Saturday, July 25, 2020

Transit Di Rawang

11.07.2020 | SABTU

Alhamdulillah. 10 hari berada di kampung. Sampai masa untuk kembali ke Pasir Gudang. MyKanda pun dah sampai semalam untuk menjemput HisDindanya balik. Kalau MyKanda tak datang, HisDinda tak balik2. Hahahaaa...

Petang nanti akan bergerak ke Rawang dulu. Singgah bermalam di rumah adik di M-Residence dulu. Pagi ini didatangi oleh seorang sahabat sekolah rendah dan menengah dulu. YaAllah, berpuluh tahun tak pernah berjumpa. Hari ini direzekikan oleh Allah untuk berjumpa dengan Suria. Siap bawa buah tangan lagi. Buah tangan yang memang betul2 buah :) Suria bawakan saya buah cempedak.

Selepas Zohor, bersiap2 untuk ke Rawang. Maksu & anak2 ikut kami. Paksu akan menyusul kemudian selepas selesai tugas2nya. Sebelum bergerak, biasanya kami akan berkumpul adik-beradik, anak-beranak. Bonet dan penuh dengan macam2 kiriman. Ada buah2an, ada lemang, ada rendang, biskut2 kering pun ada juga. Kalau balik kampung, mesti bawak balik roti gomboi, roti masin, roti gula.
Dalam perjalanan, kami lalu ikut Tambun. Tujuan utamanya sebab nak cari limau Bali / limau Tambun. Mesti beli yang manis & masam manis. Dah dapat, barulah meneruskan perjalanan.
Alhamdulillah. Sebelah malam, kami berkumpul pula dengan family adik yg duduk di Putrajaya tu. Mereka datang ke Rawang. Merasalah mereka makan lemang, rendang pedas ayam pencen & buah2. Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama.


MyKanda Balik Kampung

10.07.2020 | JUMAAT
MyKanda balik kampung naik bas malam tadi. Nak jemput HisDinda balik ke Johor. Rindu la tuuuu...
Sampai ke Amanjaya sebelum Subuh. Pagi ni MyKanda cuba "menculik" Aqilah. Tapi gambar di atas menceritakan segalanya. Hahahaaa.... :) :) 
Tak dapat culik Aqilah, kami culik abang dan kakak Aqilah. :) :)
Nak pegi mana?
Adoiiii...PakNgah bawak pegi pasang tinted cermin kereta je! Jenuh menunggu orang ni pasang tinted. Lama bebeno. Tak rela kami berpanas dan kebosanan, MakNgah telefon Mummy suruh datang amik.
Kami pergi makan di KFC yang berhampiran. MyKanda tinggal sorang kat kedai aksesori kereta tu. Layan je deme nak makan apa.
Lepas MyKanda selesai urusannya, dia datang ke KFC. Tapi masa tu kami dah habis makan, dah nak balik. Dah keluar dari KFC tu pun. Sudahnya, saya masuk semula ke dalam untuk tapau untuk MyKanda dan juga untuk anak2 sedara di Taman Chemor Mesra.
Sebelah petang, layan MyKanda nak makan nasi goreng kambing di D'Gapeh pulak. Kali ini abang sulung join sekali.
Orang kuat D'Gapeh ni. Kalau tak ada dia, lumpuh perniagaan di situ. Hahahahaa...! Qaseh yang memang sangat rajin menolong abahnya di gerai. Dialah yang menerima order, dialah yang menghantar makanan. Hujan, panas...semua dia redah!
Tak ada rezeki nak makan nasi goreng kambing sebab kambing belum cukup umur. Hahahaha...! Makan nasi goreng telur mata dengan char kuey tiaw je...

Friday, July 24, 2020

Hari Ke-8 Di Kampung

08.07.2020 - Hari kelapan di kampung.
Selagi duduk di kampung, memang makan je la kerjanya. Hahahaaa....! Petang har kelapan di kampung, kami ke kedai makan abang sulung pulak. Minum ABC je.
Aqilah pun suka bebeno main dengan taik lalat idup kat pipi MakNgah ni...
Sebelah malam pulak, kami ke gerai makan adik yang nombor 7. Di D'Gapeh.
Alhamdulillah. Semoga perniagaan adik-beradik di kampung terus maju dan berjaya. Aamiin...

Hari Ke-5 Di Kampung

05.07.2020 - Hari kelima di kampung. 

Dah menjadi rutin adik saya yang sebelah rumah arwah mak ni, kalau kami balik, pasti ada saja juadah istimewa yang disediakan. Kali ini deme membakar lemang dang merendang ayam pencen. Pagi2 deme suami isteri dah memulakan operasi. Masa tu kami tengah mengemaskan rumah selepas majlis tahlil malam sebelumnya. Lemang biasa dan lemang jagung menjadi pilihan. Jam 11:00 pagi dah nak hampir siap membakar dan merendang.

Sekuali rendang ayam pencen / ayam tua
Tak sempat nak kering rendang tu dah kena kaut. Gu kan pulak dengan lemang panas. Allah...! Nikmat yang mana satu yang nak kita dustakan...
Akhirnya, semua anak-beranak pakat berkumpul bawah pokok rambutan tepi kolam di belakang rumah adik ni. Sebelah je dengan tempat deme membakar lemang tu. Kat situ ada juga pokok buah rambutan, manggis dan dokong. Kebetulan tengah berbuah dan dah masak. Paksu Fitri jadi tukang panjat & mengait buah2 tu...
Panggil juga Chu Faridah untuk join sama. Chu tak boleh makan banyak. Kena berpantang juga. Sama macam arwah emak, ada je penyakitnya. Ada Chu, memang meriah le suasana.
Ni si bulat Amsyar ni. Ni baru pertama kali OpahNgah , TokAnjang jumpa dia. Bulat kemain dia. Cerahnya kulit dia tak boleh nak dibawak berbincang :) :) 

Thursday, July 23, 2020

04.07.2020 - Majlis Yaasiin & Tahlil

04.07.2020 | SABTU

Alhamdulillah. Hari keempat di kampung.

Adik yang di Putrajaya dah sampai malam semalam. Pagi ni bersarapan di kedai sebelah rumah je. Heheheee :) Selesai sarapan, kami ke rumah MakYang - kakak arwah emak. Wancu - adik arwah emak - pun ada di rumah MakYang. Berbual lama juga dengan mereka berdua. Banyak sangat yang dibualkan. Langsung menjemput mereka ke majlis malam nanti.

Singgah pulak di kedai abang sulung - sebelah rumah MakYang je - sebelum ke rumah Makwe pulak. Makwe ni ialah balu kepada arwah abang emak. Habis separuh hari dah. Sebelah petang pulak, masing2 manjalankan tugas. Ada yang mengemas rumah, ada yang membeli barang2 keperluan majlis, ada yang makan :) 

Hasil pakatan dengan adik-beradik, kami mengadakan majlis bacaan Yaasiin dan tahlil untuk kesayangan2 kami yang telah pergi meninggalkan kami terlebih dulu. Kami mulakan dengan solat Maghrib berjemaah bersama adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara dan emak2 saudara. Diimamkan oleh adik yang duduk di Putrajaya tu.

Selesai solat Isyak, kami mulakan majlis bacaan yaasiin dan tahlil serta doa arwah. Dipimpin oleh tetamu jemputan. Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat dihati untuk mengadakan majlis ini.

Majlis ini kami buat secara tertutup. Hanya ahli keluarga terdekat je. Masih alam PKP Pemulihan dan wabak Covid-19 belum pulih. Takut untuk menjemput ramai orang. Jemputan hanya kami lapan beradik berserta ahli keluarga masing2 sahaja. Dan empat orang emak saudara. Maaf kepada yang tidak dijemput.

Jamuan kami malam tu ringkas aje. Sekadar sate, nasi impit, kek pisang, brownies dan buah serta air panas. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyumbang makanan2 ini.

Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat dihati untuk mengumpulkan adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara dan cucu2. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri. Terima kasih banyak2.

In shaa Allah, jika diizinkan olehNYA, nanti kita berkumpul begini lagi...

Kami 8 beradik

Wednesday, July 22, 2020

03.07.2020 - Ziarah Pusara Ayah Bonda

 
03.07.2020 | JUMAAT

Alhamdulillah. Berkesempatan untuk ziarah puasara insan2 tersayang yang telah pergi meninggalkan kami. Di pagi Jumaat yang redup. 

Pusara arwah emak dan abah kesayangan kami. Arwah abah dah meninggalkan kami pada 03.11.1995, hampir 25 tahun. Arwah emak pula meninggalkan kami di awal 10.12.2017.
YaAllah, Kau ampunilah dosa2 kedua arwah ibu & ayahku, Engkau lapanglanlah kubur mereka, Engkau terangilah kubur mereka, Engkau jauhkanlah mereka daripada azab kubur, Engkau masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu dan Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil. Aamiin Allahumma Aamiin...
Pusara arwah atok sebelah arwah abah, Chu bin Kulop Abu Bakar, dan pusara arwah adik bongsu arwah abah, Idris bin Chu.
Pusara arwah anak saudara, Adam bin Ros Shafarin.
Chu Faridah, balu kepada arwah Idris bin Chu, yang menjadi teman akrab arwah emak semasa hayatnya. Secara tak langsung, amat rapat dengan keluarga kami.