Monday, July 5, 2010

Cerita Minggu Lepas - Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Nyaris2 nak bersawang rumah saya ni. Allahhuakbar...sejak kebelakangan ni, kekurangan masa untuk mengemas rumah ini. Pembantu pun tak ada untuk menolong. Jadinya terpaksalah buat sendiri semuanya... ALhamdulillah...masih ada kudrat untuk melakukannya.

Ini cerita hari Isnin minggu lepas. Dah seminggu berlalu, baru nak kemaskinikan al-kisahnya. Minggu sebelum tu, ada order kek lapis chocoberry ni daripada Ima (Mawar Merah). Sepatutnya saya pergi ambil di rumah Ima tapi sebab Ima memang nak pergi jalan2, dia hantar kek tersebut ke rumah. Alhamdulillah...sebab masa tu saya tengah menyiapkan tempahan jugak.

Sebiji Kek Lapis Choco-Berry yang memang sedap...

Dipacking dalam kotak yang sangat cantik...

Sungguh rapi lapisan2nya...

Disamping menghantar kek lapis tersebut, Ima juga bagi saya ole2 dari Pantai Timur. Awal cuti semester ari tu, Ima balik ke kampung. Dia bawak balik keropok2 ni. Alhamdulillah...dapatlah 2 paket sebagai buah tangan dari Ima. Terima kasih daun keladi ya Ima...!

Cap Piala dan Cap Ikan Paus...
Mesti besar keropoknya sebab IKAN PAUSssss.....!

Selepas digoreng...memang kembang besar! Saya goreng unutk minum petang...

Pada hari yang sama, Ayong ada latihan dan rehearsal di Menara Aqabah. Biasanya mereka habis sekitar jam 5:00 petang. Tapi hari tu mereka habis lambat. Hampir jam 7:00 malam baru Ayong hantar mesej mengatakan latihan dah abis. Saya pergi jemput dia di stadium.

Dalam perjalanan tu, saya terlihat pemandangan yang amat cantik...matahari terbenam! Memang saya ada bawak DC, jadinya masa berhenti di lampu isyarat, saya sempat snap pemandangan tersebut...

Mentari merah di ufuk barat...

Sekitar jam 6:00 petang di sekitar rumah...

Air mineral yang Ayong bawak balik dari latihan.. Cetakan khas sempena pelancaranMPPG.


3 comments:

Anonymous said...

salam kak ita...ima ni baru sampai dr kg mlm tadi...terima kasihlah ye tolong promote kek lapis tu..terima kasih jugak sebab dah 2 kali beri kepercayaan pada ima ngoder kek lapis tu...harap kak ita berpuas hati dan moga rezeki kak ita bertambah...

Azita Zain said...

waalaikumsalam ima...
balik kg lagi? kek ima tu mmg sedap... promo le lebih2 skit. hehehe...

Anonymous said...

aha..balik kg lagi,tapi 2 hari je..kenduri 40 hari arwah ibu mertua...