Tuesday, June 30, 2020

Birthday MyKanda

 

28.6.2020 | AHAD
Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan kepada MyKanda untuk menikmati dan mensyukuri nikmat2 yang dikurniakanNYA. Bertambah setahun lagi umur MyKanda. Dah lebih setengah abad dah umur MyKanda - samalah macam saya juga :)  Meraikan dengan sekadar 6 potong kek je.
Semoga Allah kurniakan umur yang berkat kepada MyKanda, dikurniakan kesihatan yang baik untuk mudah beribadah kepadaNYA, dilimpahkan rezeki yang barokah dan halal, diberikan ilmu yang bermanfaat dan diterima segala amalannya. Semoga dipanjanglan umur dalam keberkatanNYA. Aamiin YaRabbal 'Alaamiin...

Monday, June 22, 2020

Hari Abah Deme....

 

Anak2 buat kejutan untuk Abah deme. Kek ni beli masa ke AEON semalam. Tujuan asalnya saja nak makan2. Tapi dah di"kejut"kan deme utk Abah deme.
Nyeghongin je le Abahnya dapat kek. Padahal kek tu penuh dengan kacang kat kelilingnya....

Melihat Dunia Luar...

21.06.2020 | AHAD

Pertama kali keluar anak-beranak sepanjang PKP ni. Kami ke AEON Permas Jaya. Mencari barang peribadi dan menjamu selera di Sedap Corner. Saja2 je sebab nak tengok dunia luar setelah sekian lama terkurung.

Masuk je di pintu utama, ramai juga yang beratur. Scan MySejahtera, hand sanitizer, check suhu dan tulis nama dalam buku log - bagi mereka yang tiada MySejahtera. Berjalan menuju ke pintu masuk AEON, ada satu lagi sekatan. Kena beratur dan ambil giliran untuk masuk ke dalam. Alhamdulillah, semua mengikut SOP yang telah ditetapkan. Nasib baik kami dapat masuk bersama2.
Masuk Sedap Corner. Kami sahaja pelanggan mereka. So, cepat je dapat apa yg diminta. Alhamdulillah...

Wednesday, June 17, 2020

17.06.2020 - Hari Ulangtahun Kelahiranku

 

Ada orang nak bagi kejutan pada hari ulangtahun kelahiran saya tapi ada kesilapan teknikal pulak. Sepatutnya pulut kuning berhias ni saya dapat pada 17hb Jun tapi yang ini dihantar pada 16hb Jun. Awal sehari. Tak kisahlah kan. Ada juga yang mengingati hari ulangtahun kelahiran saya. Terima kasih Maksu walaupun awal sehari.
Dalam lebih kurang jam 10:30 pagi, ada orang datang hantar jambangan bunga ni. Kali ini daripada anak saudara di kampung, Nurul Ashikin. Terima kasih Eikin...
Pulut tu awal2 lagi dah kena potong. Tak perlu tunggu hari kejadian.
Tak habis lagi kejutan yang datang. Kali ini MyKanda bersekongkol dengan anak2 pulak. Ada penghantaran jambangan bunga duit pulak. Biasanya MyKanda akan buat kejutan dengan bunga2 ros segar. 
30 helai duit not RM10. Alhamdulillah. Terima kasih MyKanda dan anak2.
Dah. Jom makan pulut ni pulak...

Tuesday, June 2, 2020

Bakar-Bakar Raya

 

25.05.2020 | SELASA

Saja main bakar-bakar sikit. Sekadar jemput kenalan Ayong dan AbangNgah aje.