Friday, November 29, 2019

Makan2 Hujung Minggu

24.11.2019 | AHAD

Pagi Ahad kami sama mengemaskan rumah. Penat juga. Nampak je macam senang. Nasib baik ada tenaga kerja tambahan dari Rawang. Hahahahaaa....!

Sebelah petang, AbangNgah bawak mereka ronda2 Johor. Mula2 mereka ke Puteri Harbour. Nasib kurang baik sebab hujan. Lepas tu pusing2 kawasan sekitar. Akhirnya mereka ke JBCC, masuk Angry Bird punya taman tema. Ayong tak ada sebab ke majlis perkahwinan rakan sekerjanya di Segamat. MyKanda dan saya tak ikut sebab kepenatan dan nak sambung mengemas rumah.
Makan malam kami, kami ke restoran KuuVanCha di Kota Masai. Masing2 dengan pilihan sendiri. Si cilik Airis tak abis pok pek pok pek sepanjang berada di situ. Si Qaisara pulak melekat dengan Ayong.