang yang tertanggal skrunya. Lepas tu terus ke Parit Yusof...ke kedai cash and carry yang selalu kami pergi setiap kali balik kampung. Banyak barang2 di situ yang murah2 berbanding dengan di Pasir Gudang. Yang selalu saya borong ialah susu rendah lemak / susu penuh krim. Kali ini saya borong 15 kotak x 1 liter setiap kotak. Lepas tu borong susu pekat manis.

Dalam perjalanan nak ke pekan Parit Jawa tu, saya terima satu SMS daripada anak buah saya, Nana. 
Nana : Rendang dah siap. Datang ambil ye sebab tak ada motor nak hantar...
Saya : Rendag apa?  (soalan orang kebingungan...)
Nana : Sori...silap. Nak hantar mesej kat kawan mak...silap hantar pulak.
Saya : Tak kiraaaa...nak jugak! (saja2 jer...)
Nana : Ok...nanti mak pergi baruh.



Saya pun beritahu pada hubby pasal SMS Nana ni. Hubby buat muka selamba jer...macam orang tertanya2 je gayanya. Balik dari beli barang2 tu, saya lewat sikit masuk ke dalam rumah sebab mengeluarkan barang2 dari kereta. Sampai je di dapur, hubby tunjukkan satu mangkuk sambil berkata, "Haaa...ni la rendang yang salah hantar tadi!". Saya pun jawab, "Hehehe...dapat rasa juga ya!". Ingatkan memang Mak Long (ipar sulung) saja hantar untuk minum petang. Lepas tu saya nampak pulak pulut kuning satu tipuware. Hubby dan BIL dah ketawa2 sambil berkata, "Ni lah yang salah hantar tadi...". Akhirnya persoalan saya terjawab...rupa2nya hubby minta Mak Long masakkan pulut kuning dan rendang ayam ni. Dia pesan masa keluar nak pergi menyawit awal2 pagi tu. Haaaa...terkena aku! Terus saya peluk hubby walaupun masa tu di depan FIL, MIL dan ipar2 duai yang lain. Hehehe...sayang hubby!


Dengan pertolongan adik ipar, pulut kuning dan rendang tu dihias serba ringkas. Kebetulan hari tu juga merupakan hari bapa. Jadinya kami raikanlah bersama2. FIL membacakan sedikit doa sebelum kami menjamu selera.

3 comments:

Anna Qawina said...

wauu..seriau baca...malu2 cat saya..hihi...hepi belated besday kak..sure gempak mil tgk menantu peluk ank dia..kikikii

Azita Zain said...

Anna :
Tu aksi spontan jer tu. Diluar kawalan. Nasib baik setakat peluk2 jer, kalau ****...? Awwww....

adda syuhada said...

bestnya dpt suprise dr hubby yer..sy xpernah dpt suprise..asal nk wat suprise jer kantoiii..langsung xmenjadi..