Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini, 17hb November 2011, telah diumumkan keputusan peperiksaan UPSR bagi tahun 2011. Alhamdulillah...anak saya, Muhammad Azrai, telah berjaya mendapat keputusan 5A. Syukur kepadaMU! Juga tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.
Keputusan di SKTPP hanya akan diumumkan selepas jam 11:00 pagi. Tapi saya ni terlebih excited dan terlebih berdebar2. Seawal jam 9:30 pagi saya dah siap. Dalam pada bersiap2 tu, sempat jugaklah menyidai kain-baju yang dah dibasuh. Abang Ngah pulak saya larang ke sekolah hari ni. Dia kena tunggu Adik balik dari sekolah agama sekitar jam 10:30 pagi. Saya ke sekolah bersama dengan hubby. Hehehe...hubby 'lari' kejap dari tugasnya. Kami merupakan di antara ibubapa2 yang sampai awal ke sekolah. Masa tu calon2 UPSR dah berkumpul di dewan terbuka tu. Begitu juga dengan murid2 Tahun 4 dan Tahun 5. Semuanya dikumpulkan di dewan terbuka tersebut.
Sebahagian daripada calon2 UPSR lelaki...
Sebahagian daripada calon2 UPSR perempuan...
Majlis bermula sekitar jam 11:15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti oleh ucapan oleh Guru Besar. GB mengumumkan jumlah calon yang berjaya mendapat 5A ialah seramai 47 orang (kurang 2 orang daripada tahun 2010). Walau bagaimanapun peratusan lulus adalah meningkat berbanding tahun lepas. Saya tak dapat nak masukkan statistik yang diumumkan oleh GB tadi sebab saya tidak mencatatkannya. Main ingat2 jer...tapi yang dapat 5A tu memang betullah.
Calon2 yang mendapat 5A dan 4A telah diberikan sehelai kain pelikat sebagai cenderahati. Begitu juga untuk calon2 yang mendapat A. Satu A dapat RM10. Kalau 5A dapatlah RM50. Hadiah wang tunai ini adalah sumbangan daripada salah seorang ibubapa kepada calon UPSR. Murah hati sungguh Hamba Allah tu. Moga dilimpahkan rezeki kepadanya.
Muhammad Azrai bin Abd. Aziz...
Masa mula Cikgu Mohd Noor mengumumkan nama2 calon yang mendapat 5A, saya punyalah berdebar2. Saya berdiri di depan pentas. Snap gambar setiap calon yang dapat 5A. Tapi bilalah nama anak sendiri nak dipanggil. Kat atas pentas tu dah ramai dah yang naik...nama Azrai masih belum dipanggil. Sejuk dah tangan saya ni (tapi tetap snap gambar gak...). Tapi bila Cikgu Mohd Noor panggil aje nama dia, terus saya bersorak sambil mengucapkan syukur kat depan tu. Tak kisah dah orang tengok ke tidak. Ehh...entah2 ada orang candid saya masa tu! Kalau ada....malunya...!!!
5A
4A
3A
7 comments:
alhamdulillah...tahniah sekali lagi kak... lia tumpang gembira :)
As'salam...Alhamdullilah...syukur x terhinga...tahniah buat akkk sekeluarga terutama buat ank akk ye...seronok baca catatan akk ni sy tumpang bangga juga...
Congratulation buat ibu dan anak.
alhamdulillah, tahniah!
tahniah Muhammad Azrai bin Abd. Aziz dan akak sekeluarga... semuga sentiasa berjaya Dmasa akan datang..
Ita, tahniah buat anak Ita tu yea..moga terus berjaya...mst mintak hadiah best2 nih...hehe
Lia :
terima kasih...
Sheila :
alhamdulillah...usaha dia membuahkan hasil...dan terima kasih.
Yan :
thanks a million Yan...
Liasari :
alhamdulillah...terima kasih.
Ayang :
Thanks Ayang...moga dia akan berjaya di masa hadapan.
K.Ummi :
terima kasih kak ummi. hadiah? hihihi...dia mintak jam tangan g-shock...tunggu abis exam SDEA (sijil darjah enam agama) baru gi cari...
Post a Comment