Saturday, December 25, 2021

Tanda-tanda Awal Melahirkan

 

25.12.2021 | SABTU

Awal pagi, MyKanda ajak keluar sarapan. Dia bawa ke Kg Pasir Putih (KPP), ke kedai makan Hj Basir. Kenapa MyKanda bawak ke KPP? Sebab lepas sarapan MyKanda nak buat x-ray di Poliklinik Rozikin di KPP tu untuk melengkapkan ujian kesihatannya (mediacal chekup).

Lama juga menunggu dalam kereta masa MyKanda buat x-ray. Malas nak ikut turun.

Masa ni, Ayong ada mengadu sakit macam period pain tu. Ikutkan jangkaan doktor, memang hari ini, 25hb Disember. Saya suruh Ayong patau kekerapan sakitnya. Nak dijadikan cerita pulak, si Haziq pagi ni pergi kerja. Sampai si kilang, tak ada orang. Ada pak guard aje. Hahahaaa...! Ater, hari ini kan ke cuti umum, cuti hari Krimas. Mana ada orang kerja. Sudahnya, dia balik je semula ke rumah...

Bila Ayong kata dia dah asa rasa sakit sikit2, balik dari KPP, terus arahkan AbangYang, Adik dan MyKanda kemaskan rumah. Ruang bawah disusunatur semula. Katil bujang AbangNgah bawak turun ke bawah. Sofa pindah sana. Meja putih - meja Al-Quran mak - pindah situ. Kerusi kayu letak sana. Vakum kapet semua. Siap!!! Okay, kita rehat dulu...

No comments: