Thursday, July 22, 2010

Abok-Abok Mini

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Awal2 pagi semalam, tekak ni macam teringin sangat nak makan sesuatu yang diperbuat daripada sagu. Stock sagu memang ada, kelapa hubby dah belikan pada malam sebelumnya. Alamak...gula merah pulak tak ada! Hajat dihati nak masak Abok-Abok untuk sarapan. Tak kesampaian la pulak.... Akhirnya, biji2 sagu serta kelapa parut saya simpan semula. Masak jemput2 jer pagi semalam.


Selepas Adik ke sekolah, saya pergi ke pasar. Hajat dihati nak mencari ikan2 jer. Muak dah rasanya asyik ayam je. Daging dah lama tak makan sebab hubby tak boleh makan daging yang berdarah merah. Ada tak daging yang berdarah selain daripada merah?

Selepas membeli sedikit ikan dan sayur2an, saya menuju ke gerai yang menjual barang dapur Saya ambil gula merah sepaket. Sebelah petang hujan turun dengan lebatnya. Biasalah...bila hujan2 ni perut sentiasa minta diisi. Maka jadilah Abok-Abok Mini ni....



Saya gunakan acuan lompang yang molek2 tu. Masukkan satu sudu kecik sagu yang telah digaul dengan kelapa parut, lepas tu letak sedikit gula merah tadi dan tutup dengan satu sudu kecil campuran sagu lagi. Lepas tu kukus hingga warna sagu bertukar ke lutsinar.


Angkat dari kukusan dan sejukkan sekejap. Lepas tu bolehlah dikeluarkan dari acuan lompang tadi. Lepas tu saya tangkupkan dua biji supaya dia jadi bentuk bulat....hehehe...
Alhamdulillah...sedap dimakan waktu masih suam2. Kena pulak dengan Teh Tarik....


2 comments:

Ummi Hajjah said...

wah...inilah ropa kuih hasil gula merah tempoh hari.Bolehlah kita cuba pulak.

Azita Zain said...

kak izan...
tu yg sibuk2 nak cari gula merah ari tu....
teringin nak makan kuih abok2 ni la...
alhamdulillah...dapat rasa dah!