Friday, November 29, 2019

Makan2 Hujung Minggu

24.11.2019 | AHAD

Pagi Ahad kami sama mengemaskan rumah. Penat juga. Nampak je macam senang. Nasib baik ada tenaga kerja tambahan dari Rawang. Hahahahaaa....!

Sebelah petang, AbangNgah bawak mereka ronda2 Johor. Mula2 mereka ke Puteri Harbour. Nasib kurang baik sebab hujan. Lepas tu pusing2 kawasan sekitar. Akhirnya mereka ke JBCC, masuk Angry Bird punya taman tema. Ayong tak ada sebab ke majlis perkahwinan rakan sekerjanya di Segamat. MyKanda dan saya tak ikut sebab kepenatan dan nak sambung mengemas rumah.
Makan malam kami, kami ke restoran KuuVanCha di Kota Masai. Masing2 dengan pilihan sendiri. Si cilik Airis tak abis pok pek pok pek sepanjang berada di situ. Si Qaisara pulak melekat dengan Ayong.
  

Wednesday, November 27, 2019

Majlis Yaasiin, Tahlil Dan Doa Selamat

23.11.2019 | SABTU | 26 RabiulAwal 1441H

Alhamdulillah. Selesai majlis yaasiin, tahlil dan doa selamat di kediaman kami hari Sabtu lepas. Terima kasih kepada jiran2 dan tetamu2 yang hadir, yang menyumbangkan juadah dan tenanga, dan yang mendoakan majlis kami juga.

Semoga ukhuwah fillah ini berkeakalan hingga ke syurga. Dan semoga majlis kami driberkati dan dirahmati dan doa2 kami dimakbulkan olehNYA. Aamiin...

Terima kasih buat Yanti dan Bam sekeluarga yang turut sama di majlis kami, datang dari Rawang semata2 untuk bersama di majlis ini.

Al-Fatihah untuk semua kesayangan kami yang telah berpulang terlebih dahulu dan yang masih diberikan kesempatab olehNYA untuk bernafas...
Jemaah lelaki membaca yaasiin
 Anatara menu yang kami sajikan. Kuih-muih disumbangkan oleh jiran tetangga. Jazakallah semua...
 Diantara tetamu dan jiran2 yang hadir. Orang perempuan datang makan je. Biasanya kaum Hawa datang selepas selesai solat Isyak.

Antara tetamu2 cilik yang hadir. Yang kiri tu, anak sedara dari Rawang, Qaisara dan Airis. Yang kanan tu pulak, Afiyah, cucu jiran kami.

Thursday, November 7, 2019

Makan2 Di K Fry

05.11.2019 | SELASA

Semalam AbangYang buat surprise. AbangNgah berkomplot dengan dia. Ayong tak sihat. Selepas maghrib kami bersiap2 nak ke klinik. Masa tu hanya kami bertiga di rumah. MyKanda, Ayong dan saya. AbangNgah belum balik dari kerja. Dah keluar rumah, dah kuci pintu dan gril. 

Tetiba berhenti Hilux depan pagar. AbangNgah turun dari tempat pemandu. Tetiba terbuka pulak pintu sebelah pemandu. Keluar seseorang. YaAllah! Anak bertuah betul! AbangYang balik tanpa bagitau. Nasib baik kami masih belum bergerak ke klinik. Akhirnya dia kena ikut kami ke klinik sebelum singgah makan malam di restoran berhampiran klinik.
Dan hari ini, Ayong mengajak makan di K Fry ni. Pertama kali untuk kami kecuali Ayong. Dia dah selalu juga ke sini. So semua dia yang order.
Portion makanan kat sini besar. Kalau seorang order satu menu, gerenti tak habis. Kecuali dia memang kuat makan. Kami makan kongsi2 je. Sekadar nak merasa menu di sini. At least, dah sampai sini dan merasa masakannya. 
On the way nak balik, sempat posing kejap dengan my two heroes ni...
Aksi spontan belaka. Ayong yang snapkan.

Sunday, November 3, 2019

Khatam Al-Quran Kelas TDT SNI

 01.11.2019 | JUMAAT

Alhamdulillah. Selesai majlis khatam Al-Quran Kelas Tadarus Dan Tadabbur (TDT) Surau Nur Iman (SNI). Majlis diketua oleh Ustazah Hajjah Siti Maisarah. Ramai yang mengambil bahagian. 
 Setiap kumpulan kecil terdiri daripada maksima 3 orang. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar.
 Di akhir majlis, Ustazah Maisarah menyampaikan tazkirah berkaitan Maulidur Rasul. Alhamdulillah.