Monday, September 21, 2015

Asam Pedas Ikan Kembong

Ini menu tertunggak. Lupa dah pun bila buatnya. Tapi tak le lama sangat dah. Dua minggu lepas kot. Asam pedas memang kegemaran anak-beranak. Sebelum ni saya tak suka asam pedas dan saya macam tak teringin pun nak mencubanya. Bukan tak boleh makan tapi tidaklah nak dan nak lagi rasanya. Tapi selepas saya makan asam pedas di mana entah...lupa dah...rasa macam sedap je asam pedas ni. Balik rumah, selak buku resepi Chef Hanieliza. Salin dalam sehelai kertas dan sediakan bahan2nya. Tapi sebelum tu kenalah pergi membeli mana2 bahan yang tak ada di rumah. Yang penting ialah bunga kantan dan daun kesum (orang utara panggil daun cendehom ataupun cenehom). Tapi ada juga bahan2 di dalam resepi tu yang saya tidak gunakan.
Jom kita tengok resepinya yang telah saya oleh mengikut citarasa dan bahan2 yang saya ada.

Bahan-bahannya :
4 ekor ikan kembong
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2 atau 4
3 tangkai daun kesum
5 biji bendi
1 sudu kecil pati asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
3 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan2 untuk dikisar :
20 batang cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 batang serai - dihiris halus

Cara-caranya :
Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan.
Perasakan masin, masam dan manisnya.
Masak hingga bendi separuh masak.
Masukkan ikan dan biarkan mendidih selama 5 minit.
Tutup air dan sedia untuk dihidangkan.

p/s : Jangan masak lama sangat selepas masukkan ikan sebab ikan cepat masak. Kalau lama sangat nanti ikan hancur.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

masakan yang paling senang!

Azita Zain said...

Seri Kandi :
Sebelum ni memang tak pernah masak asam pedas. Kalau nak makan asam pedas, suami yang masakkan. Bila sekali cuba dan anak2 serta suami kata sedap...syukur sangat2. Anak2 pun selalu dah minta asam pedas. Alhamdulillah. Walaupun kadang2 tak cukup bahan tapi rasa asam pedas tetap sedap.