Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Moga anda semua diberikan kesihatan yang baik olehNYA. Alhamdulillah...tiba jua hari Jumaat yang penuh barakah ini...penghulu segala hari.
Minggu lepas saya balik kampung dengan Adik dan Ayong. Naik bas aje. Abang Ngah dan Abang Yang tak ikut balik sebab temankan hubby. Selepas balik dari Putrajaya hari tu, sempatlah saya buat laundry dulu. Bertimbun kain-baju yang nak dibasuh. Apa tidaknya, kain-baju Abang Yang aje dah 2 bakul. Dah dekat2 nak cuti sekolah ari tu, dia dah tak basuh baju. Semua baju dikumpulkannya...bawak balik untuk dibasuh. Mana tak menambun jadinya. Sekali buat laundry...haaa amik kau! 5 round pun belun abis lagi...
Hari Isnin tu saya ke stesen bas...mencari tiket bas untuk hari Selasa. Alhamdulillah...masih banyak kekosongan. Tiket ke utara semuanya waktu malam. Hmmm...bagus jugak. Boleh Adik lena dalam bas. Hari Selasa tu hubby hantar kami ke stesen bas di Pusat Bandar. Bas bertolak jam 9 malam dari PB. Sampai ke Larkin Sentral dalam jam 10 malam. Lepas tu kami kena tukar ke bas lain. Bila pergi ke kaunter untuk menentukan bas mana yang perlu kami naik, petugas tu kat bas ke Chemor akan bertolak jam 11:30 malam. Mak aiiihhhh...lambatnya!!! Nak buat macam mana...tunggu aje la! Punyalah lama menunggu sampai Adik tertidur atas kerusi kayu tu di atas riba Ayong. Akhirnya bas kami bertolak jam 12:10 pagi. Adoiiiiii...ini yang malas naik bas ni!
Kami sampi di Chemor jam 7:30 pagi. Mak Su yang sedia menanti. Kepulangan kami tidak kami bagitau pada emak. Sebabnya takut tak jadi balik. Pagi tu emak dah bersiap2 nak ke klinik...nak sedut gas. Mak selalu kepenatan dan susah nak bernafas. Itu yang selalu ke klinik untuk sedut gas tu. Bila kami sampai aje depan pintu, terkejut emak. Surpriseeeee....! Nasib baik tak sesak nafas lagi...hihihihi!
Kat kampung memang tengah musim buah. Buah rambutan berselayut kat pokok...merah2 je. Buah durian pun sama tapi kuantitinya taklah banyak sangat. Dah tu tengah "buang buruk"...so tak berapa nak merasalah durian sendiri. Akhirnya saya beli dengan sepupu yang memang ada dusun durian. RM20 dapat 12 biji. Puashati sangat2...ada yang isi kuning, tebal...ada yang putih, lemak...sedap!!! Adik memang suka makan durian. Apalagi...sekali hadap sebiji Adik sorang je.
Sebelah rumah emak ialah rumah adik saya yang nombor 3 (nombor 5 dalam keluarga). Ada kedai makan yang diusahakan oleh adik ipar saya. Di sinilah port Adik hari2. Macam2 yang dipintanya. Biasanya hari2 terakhir barulah saya buat pembayaran secara lumsum aje. Ayong pulak cukup suka dengan ais kacang ini...ais kacang special.
Ni apa pulak ni? Tentu semua tau nak buat apa dengan buluh2 yang dah siap berlapik dengan daun pisangni...kan? Apa lagi...buat lemang la! Emak ni memang suka menyusahkan diri untuk anak2nya. Saya kat tak perlulah buat lemang segala. Kalau nak makan pun, kukus aje pulut tu. Tapi katanya dia yang teringin nak makan lemang. Padahal bukannya emak boleh makan banyak2 pun. Setakat sepotong dua aje yang boleh. Itu cuma alasan emak yang nak menjamu dan mengirimkan lemang untuk anak2nya.
Ini buluh yang dah siap diisi dengan pulut. Santannya belum dituang ke dalam lagi. Ada lemang kosong, lemang jagung dan juga lemang tepung.
Ini proses menuangkan santan ke dalam buluh. Santan tu dicamprkan dengan sedikit garam supaya rasanya lemak2 manis gitu...
Lepas tu barulah disandarkan berhampiran dengan api. Hahaha...itu baru ada 8 batang. Masih ada lagi yang sedang dituang santan ke dalamnya.
Proses membuat lemang ni memang leceh sikit. Nak membakarnya kena hati2 dan buluh tu perlu dipusingkan2 selalu untuk mengelakkan daripada hangus ataupun garing sebelah aje. Inilah pertama kali dalam hidup saya, saya membakar lemang. Selalu tu setakat tolong isi pulut, tuang santan dan sandarkan pada tungku tu. Kali ini tiada hero yang boleh menolong. So saya kena take over kerja2 membakar lemang tersebut. Hmmm...berpeluh2 duduk dekat api!!!
Sambil menjaga lemang, isi perut dengan rambutan ini...
Me and my mom...!
Inilah hasilnya...lemang bersama rendang pedas ayam kampung...!!!