Tak kisahlah. Raya korban dah lama berlalu. Ni saja je nak cerita perihal hari raya korban aritu. Alhamdulillah. Raya kali ini kami meraikannya dalam suasana raya yang ceria. Biasanya hari raya korban kami tak balik ke kampung. Beraya di taman perumahan je. Tak le beraya sakan pun. Hari raya jatuh pada hari Ahad, 5hb Oktober. Pagi Sabtu saya dan suami ke pasar tani. Cari daun kelapa untuk buat ketupat. Alhamdulillah...masih ada dijual. Dan beli sayur2an untuk buat kuah lodeh.
Selepas sarapan, kami mulakan tugas dengan menganyam kelongsong ketupat. Suami saya yang pandai menganyam. Saya kena refresh semula baru boleh menganyam. Anak2 pun turut sama. Kami buat ketupat sate dan ketupat bawang je. Itu yang senang.
Bermacam2 saiz kelongsong ada. Main buat je ikut lebar daun kelapa tu. Tak ada nak ejas2 lebar daun dah!
Ini kategori yang paling comel!
Proses mengisi beras ke dalam kelongsong dilakukan oleh suami dan anak2. Saya bersilat di dapur. Memasak kuah lodeh, kuah kacang dan ayam masak merah. Nasib baik ada pembantu menolong. Ringan sikit beban kerja. Akhirnya, makan malam kami dihidangkan dengan juadah untuk raya. Rendang daging je yang tak ada. Saya bercadang nak buat rendang ayam tapi suami kata buat rendang daging aje la keesokan harinya.
Ketupat dah siap potong.
Kuah lodeh yang simple sebab suami banyak benda tak boleh makan.
Ayam masak merah. Tak nak campur madu kata Ayong...
Kuah kacang
Ringkas aje kan...!
Sempat juga buat Kek Sarang Semut.
Alhamdulillah. Next day ada program korban di kejiranan. 2 ekor lembu. Akan sama2 bergotong-royong.
********
No comments:
Post a Comment