Wednesday, September 30, 2009

Diari Raya - Balik Kampung

Dah nak masuk 2 minggu berhari raya, baru sempat nak bercerita pasal nak balik raya ke kampung. Tak basi lagi, kan? Bercerita pasal balik kampung ni...tahun ni kena turn beraya di Chemor, kampung saya. Beraya kena ikut turn sebab jauh, satu di Muar dan satu lagi di Chemor. Kalau mula2 dulu memang balik ke dua2 kampung. Kalau raya pertama di Muar, pagi raya kedua mesti bertolak balik ke Chemor. Dan begitulah sebaliknya. Tapi sejak lebih 10 tahun lepas, kami hanya balik ke satu kampung je. Kalau beraya di Muar, kebarangkalian untuk beraya di Chemor amat tipis. Tapi kalau beraya di Chemor dulu, hujung minggu yang berikutnya mesti balik ke Muar. Aci ke tak aci??? Apa yang penting???....kerjasama dan persefahaman!!!!

Sambung cerita pasal nak balik kampung tadi. Minggu terakhir berpuasa tu hubby dah merancang perjalanan kami. Akan bertolak pada hari Jumaat malam Sabtu, sebelum tengah malam. Mungkin masa tu jalanraya dah kurang sikit kesibukannya. Tapi pada tengahari Rabu tu, hubby balik waktu rehat tu. Tak lama selepas hubby duduk, dia ambil tangan kanan saya dan genggam dengan kedua2 belah tangannya. "Abang mintak maaf zahir dan batin ya!!! Kita kena balik hari Sabtu tengahari sebab Sabtu pagi abang kena gi kilang lagi", katanya. Saya pun tarik muka...merajuk la konon2nya! Merajuk kejap tu jer...lepas tu ok balik sebab saya faham kerja dia macam mana. Sabtu pun Sabtu la....asalkan balik!

Pagi Sabtu tu saya pun berkemas2 le mana yang patut. Dah keluarkan kain-baju mana yang nak dibawa balik. Siap senaraikan barang yang nak dibawa, takut ada yang tertinggal. Kuih-raya, serunding raya, kerepek raya, duit raya, seterika, songkok, kasut, toiletteries, pin + brooch, dan lain2. Bila hubby balik, barulah masukkan barang ke dalam beg2 dan kotak2. Pukul 12:30 tengahari kami bertolak. Hubby ajak ikut highway baru Senai-P.Gudang-Desaru. Highway ni baru aje dirasmikan pembukaannya dan baru pertama kali kami nak mencuba jalan ini. Dari P.Gudang ke Senai cuma mengambil masa 27 minit tanpa sebarang kesesakan. Bagusnya highway ni, memudahkan perjalanan dan dapat mengelakkan kesesakan di highway P.Gudang berhampiran dengan Carefour tu. Lagipun sekarang ni highway baru tu masih free lagi, belum dikenakan sebarang bayaran tol. Plaza tol memang ada tapi mereka cuma bagi kad transit je.



Perjalanan berjalan lancar sebab tak banyak kenderaan di lebuhraya. Agaknya orang dah ramai yang balik kampung malam hari Jumaat malam Sabtu tu. Bila sampai ke Sungkai / Trolak, hari pulak hujan agak lebat jugak. Masa ni baru le jalan jadi perlahan sikit disebabkab oleh hujan tersebut. Ingatkan nak ler bebuka bersama2 emak di kampung untuk hari terakhir puasa tu tapi tak sempat juagk. Kami berbuka di dalam kereta je, di simpang lampu isyarat di Tasek. Tak sempat sampai kampung pun. Berbuka pun setakat air bertapis je. Sampai rumah mak baru le berbuka dengan sempurna. Alhamdulillah!!! Selamat sampai ke kampung dan selamat berbuka!


No comments: