Thursday, May 6, 2021

Juadah Berbuka 22 - 24 Ramadhan 1442H

 

Menu berbuka 22 Ramadhan 1442H | 04.05.2021 | SELASA

Dah panaskan lebihan berbuka hari2 yang sebelum ini tapi MyKanda balik bawa set sate pula. Jadinya, yang dah dipanaskan tadi masuk semula dalam petiais. Ada juga nasi impit dan 2 keping murtabak. Tapi saya makan cuma 4 cucuk sate, nasi impit sikit dan juga spagheti goreng sikit.

Menu berbuka 23 Ramadhan 1442H | 05.05.2021 | RABU
Lagi lagi panaskan semula lebihan berbuka semalam. Sate, martabak, buah tembikai - lebihan semalam dan hari sebelumnya. Nasi tu diberikan oleh Hajjah Maihana. Hajjah Maihana nak pinjam rehal dari surau untuk majlis khatam Al-Quran di Rumah Anak Yatim Darul Hannan. Saya ditugaskan untuk menyerahkannya kepada Hajjah Maihana. Sebelum tu, saya singgah di Pondok Makan dulu. Beli roti john dan kuih nona manis tu. Roti john tu saya cuma hidangkan separuh je. Separuh lagi simpan. Kalau keluarkan semua, memang tak habis makan.
Menu berbuka 24 Ramadhan 1442H | 06.05.2021 | KHAMIS
Nampak kan? Hari ketiga dah sate tu. Roti john tu lebihan separuh semalam. Nasi goreng tu baru goreng paetang ni. Nasi yang dalam bekas tu pulak, ada lebihan sebekas semalam punya. Bubur lambuk tu pemberian Niza Nurihan. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan olehNYA.

No comments: