Thursday, May 21, 2020
Saturday, May 16, 2020
15.05.2020 - Agihan Jajan Raya Dan Hadiah Birthday
15.05.2020 | JUMAAT | 22 Ramadhan 1441H
Alhamdulillah. Satu lagi program anjuran Kelas Tadarus Dan Tadabbur (TDT) dibawah naungan Ustazah Hajjah Siti Maisarah. Program menyantuni semua ahli TDT di bulan Ramadhan yang mulia. Sedikit buah tangan kepada semua ahli. Pengagihan jajan raya disampaikan juga bersama dengan hadiah ulangtahun kelahiran bagi bulan April dan Mei, sumbangan kepada ibu2 tunggal dan sumbangan kepada anak2 istimewa.
Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan pengagihan kami.
Ada kuih raya, hadiah ulangtahun kelahiran, sumbangan keprluan kepada ibu tunggal dan duit raya untuk anak2 istimewa kepada ahli2 TDT.
Sunday, May 10, 2020
Hari Ibu
Tak bercadang pun nak sambut Hari ibu sebab setiap hari pun hari ibu. Hari-hari hari ibu. Kannnnn! Tapi anak-anak buat kejutan. Memang perasan hari Jumaat tu Ayong ada terima satu bungkusan. Dapat2 je bungkusan tu, dia terus bawak masuk ke dalam bilik bawah tu. SImpan dalam petiais kecik tu. Saya buat tak tau je sebab ingatkan dia order kek ataupun makanan yang perlu disimpan segera dalam petiais.
Selepas solat Isyak & terawih berjemaah dengan MyKanda dan anak2, duduk2 je depan tv tu. Telekung masih dibadan. Masa tu la anak2 bawak cistat ni keluar daripada bilik bawah tu. Kali ini kami cukup berenam. Cukup korum. Senang hati bila anak2 ada depan mata.
Alhamdulillah. Anak2 pun dah besar. Seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Si bongsu pun dah Tingkatan 4. Emak pun dah semakin berusia. Tahun ni masuk 53 tahun dah umur mak. Kalau ikutkan, umur umat Nabi Muhammad saw ni, paling lama pun 63 tahun je.
YaAllah, Engkau kasihanilah anak2ku YaAllah. Engkau lindungilah dan peliharalah mereka daripada segala kesesatan, musibah dan bala bencana serta wabak yang sedang melanda YaAllah. Engkau ampunilah segala dosa mereka YaAllah. Jadikanlah mereka anak2 yang mendirikan solat YaAllah, jadikanlah mereka anak2 yang mencintai Al-Quran YaAllah. Jadikanlah mereka anak2 yang berjaya di dunia dan di akhirat YaAllah. Semoga mereka sentiasa bersyukur kepadaMu YaAllah. Engkau terimalah segala amalan solat mereka, puasa mereka, bacaan Al-Quran mereka, sedeqah jariah mereka dan segala amal ibadah yang telah mereka lakukan YaAllah. Andai kata ada kekurangan di dalam solat mereka, puasa mereka, bacaan Al-Quran mereka dan segala amalan mereka, Engkau tutupilah dengan rahmat dan kasih sayangMu YaAllah. YaAllah, Engkaulah yang Maha Pengasih, MAha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat YaAllah. Aamiin Allaumma Aamiin...
Juadah2 Berbuka Puasa Versi PKP
Juadah 3 Ramadhan
Juadah berbuka puasa paling istimewa pada 1hb Mei 2020, 8 Ramadhan 1441H. Special delivery by foods runner.
Ada foods runner depan pagar. Hantar makanan katanya. Tanya Ayong, tak ada order apa2 katanya. Tanya AbangNgah pun sama juga. Tapi bila dia sebut nama dan alamat, memang nama saya dan alamat rumah kami. Saya pun terimalah seadanya.
Bila bukak bungkusannya, YaAllah...! Siap ada "nota cinta" lagi tu. Alhamdulillah. Rezeki berbuka puasa kami petang tu.
Jemput2 pisang & spagheti goreng - juadah berbuka 14 Ramadhan.
Time malas memasak atau kadang2 tak tau nak masak apa untuk berbuka, order je. Kali ini order KFC. Satu set setiap orang. Tak perlu nak rebut2. :) Masih berlima lagi...huhuhu. Juadah berbuka hari ke-15. Alhamdulillah.
Saturday, April 25, 2020
1 Ramadhan 1441H - 24.04.2020
24.04.2020 | 1 Ramadhan 1441H.
Alhamdulillah. Menyambut Awal Ramadhan dalam suasana baru. Dalam suasana PKP. Tak ada bazaar Ramadhan. Tak ada solat terawih mahupun solat fardhu di masjid. Semuanya dilakukan di rumah masing2, bersama keluarga masing2. Sesuatu yang baru yang punya kelebihan tersendiri. Solat berjemaah bersama hali keluarga. YaAllah, terima kasih dan syukur atas nikmat yang Engkau kurniakan.
Menu berbuka puasa di hari pertama Ramadhan ialah nasi goreng sardin, kuih cucur badak dan donut gebu. Menu ringkas sahaja untuk kami berlima. AbangYang masih terperangkap di Sunway.Rezeki untuk berbuka puasa juga ni. Buah pelam Harumanis yang diorder sampai dah. Alhamdulillah.
Monday, April 20, 2020
Santai PKP Hari Ke-33
19.04.2020. Hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Sepanajng masa kami sentiasa berada di dalam rumah je. Ada perasaan takut untuk keluar ke kawasan awam. Hanya keluar kalau terpaksa dan perlu sahaja. Bila semua berada di rumah, perkara yang utama untuk disediakan ialah makanan. Asyik lapar je mereka. Kena sentiasa ada kudapan.
Kali ini buat donut gebu pula. Resepi yang ringkas, senang dan cepat untuk disediakan. Memang akan guna resepi ini kalau buat donut.Sarapan pagi dengan nasi goreng sempoi dan kuib cucur badak frozen.
Saturday, April 11, 2020
11.04.2020 - Birthday AbangNgah
11.04.2020 genap umur anak kedua ni 24 tahun. Sekejap je rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah 24 tahun berlalu. Semoga AbangNgah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin...
Sambut birthday dalam musim PKP ni, memang sempoi je la. Dengan rambutnya yang dah panjang tak gunting2. Hahaha :) Order pizza je...
AbangNgah memang suka cheese cake. Jadi kita belikanlah cheese cake.
Pizza yang ni, ada special delivery by somebody
Friday, April 3, 2020
Roti Puri
Alhamdulillah. Ini kali kedua buat roti puri. Kali pertama ialah lima hari lepas. Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda. Kali pertama buat tuari, buat comel-comel je. Hari ini buat tak dicetak. Leperkan ikut saiz adunan yang dibulatkan. Jadinya saiz kepingan tak sama besar. Hehehee...
Hari ini ada empat jenis cicah. Kuah kari, kuah asam pedas, kuah kacang dan kuah kurma. Ini semua ada baki hari-hari yang terdahulu. Dipanaskan semula je. Musim berjimat-cermat sekarang ni.
ROTI PURI
Resepi asal : Kak Ummi Zaihadi
Bahan-bahan :
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar (rata) mauripan
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu kecil (rata) garam
- 1 cawan air panas
- Campurkan semua bahan - kecuali air panas - ke dalam mangkuk besar.
- Gaul dengan hujung jari supaya jadi macam serbuk roti.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
- Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
- Leperkan seperti nak buat karipap.
- Goreng dalam minyak panas sambil disimbah-simbahkan minyak ke atas kepingan semasa menggoreng. Goreng hingga kekuningan.
Dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong
Dileperkan seperti nak buat karipap
Dah siap digoreng
Simbah-simbahkan minyak panas ke atas kepingan semasa menggoreng
Thursday, December 5, 2019
Selamat Menunaikan Umrah
04.12.2019 | RABU
Alhamdulillah. Berkesempatan menziarahi Kak Normah bersama jiran2 setempat sebelum Kak Normah berangkat untuk menunaikan umrah pada 09.12.2019 nanti.
Doa daripada kami untuk Kak Normah dan anakanda Naqi :
Semoga Allah kurniakan kesihatanyang baik untuk beribadah, selamat pergi dan kembali, dipermudahkan segala urusan, serta mendapat umrah yang maqbulah. In shaa Aallah. Aamiin...
Subscribe to:
Posts (Atom)















































