Monday, July 22, 2019

MsTjet Masuk Hospital Di Perantauan

30.06.2019 | AHAD

Pagi minggu. Penjawat awam bekerja. Anak-anak sekolah juga bersekolah. Pekerja swasta pula ada yang bekerja, ada yang berehat. MyKanda dan anak-anak bercuti. Pagi tu kami keluar bersarapan. Bertiga. Bersarapan di Restoran Sasa Pusat Bandar. Nak makan roti canai, gerainya tutup la pulak. Makan je la apa yang ada. Sekadar alas perut.

Selepas sarapan, MyKanda dan AbangNgah ke Ulu Tiram. Mereka ke R Family Tyre & Enterprise. Kata MyKanda, dia nak belikan MrCam kasut baru. Kasut MrCam yang sedia ada tu, nak diberikan kepada CikTjet. Kasur CikTjet pulak, nak dijual semula. Saya malas nak mengikut mereka berdua. Kalau saya ikut, melangut je nanti saya kat sana. Baik la saya duduk di rumah je. Macam-macam boleh buat. Diorang balik pun dah hampir masuk waktu Asar.

Tapi saya pelik. Kenapa balik bawak MrCam je? Mana MsTjet? Rupa-rupanya CikTjet mengalami masalah setibanya hampir dengan SK Ulu Tiram tu. Terpaksa ditinggalkan di situ sahaja. MyKanda dah hubungi kawan2 dia di R Family tu, minta uruskan CikTjet. Terpaksa naik ambulan untuk di bawa ke hospital. Masalahnya pulak, AbangNgah tertinggal dompet dia pada MsTjet.

Selepas Asar. kami ke sana semula. Sampai di pekan Ulu Tiram, tinjau2 dulu tempat CikTjet ditinggalkan. Kalau ada, singgah di situ je la. Kalau dah dibawa ke hospital, maka kami akan ke hospital. Sampai je dekat SK Ulu Tiram tu, kami nampak MsTjet masi terlantar di situ. Dengan menggunakan First Aid yang ada, AbangNgah mendapatkan semula dompetnya. Selamat satu kes. Tapi ambulan belum datang lagi untuk bawa MsTjet ke hospital. 

Lepas tu kami singgah makan di Medan Selera Tiram Klasik. MyKanda dan saya makan Nasi Goreng Gear Box. AbangNgah makan mee rebus. Makan tengah hari merangkap makan malam sekali.

Dalam perjalanan balik, kami singgah pulak di Masai U Sentral. Cari durian lagi. Kali ini kami beli durian IOI dua biji. Makan di situ je. Baru lepas makan nasi goreng, jadinya tak larat nak makan durian banyak2. Tapau balik bakinya.
 Ini kali kedua. Kali pertama aritu dua minggu lepas. Makan tiga biji IOI dan sebiji Duri Hitam. Macam tak puas makan. Minggu ni ulang lagi. :) :)