Tuesday, November 11, 2008

Minggu Akhir Persekolahan 2008

Macam-macam aktiviti anak2 kat sekolah bila dah sampai ke mingu terakhir persekolahan ni.

Ayong : Minggu ni sekolah cuma 2 hari aje sebab SPM sedang berlangsung dan kelas2 digunakan. Hari Rabu dan Jumaat aje bersekolah, itupun dua2 hari tu ada jamuan. Hari Rabu jamuan kelas dan hari Jumaat jamuan untuk Kelab Pancaragam. Hari Jumaat dia kena bawak rendang - sebarang rendang. Nak masak rendang apa ya? Daging? Ayam? Ahh..nantilah!

Abang Ngah : Minggu ni menghadapai peperiksaan SDEA untuk sekolah agama, mula hari Isnin sampai hari Khamis. Sekolah kebangsaan release murid2 yang menduduki SDEA jam 12:30 tengahari. Moga2 dia akan berjaya dan dapat menjawab soalan2 yang diberikan. Kat sekolah kebangsaan pulak, dia menolong guru menyediakan borang kemasukan ke sekolah menengah. Dan yang paling penting ialah keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari Khamis ini.

Abang Yang : Isnin - dapat buku pinjaman. Selasa - ada larian "merentas lorong" instead of merentas desa. Rabu ada lawatan. Jumaat ada jamuan. Siap tanya pada emaknya, nak bawak apa pergi sekolah hari Jumaat ni untuk jamuan tu. Itu kat sekolah kebangsaan.

No comments: