Wednesday, August 10, 2011

Nasi Goreng Dan Kuih Bakar Almond



Petang 5 Ramadhan, saya menjamu Nasi Goreng dan Kuih Bakar Almond sebagai juadah berbuka puasa untuk keluarga. Nasi putih memang dimasak seawal jam 2 petang...sempatlah nasi tu sejuk dulu sebelum digoreng.



Kuih Bakar Almond ni pulak saya bakar seawal jam 2 petang jugak. Kuih ni kena bakar awal2...kalau tidak tak sempat pulak nak sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Saya memang suka kuih ini...sedap! Elok jer lembut, manisnya dan juga lemaknya. Memang menepati citarasa. Pernah juga ke bazar Ramadhan. Memang ada berbagai2 jenis lauk-pauk serta kuih-muih tapi macam tak berselera je menengoknya. Kami berbuka sekadar dengan makanan yang ringkas2 aje. Paling kokak pun, cukup sekadar ada nasi putih dan sejenis lauk. Anak2 tak makan sayur sangat, so kadang2 sekadar ada ulam2 sahaja. Hubby memang tak cerewet langsung pasal makan ni. Ikutkan hubby, cukup sekadar ada nasi putih, kicap dan telur dadar (lebih kurang macam si Adik jugak...). Tapi nak meraikan anak2 yang berpuasa, saya sedikanlah juadah yang sedikit grand gitu...(grand ke???)

Resepi asal Kuih Bakar Almond ni ada di sini tapi saya dah gantikan kuantiti tepung. Asalnya 2 cawan tepung tapi saya ganti dengan 1 1/2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk almond. Juga saya gunakan almond nibs sebagai gantian kepada badam untuk ditabur di atasnya sebelum dibakar.

Ini Kuih Bakar Almond yang baru keluar daripada oven...

Yang ini baru dikeluarkan daripada loyang...

Haaa...ini dah siap untuk dingap...!!

2 comments:

Kak Aya said...

gebu elok je kuih bakar tu..mak saya suka sgt kuih bakar ni.

Azita Zain said...

Kak Aya :
Saya memang suka sangat dengan kuih ni. Lebih sedap buat sendiri. Kadang2 tu kalau beli ada je yang tak kena selera kat tekak ni...