27.12.2021 | ISNIN
Tibalah harinya...
Doktor jangkakan Ayong bersalain pada 25.12.2021. Tapi masih belum ada tanda2 sampai ketika ini. Makanya, kenalah Ayong menyerah diri ke hospital.
Doktor Hasmah dah bagitau masa checkup hari Jumaat lepas. Kalau tak ada tanda2 nak bersalin juga, maka kena warded pada hari Isnin malam iaitu malam ini. Dotor akan masukkan ubat - induce - dan dijangka melahirkan pada keesokan harinya.
Siang tadi pesan dengan dia untuk datang awal ke rumah. Mak nak check dulu beg barang2 baby yang nak dibawa ke hospital. Setelah selesai semuanya, maka bergeraklah mereka ke hospital. Dijadualkan untuk warded pada jam 10:00 malam. Dalam 9:45 malam, mereka bergerak ke hospital...
Mohon semua mendoakan semoga dipermudahkan urusan anakanda saya - NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ - untuk melahirkan anak sulungnya, juga cucu sulung saya. Semoga ibu dan anak selamat dan sihat2 saja. Moga anak yang bakal dilahirkan membesar menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang taat kepada Allah & Rasul, dan juga kepada kedua2 ibu ayahnya. Aamiin Allahumma Aamiin, Aamiin YaMujib...