Weekend lepas balik kampung hubby kat Muar. Sampainya dah 1130 malam.
Kat keliling rumah banyak pokok ubikayu. Tiap kali balik kampung, pasti tak lupa pucuk ubi...!!!!
Yang ni pulak, salah satu daripada koleksi pokok-pokok bunya yang ada kat keliling rumah. Ixora....
Ha....kat belakang rumah pulak ada jugak pokok buah-buahan. Yang ni buah limau manis yang sedang membesar...
Yang ini, orang Jawa panggil "degan", atau orang Perak kata "nyor muda".