Sunday, January 8, 2017

Tragedi Lencana


7hb Januari 2017. Sabtu.

Malam tadi nak menjahit lencana pada baju sekolah. Sebelum mula menjahit, saya tengok dulu dalam blog sekolah. Lencana berada di bahagian bawah tanda nama dan kedua2nya terletak di bahagian atas poket, bukan pada poket.
Dalam masa yang sama saya juga bertanya kepada suami. Katanya macam terbalik kedudukan lencana dan tanda nama tu tapi dia sendiri tak pasti. Saya pun mula la menjahit lencana. Dah siap menjahit satu lencana, saya berWhatsApp dengan kawan yang anaknya juga sama2 bersekolah di sana. Sementara nak tunggu dia membalas, saya teruskan dengan menjahit lencana kedua. Dah siap menjahit 3/4 pusingan jahitan, dapat  balasan WhatsApp daripada dia. Dia hantar gambar yang diperolehi daripada Sync application.

Menangis mak nak oiiii...! Rupa2nya susunannya salah. Sepatutnya kocek, tanda nama dan lencana. Alahai...terpaksa buka semula jahitan. Dah le saya jahit tangan je, sakit jari-jemariku. Akhirnya, buka juga semula jahitan, tolak tepi lencana, baju, alatan menjahit dan cermin mata...dah jom tidur! 

Pagi ni sambung semula menjahit lencana. Tinggalkan ruang untuk tanda nama di bahagian atas kocek. Dalam masa yang sama, bagi arahan kepada Abang Ngah untuk pergi membeli sampul buku tulis. Bagi arahan kepada Ayong untuk tolong siapkan menyampul buku2 teks. Adik masih menyiapkan kerja sekolahnya. Lepas tu suruh Abang Ngah tolong gosokkan baju2 sekolah Adik pulak. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Petang nanti nak hantar Adik balik semula ke asrama. 

1 comment:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)