Wednesday, March 6, 2013

Udang Masak Lemak Cekur Dan Cili Kering



Sedap wooo udang masak lemak cili kering ni! Dengan kuahnya yang pekat dan memang secukup rasa!!! Perghhh...tak nampak dah kalau suami lalu kat belakang! Kena pulak dapat udang yang besar-besar...

Saya suka menggukan cili kering yang ditumbuk sendiri untuk membuat masak lemak begini. Resepi ini boleh kita pelbagaikan selain daripada untuk memasak udang. Ianya boleh juga digunakan untuk memasak kacang panjang ataupun kacang buncis dan dicampur dengan kerang ataupun udang. Emak saya kata, kuahnya ni "embe-embe" aje. Maksudnya, kuahnya pekat dan sedikit sahaja dan secukup rasa. Paling penting ialah penggunaan santan segar. Gerenti menjilat mangkuk ataupun pinggan!


UDANG MASAK LEMAK CEKUR DAN CILI KERING

Bahan-bahan :
  • 15 ekor udang yang agak besar - 
  • 7 batang cili kering - potong kecil2 dan rendam
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 inci isi cekur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji kelapa parut - campurkan dengan 1 cawan air dan dikisar, perah untuk dapatkan santannya
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2kan
  • Perisa secukupnya
Cara-caranya :
  1. Tumbuk cili kering yang telah direndam bersama dengan garam hingga lumat.
  2. Masukkan bawang yang telah dihiris dan isi cekur dan tumbuk lagi. 
  3. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk ini ke dalam periuk. 
  4. Masukkan semua bahan2 lain kecuali udang dan masak di atas api yang sederhana hingga mendidih. Pastikan hingga tidak sampai pecah minyak. 
  5. Masaklah sehingga kuahnya memekat sambil dikacau. Perasakan masin manisnya secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata2. Selepas dimasukkan udang, jangan masak terlalu lama. Cukup sekadar dalam 2-3 minit sahaja.

2 comments:

sabar dubai said...

Terliurnyeee kite tgk kakk

Azita Zain said...

Sabar Dubai :
Sabar...sabar! Hihi...