Minggu ini saya berlari dan berkejar ke sana sini menguruskan permohonan Abang Ngah. Pertama permohonan ke SMKAJ. Kedua, permohonan semakan semula keputusan peperiksaan UPSR yang lepas. Ketiga, permohonan kad pengenalan (12 tahun).
Pagi Isnin pergi ke sekolah kebangsaan untuk dapatkan pengesahan semua salinan dokumen2 yang berkenaan. Petang Isnin pergi ke Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Pusat Islam Iskandar untuk ambil borang permohonan ke SMKAJ. Malam tu terus isi maklumat yang diperlukan dan kepilkan dokumen2 yang perlu. Hmmm...masih ada dokumen yang tak ada. Perlu dapatkan dari pihak sekolah agama.
Masa berjalan keluar dari sekolah kebangsaan, ternampak guru2 sedang melukis dan mewarna pada lukisan pada dinding jalan utama.
Selasa pagi pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)di Pusat Bandar untuk proses permohonan kad pengenalan Abang Ngah. Jam 8:30 pagi sampai kat JPN, nombor pulak dah habis!!! Kena datang esoklah pulak. Kata mereka, 6:30 pagi dah ada orang yang beratur untuk dapatkan nombor. Sedangkan pintu JPN cuma akan dibuka jam 8:00 pagi. Then terus ke sekolah kebangsaan untuk dapatkan komen dan sokongan Guru Besar untuk permohonan SMKAJ. Lepas tu terus ke sekolah agama untuk dapatkan komen dan sokongan Guru Besar sekolah agama tapi hampa sebab tak ada ustazah yang bertugas hari ini. Bila ada ustazah yang bertugas nanti, kerani sekolah akan inform. Then pergi ke Pejabat Pos di Tesco Sri Alam untuk beli setem2 dan jugak money order @ postal order (bayaran untuk semakan keputusan peperiksaan). Saja pergi kat Tesco tu sebab Pejabat Pos kat Pasir Gudang selalunya ramai sangat orang yang berurusan. Kat Tesco tu tak perlu tunggu lama sebab tak ramai orang. Masa nak claim rebet minyak kereta hari tu pun gi kat Tesco jugak. Sekejap je selesai urusan.
Dah selesai urusan kat Pejabat Pos, saya pun ronda2 le kat dalam pasaraya Tesco tu dengan Abang Ngah. Saja jamu mata alang2 dah sampai tu. Ada jugak barang dapur yang hendak dicari dan dibeli.
Sambil jalan2 kat dalam Tesco tu, saya snap le beberapa gambar guna h/phone aje.
No comments:
Post a Comment