Tuesday, September 13, 2011

Peperiksaan UPSR Bermula



Salam sejahtera dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua pengunjung. Hihihi...masih dalam bulan Syawal kan...so belum terlewat nak wish Selamat Hari Raya...kan? Dah lama tak meng"update" blog ni.Ada rintangan yang melintang yang membataskan masa untuk mengadap lappy. Nak guna Galaxy jer...payah jugak. 

Sekarang ni musim peperiksaan dah tiba. Hari ini dah bermula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid2 Tahun 6 di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangssan di seluruh negara. UPSR akan berlangsung selama tiga hari sehinggalah hari Khamis nanti (15hb September 2011). Anak saya adalah salah seorang daripada calonnya. MUHAMMAD AZRAI BIN ABD. AZIZ...

Gambar ni semasa sedang berbuka puasa akhir Ramadhan yang lepas di kampung...

Kepada MUHAMMAD AZRAI BIN ABD. AZIZ...moga anakku tenang dalam menjawab soalan2 peperiksaan dan moga dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT. Moga anakku akan mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Walau bagaimanapun, keputusan UPSR ini bukanlah penentu untuk kehidupan di masa hadapan tetapi sekurang2nya boleh menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Kepada semua calon2 UPSR 2011 di seluruh Malaysia...
GOOD LUCK!!!



4 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya juga buat kak ita...semoga anak2 kita semua dapat menjawab soalan2 dengan tenang..dan semoga anak2 kita semua akan berjaya dgn cemerlang..amin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Ita..Good lauck tuk anak k.ita.Anakbuah atie pon exam gak aritu...hope semua yg ambik UPSR tahun ini akan beroleh kejayaan.Atie blh rasakn debaran k.ita skrg...sbb dh melaluinya..

Siti Idayu Rafida said...

Alhamdulillah..dah selesai anak-anak kita menempuh UPSR..debar menanti keputusannya pula.hopefully mereka berjaya..tengok soalan tidaklah terlampau susah.

kak ina kl said...

semuga anak-anak kita berjaya dalam bidang akademik dan agama. selamat hari raya ita.